Sunday 18 September 2016

5 Penyebab Anda Jadi Semakin Gemuk, Yang Anda Sendiri Pun Tak Sangka


Kenaikan berat badan tidak semestinya berpunca daripada apa yang anda makan. Sebenarnya ada banyak punca yang menjadi penyebab anda boleh jadi gemuk. Punca yang mungkin anda sendiri pun tak sangka!

Berat badan bertambah atau tak turun-turun, kerana kalori yang dibakar lebih sedikit daripada kalori yang masuk daripada makanan yang dimakan. Ini bermakna selain daripada makan, ada banyak faktor lain yang mempengaruhi metabolisma dan berat badan.


So, apakah faktor-faktor lain yang jadi penyebab tu?

6 penyebab anda jadi semakin gemuk, yang anda sendiri pun tak sangka

1. Stress tahap ‘Gaban’

Ternyata stress juga boleh menjadi salah satu perkara yang menyebabkan kegemukan. Apabila  mengalami stress, sebahagian orang akan mempunyai kecenderungan untuk kerap mengunyah.

Di samping itu, ketika stress tubuh akan menjadi tegang dan mengeluarkan hormone ‘kortisol’. Hormon ini akan menjadi penyebab utama meningkatnya nafsu makan sehingga membuat anda semakin seronok untuk menikmati apa sahaja makanan bagi  menenangkan diri.

Jadi, sebaiknya apabila anda stress, carilah aktiviti lain yang untuk meredakannya, misalnya bersenam.


2. Diet yang keterlaluan

Diet yang extreme dengan tujuan untuk menurunkan berat badan secara drastik dalam waktu yang singkat merupakan cara yang tidak efektif. Cara ini tidak melatih tubuh untuk membakar kalori yang banyak dalam jangka masa panjang.

Akibatnya, makanan yang anda makan tidak akan terbakar sepenuhnya dan kesannya berat badan anda akan naik kembali dengan cepat.


3. Kurang tidur

Ada beberapa perkara yang membuatkan kurangnya waktu tidur saling berkait rapat dengan pertambahan berat badan.

Jika anda kurang tidur, terjadi peningkatan kadar hormon dalam tubuh yang boleh meningkatkan rasa lapar dan nafsu makan. Kurang tidur juga membuat anda cenderung memilih sembarang makanan seperti goreng-gorengan daripada menu sihat seperti buah-buahan.

Selain itu, tidur lambat juga boleh membuka ruang untuk anda menikmati makanan ringan pada malam hari sehingga menambah timbunan kalori di dalam tubuh.


4. Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Ternyata pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

Kesan setiap jenis ubat memang berlainan untuk jenis penyakit. Ada yang boleh menyebabkan mengantuk, menambah keinginan makan, merubah gula darah jadi lemak dan juga kesan-kesan seumpamanya yang lain.

Jadi, apa sahaja ubat yang anda makan, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor. Jangan sampai salah memilih ubat kerana secara tidak disedari anda mengumpulkan bahan kimia di tubuh anda selama mengamalkan pelbagai macam jenis ubat-ubatan tersebut.


5. Masalah kesihatan

Selain itu, penyebab gemuk lainnya adalah ‘hipotiroidism’.

Keadaan ini berlaku disebabkan masalah tubuh yang disebabkan kurangnya pengeluaran oleh hormon tiroid didalam tubuh seseorang. Kekurangan tiroid ini boleh mengakibatkan metabolisme pada tubuh menjadi kurang lancar serta pertambahan pada berat badan.

Antara tanda-tanda ‘hipotiroidism’ ialah mudah penat dan lesu, suara menjadi serak, mudah diserang selsema, kerap mengantuk (menjadi kuat tidur) atau kerap pening kepala.

 

Nak tahu rahsia kurus dengan cara yang betul dan tanpa perlu ikat perut >> KLIK SINI


No comments: