Wednesday 8 March 2017

9 Cara Mencegah Sakit Buah Pinggang. Awas Sebelum Terlambat


Sakit buah pinggang tak mengira usia dan jantina.

Buah pinggang adalah sebahagian dari saluran kencing yang memainkan peranan utama untuk menyaring kotoran daripada darah dan membuangnya bersama cecair dalam bentuk air kencing(urine).

Secara semulajadi, kemampuan sistem ‘filter’ buah pinggang akan menurun ketika anda mencecah usia 30-40 tahun. Bahkan fungsinya juga akan menurun sebanyak 10 peratus. Namun, jika anda menjaga buah pinggang dengan betul daripada awal, risiko buah pinggang rosak di kemudian hari menjadi lebih kecil peratusannya. Sebaliknya, jika anda menjalani gaya hidup yang tidak sihat atau langsung tidak mempedulikan kesihatan buah pinggang, risiko buah pinggang rosak pada usia muda semakin besar potensinya.

Inilah yang menjadi punca mengapa ramai kaum belia pada hari ini terpaksa berdepan dengan kerosakan buah pinggang.

Kena ingat ya, kegagalan buah pinggang ni risikonya boleh membawa maut.

Atau paling kurang pun, anda terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk seumur hidup. Saya pernah dengar sendiri perkongsian pesakit buah pinggang yang terpaksa berulang-alik ke hospital untuk dialisis. Allah. Kesiannya dengar. Bukan sahaja tiada lagi nikmat untuk menjalani kehidupan seperti biasa, malah kesakitan yang terpaksa ditanggung setiap kali selepas dialisis juga adalah sangat seksa.

Jadi, bagi memastikan kesihatan buah pinggang di kemudian hari, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan.

Menurut sumber daripada The Health Site, ada 9 perkara penting yang harus anda lakukan untuk menjaga kesihatan buah pinggang dan mencegah risiko buah pinggang rosak.


1. Mengawal Diabetes, Tekanan Darah Tinggi dan Penyakit Jantung 

Dalam pelbagai kes, penyakit buah pinggang adalah penyakit sekunder yang dihasilkan daripada penyakit primer atau keadaan seperti diabetes, penyakit jantung ataupun tekanan darah itu. Jadi sebab itulah, anda perlu mengawal kadar gula, kolesterol dan tekanan darah dengan mengikuti aturan diet sihat dan rajin bersenam sangat penting untuk menjaga buah pinggang sejak awal lagi.


2. Kurangkan Pengambilan Garam 

Garam meningkatkan jumlah natrium dalam tubuh. Ia bukan setakat meningkatkan tekanan darah, tetapi juga mengundang pembentukan batu karang.


3. Minum Banyak Air Putih 

Air membuatkan ada terhidrasi dan membantu buah pinggang untuk membuang semua racun daripada tubuh anda. Air juga membantu tubuh untuk mempertahankan volume darah dan meningkatkan kepekatannya. Air juga mengambil peranan penting dalam penghadaman dan mengawal suhu tubuh. Paling kurang, anda harus minum 8 gelas air sehari.


4. Jangan ‘Tahan-tahan’ Buang Air Kecil

Penyaringan darah adalah fungsi utama yang dilakukan oleh ginjal. Menahan diri untuk membuang air kecil akan memberikan infeksi pada buah pinggang. Menahannya bererti membuatkan kandungan air kencing anda terpaksa menampung lebih daripada kapasitinya. Perkara ini boleh mempengaruhi gerak kerja buah pinggang.


5. Jaga Pemakanan 

Hampir semua proses yang terjadi di dalam tubuh banyak dipengaruhi apa yang anda makan dan bagaimana anda memakannya. Jika anda makan makanan yang tidak sihat, organ-organ anda harus menghadapi efeknya, termasuklah buah pinggang. Jadi, sebaiknya hindari makanan yang tidak sihat. Selain itu, anda juga perlu seiringkan makanan yang tepat dalam diet anda, terutama makan yang boleh memperkuatkan buah pinggang seperti asparagus, bijrin, bawang putih dan ikan. Buah-buahan seperti tembikai, lemon juga baik untuk kesihatan buah pinggang.


6. Pilih Minuman Sihat 

Jus buah-buahan segar adalah cara lain untuk minum lebih banyak cecair dan menjaga buah pinggang anda sihat. Jus membantu sistem penghadaman untuk mengekstrak lebih banyak air. Hindari kopi dan teh, keduanya mengandungi kafein yang mengurangi jumlah cecair dalam tubuh, membuat buah pinggang harus bekerja lebih keras untuk menyingkirkannya.


7. Rajin Bersenam 

Ada yang berpendapat obesiti berkait rapat dengan masalah buah pinggang. Kelebihan berat badan dua kali ganda kemungkinan besar juga menghalang gerak kerja buah pinggang. Bersenam, makan dengan jumlah yang sihat serta mengawal berat badan dapat membantu anda menjaga kesihatan buah pinggang.


8. Hindari Alkohol Dan Rokok 

Pengambilan alkohol akan menganggu keseimbangan elektrolit tubuh dan mengawal hormon yang mempengaruhi fungsi buah pinggang. Manakala merokok pula boleh mengurangkan fungsi buah binggang secara signifkan. Rokok juga memiliki efek buruk buat kesihatan jantung sehingga boleh membuatkan masalah buah pinggang menjadi lebih parah.


9. Hindari Sebarang Ubatan Yang Tidak Perlu 

Semua jenis ubat yang anda ambil akan melalui buah pinggang untuk proses penyaringan. Peningkatan dos atau pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan boleh meningkatkan beban buah pinggang termasuklah pengambilan pil tahan sakit yang kerap.


1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum .
Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)
Masalah buah pinggang ini bukanlah sesuatu masalah yang boleh dipandang remeh.Baca Tanda Tanda Awal Kegagalan Buah Pinggang Berfungsi Dan Cara Mengatasinya Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .