Thursday 21 July 2016

7 Kelebihan Shawl Murah Yang Perlu Korang Ambil Tahu


Berapa yer harga shawl yang biasa korang beli?
Macam saya sendiri, shawl saya selama ni range harga dari RM0 hingga RM30 je. RM0 tu sebab banyak juga shawl yang saya dapat free je. Free ni sebab bila mak saya pergi buat umrah, mak saya suka beli jubah kat sana pastu dapat free shawl. Mak saya pula malas pakai shawl nak berlilit bagai ni, jadi saya la yang ambik shawl free tu.

Range harga bawah RM30 ni kira murah la kan. Pada saya, tak perlu dah saya nak beli shawl yang mahal dari ni. Sebab dengan harga ni, saya dah puas hati dah dengan kualiti shawl yang saya beli selama ni, cantik pun cantik. Ni untuk saya la, untuk orang lain mungkin berbeza pendapatnya. Tapi tak tau la kan, tup2 minggu depan tergoda nak beli shawl Neelofa pulak. Hihi.

Banyak kelebihan beli shawl murah ni, paling utamanya, JIMAT duit la kan. Duit tu boleh spend untuk beli benda-benda lain pulak.
Saya terjumpa satu artikel menarik ni, tentang kelebihan shawl murah. Rasa terpanggil pulak nak share kat sini.


7 Kelebihan Shawl Murah

1. Boleh didapati di mana sahaja

Bukan offline je, online pun dah banyak sangat jual. Tak susah pun nak dapat. Saya sekarang baju and tudung sendiri ni, memang beli online je.
  
2. Menjimatkan wang

Hidup di zaman yang moden ini memerlukan banyak komitmen. Korang mungkin berfikir bagaimana caranya untuk ‘cut-cost’ dari perbelanjaan seharian kan. Daripada membeli pakaian atau shawl yang berjenama, apa kata korang bertukar kepada shawl murah. Selain dapat menjimatkan kos, korang juga dapat bergaya tanpa perlu berhutang sana-sini.

3. Tetap cantik

Tidak semestinya shawl murah tidak cantik untuk dipakai. Trick dia, korang perlu pandai pilih dan bergaya. Kalau beli shawl yang berjenama sekalipun, tapi tak tau macammana nak gayakannya, keadaan tetap menjadi sama juga. Yang penting, tutup aurat dengan sempurna.

3. Pelbagai pilihan dan corak

Shawl murah mempunyai pelbagai jenis pilihan dan corak. Pernah tak korang tiba-tiba ternampak jenis shawl berjenama yang korang beli ada dijual di pasar malam menggunakan fabrik yang sama dan corak yang sama? Confirm rasa menyesal. Sebab tu, kalau bijak pilih dan bijak bergaya tentu ramai yang tak dapat bezakan antara shawl murah dan berjenama.

4. Penggunaan fabrik yang sama

Sebenarnya kebanyakan pengusaha shawl membeli kain di kedai kain yang sama. Jadi, tak mustahil jika shawl berjenama turut di jual di pasar malam. Mungkin apa yang membezakannya ialah cara jahitan dan potongan. Jenis fabrik kebanyakannya adalah sama saja. Tak dapat dinafikan, sesetengah shawl berjenama menggunakan jenis fabrik yang berkualiti tinggi, namun shawl murah juga mempunyai kualiti dari sudut lain.

5. Fesyen yang sering bertukar-tukar

Pembaziran berlaku apabila barang yang korang beli hanya dipakai untuk beberapa kali sahaja. Sama juga seperti fesyen dan trend shawl yang sering bertukar ganti. Sekurang-kurangnya jika fesyen dan trend bertukar-tukar, takdelah rasa membazir kan kalau beli shawl murah berbanding shawl berjenama.

6. Kepuasan yang berbeza

Memakai shawl yang berjenama mungkin memberikan kepuasan kepada si pemakai, tapi kalau korang mendapat pujian yang melimpah ruah dari rakan-rakan tentang shawl yang korang gayakan walaupun harganya murah, sure rasa lebih puas hati. Money spent well gitu.

7. Jumlah kuantiti yang dapat dibeli

Apabila korang membeli shawl murah, korang mungkin dapat membelinya dengan kuantiti yang lebih berbanding kalau beli shawl berjenama yang agak mahal, korang mungkin mampu membeli hanya sehelai sahaja.

Kesimpulannya

Bijak memilih dan bergaya adalah kunci untuk tampil menawan dan anggun. Tak kisahla, murah ataupun mahal :)

1 comment:

safurara said...

rara selalu tak beli mahal2, beli kat jalan TAR je, tp kena tgu sikit lah utk kualiti yg baik.