Friday 17 March 2017

Cara Hilangkan Jerawat Teruk Akibat Dari Salah Guna Produk Pemutih


Selalu juga saya mendapat pertanyaan dari customer yang bertanyakan tentang cara hilangkan jerawat akibat dari salah guna produk kecantikan, dan kebanyakannya adalah produk pemutih.

Tak dinafikan, sememangnya sebagai seorang perempuan, kita memang nak nampak cantik, kulit cerah, licin, takde masalah jerawat dan sebagainya. Bukan kata perempuan, lelaki pun sebenarnya nak kulit cantik ni.

Kalau tengok iklan produk-produk kecantikan, sedikit sebanyak kita akan terpengaruh. Tambah lagi pula bila tengok orang lain semuanya kulit cantik dan cerah belaka, timbul juga rasa cemburu.

Itulah sebenarnya faktor utama kenapa seseorang tu suka bertukar-tukar produk kecantikan.
  • Ada yang sebenarnya takde masalah kulit sangat pun. Tapi disebabkan mudah terpengaruh dan teringin nak dapatkan kulit yang lebih putih, mula la cuba bermacam-macam produk kecantikan
  • Yang sememangnya kulit bermasalah, jerawat, parut, jeragat dan sebagainya, bertukar-tukar produk kecantikan ni seolah-olah 'try and error' untuk cari penyelesaian pada masalah kulit tu
Satu je pesan saya yang sememangnya sangat berpengalaman dalam bab-bab ni, sebab saya pun pernah lalui dulu... pesan saya, sayangilah kulit anda.

Tabiat suka mencuba dan bertukar-tukar produk ni, sebenarnya akan merosakkan kulit anda, dan bagi yang kulit bermasalah, ianya langsung tak akan menyelesaikan masalah anda.

Saya kongsikan di sini pengalaman sahabat kami, Siti Suhaida.. bagaimana beliau telah mengalami masalah jerawat yang kronik setelah menggunakan produk pemutih. Padahal sebelum tu, beliau tiada masalah kulit pun sebenarnya. Dan bagi anda yang ada masalah begini, teruskan membaca untuk ketahui bagaimana beliau dapatkan kembali kulit wajah beliau yang normal, malah semakin cantik.

Assalamualaikum W.B.T. Saya Siti Suhaida Binti Ismail, berusia 27 tahun dan berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Saya bekerja sebagai Retail Executive di sebuah syarikat swasta.

Terpengaruh dengan iklan produk kulit putih seawal 3 hari

Masa belajar dulu kulit saya tiada masalah tetapi berkulit gelap, cemburu melihat model iklan di televisyen yang memakai produk kulit putih seawal 3 hari, saya terus teruja. Saya tekad membeli dan mencubanya. Memang benar kesannya sangat cepat. Muka menjadi licin dan menipis, kulit saya tidak tahan panas.

Tetapi apabila saya berhenti memakai produk tersebut akibat kekurangan wang, muka saya menjadi semakin teruk, jerawat besar-besar tumbuh silih berganti menyebabkan saya menjadi semakin stress.

Juga mempunyai masalah penghadaman dan pendarahan usus

Saya juga mempunyai masalah dengan sistem penghadaman yang kurang baik. Mungkin kerana tidak menjaga pemakanan seharian saya yang kebanyakan nya memang tidak sihat. Jadual makan saya memang tidak teratur, dan saya suka minuman berkafein sebagai usaha untuk stay up belajar pada waktu malam. . Saya penggemar tegar Nescafe dan kadang2 satu sachet tidak cukup kuat bagi saya.

Kehidupan sebagai pelajar saya anggap normal jika makan Maggi dan Nescafe, akibat terlalu sibuk dengan belajar saya biarkan saja masalah itu sampai lah satu ketika saya disyaki mengalami masalah dalam usus kerana berlaku pendarahan ketika membuang tetapi tidak sakit. Perut saya menjadi sangat sensitive dengan makanan yang saya makan, saya tidak boleh makan pedas walaupun sedikit dan sembelit yang teruk.

Mungkin terlalu stress dengan keadaan diri, hormone saya menjadi tak stabil, jerawat semakin naik penuh dimuka dan period saya menjadi tidak stabil.

Masalah jerawat dan usus hilang selepas amalkan supplement Shaklee

Saya mula ikhtiar ingin mencuba Shaklee dengan mengambil ESP, dan Vitamin C secara konsisten namun jerawat masih tidak berhenti naik dan mula menambah B-Complex, Gla dan Alfalfa untuk menstabilkan hormone dan merawat masalah jerawat saya.

Alhamdulillah masalah jerawat saya dah berkurang, period dah okay dan sekarang saya langsung tiada masalah usus lagi.

Bagi adik-adik di luar sana, saya sarankan tidak mudah terpengaruh dengan iklan-iklan di televisyen kerana tiada produk yang mampu member kesan seawal 3 hari melainkan produk tersebuk mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius, rawat lah dari dalaman dahulu dan cari skincare yang berasaskan dari bahan semujadi.

Anda juga mungkin berminat Cara Hilangkan Jerawat Dan Parut Akibat Salah Guna Produk dan Produk Pencuci Muka Terbaik Untuk Cerahkan Kulit Tanpa Kesan Sampingan Merbahaya

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: