Tuesday 2 February 2016

6 Punca UTAMA Berat Badan Susah Nak Turun


Mulut asyik cakap nak kurus, tapi kenapa la susah sangat nak kurus yer?

Ramai yang ada masalah ni kan. Mana taknya, rasa nak makan tu sama banyak dengan rasa nak kurus. Gagal nak kawal nafsu makan. Bila dah makan macam-macam baru nak menyesal, lepas tu insaf sekejap. Tapi esok lusa, pulun makan balik. 

Pernah hadapi masalah macam ni?

Itu baru satu antara punca yang buatkan berat badan kita susah turun.
Ada lagi beberapa masalah lain yang menyebabkan berat badan kita susah sangat nak turun.


6 Punca Utama Berat Badan Susah Nak Turun

1. Tidak pernah kenyang

Jika anda makan dan tidak pernah kenyang, cubalah minum 1-2 gelas air putih sebelum makan. Ambillah makanan yang mengandungi serat yang banyak seperti buah dan sayur. Jangan lupa, pengambilan protein dan lemak yang cukup akan membuatkan anda merasa kenyang semasa makan.

2. Sukar kawal 'lapar mata'

Anda mempunyai hobi ‘suka makan’ dan tidak mampu mengawal ‘lapar mata’. Biasanya, ‘lapar mata’ adalah orang yang suka mencari snek yang tinggi kalori dan berlemak. Walaupun snek diperlukan tetapi pilihlah snek yang sihat seperti buah, yogurt rendah lemak, salad dan sebagainya. Pastikan jadual makan sehari anda adalah 3 kali hidangan makan dengan 2 kali snek.

3. Suka mengunyah

Tidak salah mengunyah snek tetapi pilihlah snek yang sihat. Contohnya, gantikan kacang goreng dengan kacang rebus dan gantikan minuman berkalori dengan dengan air putih. Pastikan juga hidangan snek dalam sehari adalah 10% dari jumlah kalori dalam sehari.

4. Badan terasa berat

Pastikan anda mengetahui berat ideal anda. Jika anda tergolong dalam berat badan ideal tetapi badan terasa ‘berat’, anda sebenarnya kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal. Lakukan regangan otot atau senaman ringan secara teratur pasti badan anda merasa lebih ringan dan segar sepanjang hari. Jadi perhatikan berat badan anda dengan ketinggian. Jika berat badan anda tidak ideal, anda perlu lakukan sesuatu.

5. Tiada masa bersenam

Apabila anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, anda boleh memperbanyakkan aktiviti fizikal dalam sehari-hari. Contohnya, turun naik tangga dan elakkan daripada menggunakan lif di pejabat. Selain itu, apabila menonton televisyen, jangan sesekali menggunakan alat kawalan untuk menukar rancangan lain. Sebaliknya, cubalah berdiri, berjalan dan menekan butang televisyen untuk menggantikan rancangan lain.

6. Sasaran yang tidak logik

Kadang kala, sasaran yang anda letakkan dalam berdiet juga tidak logik. Ingin menurunkan 10 kilogram berat dalam masa satu bulan itu sangatlah mustahil. Jika anda berjaya melakukannya, anda pasti mengabaikan keperluan nutrisi pada tubuh. Ini berbahaya kerana kita perlu kurus secara sihat dan selamat. Pastikan sasaran anda adalah logik dan realistik.

Semoga berjaya!
Yang penting, senstiasa tanamkan dalam diri, kurus untuk sihat dan bukan untuk cantik semata-mata :)

No comments: