Wednesday 26 July 2017

Tanda-tanda Anxiety Disorder Dan Rawatan Terbaik


Penyakit Anxiety Disorder ni atau nama lainnya dikenali sebagai Gangguan Kebimbangan.

Masalah emosi ni sebenarnya adalah sesuatu yang serius. Kebimbangan (anxiety) yang tidak dirawat akan menyebabkan kemurungan (depression). Kemurungan pula memberi banyak kesan negatif kepada pesakit sehingga boleh menyebabkan pesakit terfikir utuk membunuh diri.

Masalah gangguan emosi ni amat ketara dan semakin tenat di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, bilangan pesakit yang didaftarkan dan mendapat rawatan adalah amat sedikit berbanding jumlah pesakit yang masih lagi belum mendapatkan apa-apa rawatan.

Tanda-tanda Anda Mengalami Anxiety Disorder

Banyak tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah emosi Anxiet Disorder. Pesakit selalunya:
  • Mengalami kebimbangan yang melampau terhadap perkara yang dianggap remeh atau kecil
  • Kerap memikir dan merasakan kebimbangan yang melampau terhadap sesuatu yang sedang atau akan belaku dalam kehidupan
  • Sukar melupakan apa yang bermain dalam fikiran dan ini mengganggu tidurnya
  • Mengalami tanda-tanda nervous breakdown seperti tiba-tiba pengsan, tiba-tiba marah, menjerit-jerit dan mengamuk 
  • Berasa seolah-olah diserang sakit jantung seperti sukar bernafas, jantung berdegup laju, sakit dada, pening, menggigil, berpeluh dan rasa seolah-olah mahu mati

Bahaya Anxiety Disorder Yang Tidak Dirawat

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, pesakit yang mengalami Anxiety Disorder akan mengalami masalah kemurungan/depression pula.

Pesakit yang mengalami kemurungan akan sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan.

Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan paling bahaya wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Selain daripada kesan mental, pesakit juga mengalami kesan fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik.

Cara Atasi Anxiety Disorder

Setelah didiagnosa oleh doktor sebagai pesakit yang mengalami masalah Anxiety Disorder, pesakit akan dibekalkan dengan ubat-ubatan.

Selain itu, pesakit juga harus banyak bersabar dan membaca Al-Quran terutamanya ayat-ayat Ruqyah.

Ubat-ubatan bertindak sebagai penenang dan haruslah bersifat sementara. Jadi, saya galakkan juga anda mengamalkan supplements semulajadi untuk membantu masalah mengatasi masalah Anxiety Disorder.

Testimoni : Bagaimana Aku Atasi Anxiety Disorder

Berikut saya kongsikan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Encik Sofian, bagaimana beliau menghadapi dan mengatasi masalah Anxiety Disorder yang dialami beliau sejak tahun 2014. Alhamdulillah kini beliau semakin pulih dan boleh kembali menikmati kehidupan seperti biasa.


"Aku dah lama amalkan makan supplement ni sejak umur 20an. Lebih kurang 18 tahun mcm tu. Dulu aku ambil Spirulina, minyak ikan dan vitamin C setiap hari. Sebulan sekali aku detox badan untuk 3 hari. Kalau first time buat detox buat 7 hari ye... Masa tu tak kenal Shaklee so aku detox guna brand Y. 

Maybe tu muka dan badan awet muda kot. Kalau travelling gi mana-mana memang orang akan ingat budak baru nak masuk U walapun dah jadi bapak budak. 😊😊😊 . Di awal 20an aku dah dapat kerja yang baik (swasta) coz takde rezeki ngan gomen. Setiap tahun aku dapat kenaikan pangkat dan berpindah ke Company lain untuk meluaskan pengalaman aku. Bebanan kerja semakin berat. Yes...aku masih amalkan supplemen tapi dalam masa yang sama aku dah create new bad habits dalam kamus hidup aku. 

Aku menjadi perokok tegar dan selalu skip makan. Coz masa aku banyak terluang dalam kapal terbang traveling dan jumpa clients...aku always skip my meals. Hidup aku hanya bergantung kepada air putih. Nescafe jadi makanan harian aku. Dalam 1 hari aku boleh minum 12 gelas nescafe 3 in 1 just to keep me awake sebab masa kerja aku tak sama dgn org kat ofis. Org kat ofis cuma kerja jam 8 hingga 5. Aku kerja 24 jam dan tidur 2 jam sehari sebab aku terpaksa respond to colleagues and clients mengikut time zone mereka. 

I love and enjoy my works to the limits tapi dalam masa yg sama aku rosakkan sistem kekebalan tubuh badan aku secara perlahan2. Rezeki aku dalam pekerjaan memang baik tapi bebanan semakin bertambah sehingga sampai satu tahap tu, aku rasa terlalu stress dan amik keputusan untuk kerja di kampung halaman. Alhamdulillah aku dapat kerja di tempat sendiri. Masih travelling to oversea tapi tak sekerap dulu. Sebulan sekali macam tu. 

Kesihatan aku masa ni tengah merosot. Supplemen aku makan on and off tak konsisten macam dulu. Sehingga lah aku jatuh sakit pada Dec 2014. 

1st time kena attack tu jantung aku sakit bebenar, nafas tersekat, berpeluh, tangan kaki sejuk, muka pucat, masa tu ingat masa dah tiba. Rasa menyesal tak spent banyak masa bersama keluarga. Menangis dlm hati minta Allah panjangkan umur agar dapat menebus kekurangan yg aku buat untuk diri aku dan keluarga. Terus masuk emergency ward. Lepas masuk drip, baru badan kembali normal. Masa tu doktor syak kena gastrik coz ujian darah dan ecg normal. 

Sejak kejadian tu hidup aku berubah 360 darjah. Hampir setiap hari aku di serang benda yg sama. ER gomen dan swasta dah jadi rumah kedua aku. Nak bawa kereta pun aku tak mampu. Pergi tempat crowded atau solat jumaat memang aku kena serang. 

Doktor dah habis idea apa penyebab sakit ni. 1 hospital swasta ni terang-terang tolak aku and refer my case pergi gomen hospital. Mereka cuma cakap kena GERD. Tapi nape sampai nak pengsan atau rasa nak mati setiap kali kena serang? Org lain pun ada GERD tapi tak lah sampai pengsan2 gitu. 

Aku ketandusan petunjuk. Dalam masa yg sama ada juga yg cakap aku kena santau atau gangguan jin. Then, aku pun pergi rawatan alternatif. Bab mandi dan minum air tu jgn sebut, naik kembung perut minum air. Jangan pikir aku tak percaya benda ghaib atau sihir sebab Allah dah bagitau kita ni tak bersendirian. Tapi takde perubahan. 

Aku memang syak yang aku ada penyakit GERD coz cara hidup aku di masa lampau memang berkaitan. PENGSAN DAN TAKUT 24 JAM. Ini yg aku ingin cari jawabannya. Kenapa??? Aku masih kerja tapi ambil cuti tapi since aku punya masa kerja fleksible dan boleh kerja kat rumah, aku mula menjadi pengikut Mr. GOOGLE secara berjemaah. Aku spent berjam-jam setiap hari utk cari petunjuk tentang penyakit aku. 

Aku mula lebihkan masa utk berzikir utk ketenangan dan memperbaiki solat aku untuk diberi petunjuk. Hehehe...mesti ada yg cakap selama ni tak solat ke??? Solat memang buat tapi kita sebagai manusia memang khilaf. Kadang-kadang solat tu hanya untuk cukupkan fardu kita sebagai Islam tetapi rukunnya, tertibnya, bacaannya semua kena perbaiki. Itulah yg aku tengah usahakan. 

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Masa Google info awal Januari 2016 (masa ni aku dah setahun sakit dan berat badan turun dibawah paras underweight sebanyak 16 kg), aku menemui 1 blog member Shaklee pasal Anxiety Disorders. 

Punyalah syok aku baca mengalah kan ambik exam kat U dulu. Semua tanda-tanda anxiety tu ada pada aku. Setelah baca blog tu aku buat review semua blog kat website pasal anxiety termasuk dari doktor professional seperti Dr. Zubaidi. Majority mengesyorkan ambik Vit B-Complex, minyak ikan Omega 3, magnesium untuk rawatan Anxiety Disorders. 

Selepas aku buat percaturan sendiri, aku ambil keputusan mencuba supplemen ni tetapi which brand? 

Dalam masa setahun aku sakit memang aku dah cuba apa saja produk yg disyorkan termasuk cap ayam, kilang belakang rumah atau yg branded. You name it. Memang aku dah cuba. Setahun sakit tu aku dah spent almost 50K utk bil hospital dan beli produk2 alternatif. Lepas aku buat keputusan nak mencuba produk Shaklee, aku google blog cari distributor Shaklee. 

Aku amik Set Anxiety dan lepas 3 bulan pertama amalkan set ni, aku dah tak makan ubat hospital lagi dan Alhamdulillah tahap kesihatan aku bertambah baik. Aku teruskan pengambilan produk Shaklee sampai masa aku menulis entry ni. 

Anxiety Disorders aku tetap ada coz penyakit ni ambik masa juga nak kasi sembuh tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur aku dah boleh nikmati balik kehidupan aku yang lalu dan sujud syukur Allah beri aku peluang untuk jaga kedua puteri aku dan ibu bapa aku. Sekarang ni dah masuk setahun lebih penyakit takde menyerang selepas amalkan set ni."

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Anxiety Disorder

Supplepements yang membantu atasi masalah Anxiety adalah B Complex, Omega Guard dan Ostematrix.

B Complex

Vitamin B12 di dalam B Complex Shaklee membantu menyeimbangkan mood dan hormon dalam tubuh kita. Asid folik pula membantu meningkatkan kadar tindakbalas antikemurungan yang sangat baik kepada pesakit.

Omega Guard

Minyak ikan Omega-3 sangat membantu dalam merawat masalah kebimbangan dan kemurungan.

Ia mempunyai fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan fungsi dan struktur neoron, iaitu sel dalam sistem saraf manusia.

Ostematrix

Kalsium, sangat penting untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik. Ia sangat penting untuk fungsi otak. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kebimbangan dan emosi yang tidak menentu.

Kekurangan kalsium juga akan menyebabkan kekejangan otot, menggigil, kebas kaki dan jari, dan jantung berdebar.


Supplements Shaklee dihasilkan dari sumber semulajadi, tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya. Kualiti sentiasa dijamin semulajadi dan selamat.

Bagaimana Nak Dapatkan Set Anxiety Disorder Shaklee ?

Jangan dibiarkan atau mudah berputus asa untuk merawat sekiranya anda diuji dengan penyakit Anxiety Disorder ni.

Ikhtiar dengan supplement semulajadi Shaklee adalah cara yang terbaik, selamat dan berkesan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: