Wednesday 22 June 2016

4 Tips Gayakan Tudung/Shawl Untuk Yang Berwajah Bulat Supaya Wajah Nampak Comel Dan Tirus


Siapa rasa muka dia jenis bulat, kita geng!

Saya ni dah sah-sahla muka bulat, bukan rasa lagi dah.
Tapi kan, orang muka bulat ni, bila pakai tudung, kalau kena gayanya, tak nampak pun bulat. Boleh nampak comey and tirus je muka. Magic tak. Teknik yer, teknik. Teknik pakai tudung kena ada, kena pandai adjust ikut muka sendiri.

Tak perlu nak rasa segan ke, rendah diri ke, rasa muka chubby ke. Be confident dan bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat kita.

Macam-macam cara boleh kita gayakan, yang penting simple dan menutup aurat dengan sempurna. Sekarang kan berlambak tutorial pakai tudung ni, search je. Lepas dah tengok tu, bolela try yang mana sesuai, boleh adjust-adjust sikit bagi sesuai dengan kita.

And lagi satu, selain gaya tudung, jenis kain pun memainkan peranan jugak tau. Sebab, kalau tersalah pilih material, pun akan buatkan wajah kita kelihatan semakin membulat dan chubby.


Sempena lagi 2 minggu nak raya ni, meh nak share tips best yang saya terbaca ni.
Khas untuk geng-geng muka bulat yang nak nampak comey and tirus je muka bila pakai tudung.

4 Tips Gayakan Tudung Untuk Yang Berwajah Bulat Supaya Wajah Nampak Comel Dan Tirus


1. Pilih Anak Tudung (Inner) Yang Sesuai
 

Anak tudung atau inner mempunyai pelbagai jenis rekaan dan ia tidak semestinya sesuai untuk digayakan ke semua jenis wajah. Anda yang memiliki wajah chubby, perhatikan ukuran anak tudung tersebut. Jangan sampai anak tudung tersebut kecil saiznya, sehingga menekan pipi anda. Secara tidak langsung ia membuatkan pipi anda kelihatan semakin chubby.

Untuk wajah chubby, sebaiknya pilihlah inner neck jenis awning yang sedikit panjang. Ia akan memberikan kesan wajah yang lebih lonjong sehingga anda boleh menyembunyikan pipi anda yang chubby itu.

2.
Pastikan Material Dan Rekaan Hijab Tepat
 

Si chubby atau si pipi tembab tidak boleh sembarangan dalam mengayakan hijab. Anda disarankan memilih rekaan hijab yang boleh memberikan kesan wajah yang nampak tirus. Untuk menyembunyikan kesan chubby, gayakan hijab tersebut hingga ke bahagian pipi.

Di samping itu, pilihlah material hijab yang ‘jatuh’ sehingga memberikan efek wajah tirus. Elakkan mengayakan hijab daripada material sutera kerana ia boleh mempertegaskan wajah chubby anda itu.

Selain itu, untuk memberikan kesan tirus, anda disarankan memakai hijab dengan warna polos gelap. Hijab yang bermotif akan menampakkan lagi wajah bulat dan pipi anda yang chubby itu, jadi jangan pakai ya!

3. Hindari Hijab Yang Berlapis
 

Selain menghindari hijab daripada material sutera yang ‘jatuh’, anda juga perlu elak daripada memakai hijab berlapis. Hijab yang berlapis akan menambah volume pada wajah anda sehingga wajah anda akan kelihatan semakin chubby dan berisi. Anda juga tidak disyorkan memakai pashmina yang tebal.Sebaiknya, anda pilih pashmina atau hijab daripada material nipis, tetapi tidak jatuh.

4. Lebih Selektif Dalam Memilih Aksesori
 

Tidak semua aksesori boleh digayakan dengan wajah bulat dan pipi chubby. Oleh sebab itulah, anda yang perlu selektif dalam memilih aksesori yang akan dipakai. Jangan menambah aksesori di bawah telinga kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan semakin lebar. Selain itu, elakkan memakai aksesori yang terlalu besar.

Simple tips.

Saya sendiri pun, kalau pakai tudung, part pipi tu mesti nak sorok sikit.
Rasa macam pipi ni tembam sikit. Kena adjust-adjust sikit supaya tak nampak pipi besar sangat. Most of the time berjaya la :)

Ok.. selamat mencuba ya!

No comments: