Sunday 2 October 2016

5 Sebab Sebenar Kenapa Jeragat Susah Nak Hilang Yang Wajib Anda Tahu


Belek-belek muka kat cermin, tiba-tiba nampak ada bintik-bintik hitam kat muka.

Hah, jaga-jaga tau. Tu tandanya jeragat dah mula menyerang. Jangan ambil mudah ya. Kalau tak dirawat dari awal, dari yang sikit-sikit tulah, makin lama akan jadi makin banyak, bertompok-tompok jadinya.

Makin banyak, makin lama, makin susah tau nak hilangkan tompok-tompok hitam jeragat yang degil ni.

Sanggup ke biar muka bertompok hitam?

Suka tengok benda yang cantik, suka nampak cantik, itu lumrah manusia kan, terutamanya kaum wanita. Siapa la yang tak nak nampak cantik, kulit bebas dari segala masalah termasuk jeragat ni.

Nak nampak cantik tu satu hal.

Satu hal lagi, apa yang lebih penting adalah supaya hidup sentiasa ceria, bersemangat dan positif. Sebab, sesiapa sahaja pun akan stress, malu dan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai sekiranya wajah mempunyai masalah.

Jadi, kesannya bukan kepada fizikal semata-mata, malah menggangu emosi dan dalaman kita.


Ketahui 5 sebab sebenar kenapa jeragat susah nak hilang

Kebiasaannya, masalah jeragat ni akan mula menghantui wanita yang berusia 30an seperti saya. Tetapi sekarang ni, saya lihat, semakin ramai juga yang sudah diserang jeragat seawal 20an. Sayangnya la hai, muda-muda, kulit yang sihat dan cerah tu tiba-tiba dah nampak kusam dan tak berseri akibat jeragat. Lagi sayang, kalau dibiarkan pula tu tanpa sebarang rawatan. Dah nampak tua dari usia dah.

Berdasarkan pengalaman saya selama lebih 4 tahun bersama customers yang mempunyai pelbagai masalah kulit ni, ramai yang merungut, jeragat susah nak hilang walaupun dah berhabis banyak cuba macam-macam produk.

Dari produk A sampailah ke produk Z dah dicuba, masalah jeragat masih tak hilang malah makin merisaukan lagi ada la.

Stress kan, dahla jeragat tak hilang, kulit makin rosak akibat cuba macam-macam produk, duit pun dah banyak habis.

Apa yang dapat saya simpulkan, masalah jeragat ni, selagi kita tak ketahui dan rawat punca sebenarnya, memang agak sukar nak hilangkannya. Ianya bukanlah faktor usia semata-mata, malah lebih dari tu. Kalau tak, takkanlah yang berusia 20an pun dah mula diserang jeragat.

Jadi, apa sebeanarnya punca jeragat ni?

1. Sinaran matahari

Ini musuh utama kulit kita.

Pendedahan bawah pancaran matahari bukan sahaja menjadikan kulit wajah lebih gelap, kurang bersinar, kasar, tona kulit yang tidak rata, malah akan menyebabkan munculnya bintik-bintik hitam serta jeragat yang bertompok-tompok.

Jeragat yang dah mula pudar pun boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.


2. Perubahan hormon

Sesetengah wanita akan mula mendapat jeragat sewaktu hamil akibat perubahan hormon. Ada yang bernasib baik akan hilang selepas bersalin, namun ada juga yang jeragatnya kekal walaupun selepas bersalin.

Selain itu, pil perancang dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.


3. Pemilihan produk yang salah

Hati-hati ya bila memilih produk penjaaan kulit terutamanya yang untuk mencerahkan kulit tu.

Saya sendiri pernah consult beberapa orang customers yang muka dipenuhi jeragat yang bertompok-tompok akibat tersalah menggunakan produk pencerah kulit.

Apa yang menakutkan adalah produk-produk sebegini mengandungi bahan terlarang yang bukan sahaja merosakkan kulit malah mendatangkan risiko penyakit berbahaya.

Ada yang tujuannya nak hilangkan jeragat. Tetapi hasilnya jeragat tak hilang, malah makin teruk pun ada.
Ada yang tujuannya nak cerahkan kulit. Tetapi hasilnya kulit mungkin cerah, tapi makin lama jeragat pula menyerang.

Produk pencerah ni kebiasaannya menipiskan kulit dan menjadikan kulit lebih sensitif. Ini membuatkan risiko kulit terdedah kepada cahaya matahari semakin tinggi. Ingat ya, sinaran matahari adalah punca utama masalah jeragat, malah risiko yang lebih serius lagi adalah seperti kanser kulit.

Klik sini jika berminat dengan Tips Memilih Produk Pencerah Kulit Yang Berkesan Dan Selamat Tanpa Kesan Sampingan Merbahaya


4. Penjagaan muka yang tidak berterusan

Selain menggunakan produk yang selamat dan sesuai, kena rajin juga ya.

Paling malas pun, buat yang basic tu at least. Mencuci, menyegarkan dan melembapkan dua kali sehari.

Paling pantang, jangan tidur dengan make-up ya.
By the way, penggunaan makeup yang tidak berkualiti pun boleh menyebabkan jeragat. So, hati-hati juga bila membeli barang make-up ni.


5. Keturunan

Ini faktor genetik.

Kalau faktor genetik ni, lagilah kena ambil extra precaution :)


Jadi..

Dah tau kan 5 punca utama jeragat?
Ramai yang tak tahu punca-punca ni, jadi sebab tu susah nak hilangkan masalah jeragat.

Kalau dah tahu punca-punca ni, bukankah lebih senang nak hilangkan masalah jeragat yang buatkan anda stress tiap kali tengok muka kat cermin ni :)

Apa-apa masalah pun, mesti kena rawat puncanya.

Entry berikutnya, saya akan berkongsi langkah-langkah untuk menghilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan ya...

Bagaimana Cara Nak Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan >> KLIK SINI


Produk jeragat mestilah mampu memulihkan kesihatan kulit. Ramai yang hanya nak cerah dengan cepat.
Jadi ramai yang tersalah pilih produk jenis ‘peeling’ atau ada bahan kimia terlarang. Kulit jadi mengelupas dan pedih. Memang nampak jeragat pudar dengan cepat. Tapi sebenarnya, jeragat hilang bersama kulit luar yang sepatutnya melindungi kulit kita.
Kulit jadi lebih sensitif pada matahari dan produk muka.
- See more at: http://norfaziela.com/kenapa-susah-sangat-nak-hilangkan-jeragat-cuba-macam-macam-pun-tak-jadi-frust/#sthash.0ue9fh5F.dpuf

No comments: