Monday 20 March 2017

Cara Tambah Susu Ibu. Perlukah Ibu Menyusu Ambil Supplement ?


Alhamdulillah semakin ramai yang dah sedar tentang kepentingan supplemen, bukan semata-mata untuk menjadikan susu yang sikit tiba-tiba menjadi banyak, tapi untuk faedah bersama anak dan ibu.

Ramai ibu menyusu yang bertanya:
“Ada tak apa-apa yang boleh hilangkan kepenatan di samping menambah susu badan? Susu badan saya semakin kurang dan badan rasa lemah dan lesu sangat-sangat”. 


Kisah seorang ibu yang mengalami masalah susu makin berkurang hingga sanggup mengambil ubat hormon

Seorang rakan kami pernah berkongsi yang beliau mengahadapi saat-saat paling sukar dalam dunia penyusuan di mana beliau menghadapi masalah susu yang makin sedikit walaupun kerap mengepam (2-3 jam sekali). Sehingga beliau terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan hormon seperti Maxolon, Motilium dan sebagainya untuk menghasilkan susu. Hasilnya, tubuh beliau menjadi lemah, menanggung sakit kepala setiap hari dan stress. Itulah harga kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, sanggup lakukan apa saja demi sebuah jurnal penyusuan.

Saya menyarankan beliau mencuba supplemen, memandangkan supplemen adalah bahan asas dalam pembinaan tubuh kita. Ubat-ubatan bukan saja memberi kesan dalam jangkamasa panjang, jangkamasa pendek pun dah rasa kesannya. Lalu beliau mencuba.

Alhamdulillah selepas 2-3 minggu beliau memberitahu badannya dah tak penat2, kepala dah tak sakit macam dulu. Dan yang lebih membahagiakan, susu badannya bertambah banyak. Beliau lebih seronok menjalani hari-hari yang indah tanpa stress. Tugas mengepam dijalankan seperti biasa, dan lebih puas melihat susu semakin hari semakin banyak, berkat kerajinan membuat stimulasi.

Supplement tambahan cara terbaik banyakkan susu badan?

Supplemen bukan bahan ajaib. Ia sepatutnya menjadi penyokong kepada tubuh badan kita dalam mendapatkan nutrien perlu yang mungkin kita tak perolehi dari pemakanan harian musnah dalam proses pembuatan makanan tidak dapat diserap oleh tubuh dimusnahkan oleh bahan-bahan asing contohnya pencemaran.

Suka atau tidak, hakikatnya kita makan untuk rasa kenyang, bukan untuk sihat. Walaupun makanan diambil mengikut piramid makanan, namun ada banyak faktor yang menghilangkan kualiti makanan yang kita ambil, terutama makanan yang dibeli. Salah satu sebab yang jelas ialah, kita tak tahu bila makanan tersebut dimasak, terutama nasi campur.

Jadi, untuk ‘cover’ semua itu, dipermudahkan dalam bentuk supplemen.


Bagi ibu yang menyusukan, kenapa supplemen begitu penting?

Ibu yang menyusu mempunyai tugas berat, malah mungkin melebihi tugas ibu hamil yang dibekalkan macam2 supplement oleh doktor bagi mengelakkan komplikasi semasa mengandung dan melahirkan.

Ibu yang menyusukan sudah tidak mendapat ‘privilege’ seperti ibu hamil yang diberi ‘excuse’ dari kerja-kerja berat dan sebagainya. Ibu menyusukan perlu kembali kepada kehidupan biasa, dan bertambah-tambah lagi kerjanya kerana terpaksa mengepam susu (terutama ibu bekerja). Ada yang hanya tidur selama 2-3 jam saja sehari semalam untuk memenuhi misi penyusuan ini. Kerana itulah pentingnya seorang ibu menyusu mengambil suplemen.

Pengalaman susu badan bertambah, badan bertenaga apabila mula amalkan supplement

Berikut saya kongsikan juga pengalaman seorang ibu yang mengalami masalah susu semakin merudum dan bayi menyusu terlalu lama. Tetapi setelah mengamalkan supplement Shaklee, bukan sahaja dapat membantu tingkatkan kualiti dan kuantiti susu badan beliau, malah banyak lagi manfaat yang beliau dapat.


 "Assalamualaikum, Saya mula menggunakan Set Menyusu Shaklee sejak Julai 2013. Waktu itu saya menyusukan bayi sepenuhnya sehingga berusia 9 bulan. Sewaktu anak pertama, saya cuma dapat menyusukan 4 bulan sahaja. Oleh itu apabila mengandung kali ke dua, saya berniat untuk menyusukan bayi sepenuhnya dan mula mencari info mengenai penyusuan. 

Pada mulanya saya ingatkan hanya mampu menyusukan bayi begitu sahaja dan tidak berniat untuk mengambil sebarang supplement. Masalah timbul bila susu mula kurang dan Maira menolak sepenuhnya susu formula. Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, saya akan menyusukan bayi terlebih dahulu. Ini kerana Maira taknak menyusu lagi apabila petang melalui susu botol. . 

Bayangkan sebaik saja pulang dari rumah pengasuh,terpaksa menyusukan Maira lebih dari 2 jam. Adakalanya pukul 10 malam baru dapat mandi dan makan malam. Begitu juga di tengah-tengah malam, Maira terjaga dan akan menyusu sehingga pagi. 

Saya membuat order yang pertama pada seorang rakan iaitu Set Menyusu Bajet, Alfalfa dan ESP. Dalam masa yang sama, saya tetap pam susu seperti biasa kerana stok semakin berkurangan. . Pada minggu pertama saya amalkan set menyusu ini, saya tetap pam seperti biasa. Agak kecewa apabila susu yang dipam tidak begitu menggalakkan juga. Mungkin masih terlalu awal. Saya makan Alfalfa mengikut dos dan ESP 2 kali sehari. Masuk minggu kedua, Maira nampak kenyang bila menyusu. Tidak perlu lagi menyusu sehingga 2 jam seperti sebelum ini. Malah tidur malam juga lebih lena. . Alhamdulillah, syukur dan lega. 

Setelah hujung bulan, saya tambah Set Menyusu fullset seperti Vitalea, Vitamin C, Vitamin B dan Ostematrix dan terus daftar ahli untuk mendapat harga yang lebih murah. Saya juga rasa kurang penat dengan rutin kerja harian. Kebiasaannya saya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan balik kerja pukul 6.30 ptg. Saya tinggal di rumah flat tingkat 5 yang tidak berlift. Mujur juga pengasuh anak berada di tingkat yang sama. Sebaik saja mengambil anak di rumah pengasuh, susukan Maira sehingga kenyang ataupun dia tertidur. Kemudian akan masak untuk makan malam. Waktu dulu juga menggunakan mesin basuh manual. 

Memang sejak amalkan Set Menyusu Shaklee ni memberikan satu tenaga yang saya rasa rugi pula hanya duduk tanpa membuat kerja rumah kerana tidak berasa penat. . Dalam 2-3 bulan kemudian ramai yang menegur kulit wajah semakin berseri. Ya, muka saya memang kusam sebelum ini tetapi saya jarang mengambil berat mengenai maslah kulit wajah kerana sibuk menguruskan urusan seharian. Tak sempat nak belek-belek muka. Rupa-rupanya Set Menyusu Shaklee ini bertindak dengan memberikan pelbagai kebaikan kesihatan dan kecantikan juga. Kerana apabila tubuh cukup vitamin, kulit juga akan cantik. Semakin berseri. 

Apa lagi Shaklee Effect pada saya yer? Selepas 3 bulan mengamalkan Shaklee, period kembali stabil. Sebelum ni memang sudah lama tak period. Dan tidak lama kemudian rupa-rupanya saya mengandung lagi tanpa saya sedari. Ini membuatkan saya cukup kagum apabila langsung tidak mengalami alahan malah saya tidak sedar sehingga perut mula nampak besar. 

Saya begitu teruja kerana pengalaman mengandung sebelum ini, alahan teruk sehingga hampir bersalin. Jadi saya sebenarnya tidak menjangka akan mengandung kerana ingatkan masalah hormon yang membuatkan period tidak datang semula. Dengan kandungan yang ke 3 ini juga berbeza kerana tidak mengalami banyak masalah. Malah boleh lagi mendukung anak ke 2 untuk naik tangga sehingga ke tingkat 5. Malah lebih bertenaga berbanding tidak mengandung. 

Saya terus mengamalkan Set Vitamin Lengkap Shaklee sehingga mengandung kali yang ke 4 ini. Sedar tak sedar sudah masuk 4 tahun saya mengamalkan Produk Shaklee dan sangat berpuas hati!"

Apa sebenarnya Set Menyusu Shaklee dan betul ke boleh membantu banyakkan susu badan?

Ramai ibu-ibu menyusu yang mengamalkan supplement Shaklee untuk memabantu menjayakan penyusuan bayi mereka. Untuk info lanjut, tips dan perkongsian pengalaman hebat ibu-ibu menyusu, anda boleh klik >> Cara Tambah Susu Badan

Bagaiamana nak dapatkan Set Menyusu Shaklee

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya selama 4 tahun lebih bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: