Monday 18 April 2016

7 Tips Memilih Set Berpantang Yang Berbaloi Untuk Kesan Terbaik


Assalamualaikum wbt..

Set Berpantang adalah keperluan wajib buat ibu yang baru lepas bersalin. So, ibu-ibu yang tengah prepare checklist barang untuk berpantang nanti, selain barang-barang keperluan baby, jangan lupa include ni sekali k.

Kalau kita tengok kat pasaran sekarang bermacam-macam jenama yang available, tapi yang mana satu paling sesuai? Apakah ciri-ciri Set Berpantang terbaik sebenarnya? Pening juga kan nak pilih, especially ibu-ibu yang yang belum pernah ada pengalaman sebelum ni, yang tengah mengandung anak sulung.

Tahukah anda pemilihan Set Berpantang yang salah atau tidak betul boleh mempengaruhi proses berpantang anda?

Terdapat beberapa faktor yang perlu ibu-ibu consider sebelum membeli Set Berpantang ni. Especially bab ‘keserasian’ Set Berpantang tersebut dengan anak yang bakal lahir nanti. Juga kena consider adakah Set Berpantang tu betul-betul boleh membantu ibu kembali pulih luar dalam, kekal cantik dan bertenaga dengan cepat?  Tak naklah dah beli mahal-mahal end up tak guna or tak beri kesan seperti diimpikan. Kan dah membazir namanya tu.

7 Tips Memilih Set Berpantang Yang Berbaloi Untuk Kesan Terbaik

Jom kita tengok tips serta panduan membeli Set Berpantang terbaik!



1. Dapatkan Info Produk

Maksudnya cuba cari atau dapatkan info produk (kalau boleh dapatkan info dari pelbagai jenama). Info ini boleh didapati dalam internet (web ataupun blog). Cuba kumpul info sebanyak mungkin.

2. Bajet

Nak murah boleh nak mahalpun boleh. Kalau set yang murah selalunya barang di dalamnya tidak banyak tetapi masih menepati rawatan selepas bersalin. Kalau yang mahal,semuanya lengkap. Contohnya ada bengkung, tungku, gel peramping badan dan macam-macam lagi.
Kalau anda sudah set bajet anda berapa, jadi senanglah nak dijadikan panduan. Sebab dengan bajet yang anda sudah peruntukan serta info yang telah anda perolehi, ini dapat membantu dalam menentukan jenama mana yang hendak dibeli nanti.

3. Jenama Produk

Adakah anda membeli sesuatu produk berdasarkan nama produk tersebut ataupun setelah meneliti info produk tersebut? Setiap produk mempunyai keistimewaan tersendiri jadi sebagai pengguna anda dinasihatkan meneliti isi kandungan produk, cara penggunaan dan lain-lain agar produk yang dibeli dapat digunakan sebaiknya.

4. Sesuai Atau Serasi Ke Dengan Diri Sendiri?

Dengan info produk yang telah anda perolehi, perbandingan produk dapat dibuat, dengan ini anda dapat buat rumusan produk mana yang agak bersesuaian dengan diri sendiri. Ramai yang membeli sesuatu produk tanpa mendapatkan maklumat yang mencukupi dan akhirnya produk yang dibeli tidak menepati citarasa diri si pemakai.

5. Beli Secara Berasingan Ataupun Set Bersalin Berpakej

Sesetengah Set Bersalin boleh dibeli secara berasingan. Walaupun secara berasingan tetapi seloknya beli satu set juga, barulah lengkap untuk rawatan.

6. Tanya Pendapat

Cuba tanya pendapat sesiapa yang anda kenal, tanya pendapat mereka, produk apa yang dipakai, sesuai tak dengan diri si pemakai, apa kebaikan dan keburukan produk tersebut. Melalui cara ini juga dapatlah anda jadikan panduan.
Kalau boleh sebelum bertanya pendapat, cuba kumpulkan info produk dahulu, agar boleh anda bertanya lebih lanjut dengan sesiapa yang anda nak tanya itu. Kalau anda tiada info produk, nanti anda hanya menjadi pendengar sahaja.

7. Beli Di Mana?

Set Bersalin mudah didapati, boleh dibeli di kedai ubat, pasaraya, beli secara Online (laman web,FaceBook atau Blog) dan lain-lain. Kalau beli secara online pastikan anda membeli di web atau blog yang anda betul-betul yakin. Ini bagi mengelakkan anda tertipu dan mengalami kerugian.

Set Berpantang Popular Pilihan Ibu-Ibu 

Saya dulu, selepas bersalinkan kakak Aina 8 tahun yang lepas dan Irfan 7 tahun lepas, saya ambil set berpantang yang berasaskan jamu yang agak popular, tak perlu la kut ye saya mention jenama tu kat sini. Waktu tu, tak banyak sangat pilihan macam sekarang, info pun kurang, tanya kawan terdekat jer. Honestly, set yang saya beli tu, saya tak habis pun makan atas sebab-sebab tertentu. Membazir pulak rasa. Waktu tu tak kenal Shaklee lagi.

Sekarang ni memandangkan saya dah kenal Shaklee dan dah bertahun-tahun ambik Shaklee, dah rasa pun kesan best Shaklee, if Allah bagi rezeki dapat baby lagi, memang tak pandang lain dah la. Confirm la berpantang dengan Set Berpantang Shaklee jer.

Seronok bila baca pengalaman ibu-ibu yang ambil Set Berpantang Shaklee ni. Customer saya pun Alhamdulillah semua berpuas hati. Baru-baru ni ada customer saya yang orderkan Set Berpantang untuk kawannya pula, yang akan bersalin. My customer ni sebelum ni pun memang ambil Set Berpantang Shaklee selepas bersalin anak kembar beliau, sampai sekarang pun still ambil supplements Shaklee untuk menyusu. Memang macam tak dalam pantang katanya, badan bertenaga dan cepat pulih, susu pun meriah. Maklumlah, nak jaga anak kembar ni bukan calang-calang tau.

Ada lagi seorang my customer ni pula tengah menunggu hari untuk bersalin anak ke-4. Sebelum ni, beliau ambil Set Berpantang Shaklee selepas bersalinkan anak ke-3 beliau. Memang dah jatuh cinta katanya, so baby yang ke-4 ni pun beliau dah order Set Berpantang Shaklee untuk ambil waktu berpantang nanti.

Kenapa la agaknya kan Set Berpantang Shaklee ni semakin menjadi pilihan ibu-ibu...

Jom saya kongsikan pula pengalaman seorang ibu yang juga mengamalkan Set Berpantang Shaklee, dan apa yang membuatkan beliau dah jatuh cinta dengan Shaklee...


SET BERPANTANG APA YANG PALING BEST? SEMESTINYA SET BERPANTANG SHAKLEE :)

Dari awal mengandung lagi memang dah set dah, nak guna set pantang Shaklee kali ni... Masa lahirkan Dani dan Zara dulu, saya guna set pantang Cap Menara je.. Beli kat bidan urut.. Hasilnya, seminggu je saya berupaya menelannya.. sebab risau baby cirit birit n baby tak baik kuning lagi sepenuhnya.. so jamu-jamu letak tepi dulu lah...

Sebenarnya, masa saya habis berurut ari tu, Bidan Opah Leha ade gak promot beli set pantang Cap Menara tu, tapi saya bagitau la, dah beli dah.. hihi...

Saya memang ikut time nak makan set pantang Shaklee ni...Sebab nak rasa dia punya effect betul2... Wow sangat ke kan? Dah beli mahal2 tu, kenalah habiskan. Eh, mahal ke? Apelah sangat nilai harga vitamin tu kan, dengan harga diri sendiri ni... Kalau rasa tak mampu nak beli sekali segedebuk, beli la sikit2, dari awal pregnant lagi saya dah kumpul, sebulan beli satu2...

Bangun pagi2 telan Zinc Complex dulu masa perut tengah kosong lagi. Sejam atau setengah jam kemudian baru saya breakfast. Lepas breakfast, makan Vitalea, B complex ngan Vitamin C sebiji- sebiji... setle. Pukul 12 tengahari lunch pulak, lepas lunch amik lecithin ngan alfafa. Alfafa masa tu tak berani lagi saya nak makan 2-3 bijik. Sebabnya, Si Baby Iman ni tak kuat menyusu sangat, everytime dia menyusu mesti tersedak2.

Pastu susu badan banyak, dia plak asyikla tido je. Sudahnya breast saya membengkak. Alamat kalau breast bengkak, seram sejuk satu badan nak demam. Hampir2 nak demam dah hari tu. Cepat2 telan panadol. Nutriferon plak belum sampai masa tu. T_T .

Cenggitu haaa kesan makan Alfafa... so, saya makan sebijik jelah cukup untuk buang toksin2 dalam badan ni, di samping nak ngangkut lemak2 yang dah dilupuskan oleh Cik Lecithin itu tadi. Hehe...

Dinner plak, tak makan nasi pun, cukupla kopi secawan atau bercawan2 cicah ngan biskut. Sebab kenyang lagi dengan makan siang tu dan makan vitamin2 tu. Serius la, makan vitamin2 tu perut jadik kenyang. Tak caya? cuba try. :) Kul 7 malam cam tu la. Selang 2 jam baru saya makan Ostematrix 4 biji sebelum tido.

Dah habis berpantang pun. 
Hasilnyaaaaa.. Memang wow lah! Terlalu banyak effectnya kat badan sendiri ni.

1. Luka cepat baik. 10 hari luka dah bercantum. Tq Zinc Complex.

2. Badan tak penat. Seriously, saya tak stress langsung berpantang kali ni. Stress sebab anak2 bergaduh ada. Hahahaha.. tp bukan sebab badan penat. Fungsinya Vitalea n B Complex :)

3. Baby alhamdulillah, malam2 tak meragam. Lena betul dia tido. Malam-malam sekali dua je bangun untuk menyusu dan baby poopoo. Ibu saya pun cakap, xdengar langsung dia menangis malam2. Compare ngan sebelum2 ni.. mak aihhh.. letih bdn asyik bangun tgh malam. Bila badan penat, mula la rasa nak emo satu badan kan. Means, baby kenyang menyusu... saya makan vitamin dan khasiat dia dapat kat baby jugak melalui susu ibu yang baby minum.

4. Tiada langsung sembelit... fuhhhh.. tu adalah salah satu perkara yg agak ngeri jugak tu masa dulu-dulu pantang Dani dan Zara, Pantang Iman hari-hari saya membuang dgn senang hati. Tq Ostematrix!

5. Tiada bengkak susu. Susu badan Alhamdulillah... agak meriah juga. Sampai baby Iman tersedak2 la. Flow susu tu laju. TQ Lecithin n Alfafa ♡♡

6. 3,4 orang yang datang visit baby dok tanya, ni orang pantang ke tak pantang ni...hahaha... pantang laa... takkan tak pantang, badan nak pakai lama kot.. :) Badan rasa sihat kuat dan cergas dan kulit muka tak kusam. Vit C punya penangan...

7. Perut tak rasa nak makan sangat. Kawan2 pun tak percaya yg saya makan nasi sekali je sehari.. hehehe... Betul la.. so ini akan jadikkan asbab berat badan saya menurun..

8. Tiada keguguran rambut. En.suami pelik, hairan dia dah lama tak nampak rambut bertaburan kat dalam bilik. Hahaha… Ni Zinc complex punya kerja.
.
9. Kesan ni yang saya dapat bila saya amalkan makan Set Berpantang Shaklee tanpa prejudis. Konsisten hari-hari... best betul.. 

Best pulak rasa baca kisah ibu-ibu yang berpantang. Ni yang rasa nak ada baby ni. Rindunya bau baby :)

Semoga tips dan kisah yang saya kongsikan ni memberi manfaat untuk ibu-ibu yang tengah mencari info tentang berpantang ni.

Thanks for reading. If berminat nak tau lebih lanjut tentang Set Berpantang Shaklee ni, jangan segan-segan hubungi saya ya.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: