Friday 25 December 2015

Part 2 : Bercuti Di Mini Zoo Kemaman Dan Makan Malam Di Restoran Terapung Bakau Tinggi, Terengganu



Hari kedua bercuti di Cherating, Pahang..

Dari first day sampai kat Samsuria Beach Resort Cherating ni, kakak dengan irfan dah beriya nak mandi swimming pool. Setiap masa dok sebut-sebut. So awal-awal pagi lepas breakfast tu, dah ajak dah mama turun teman mandi kat swimming pool.

 Dua orang budak kecik yang dah tak sabar-sabar nak terjun swimming pool

Sebelum terjun mandi swimming pool, kitorang jalan-jalan dulu kat pantai belakang hotel ni.
Jalan-jalan jer la, sebab ombak situ kuat. Takde sape pun berani mandi.
Ada pintu dan jalan kat belakang tu untuk ke pantai.
And dekat pintu tu ada notice ni. 
Thumbs up! Bab-bab kebersihan, saya notice, memang hotel ni jaga betul. 
10 bintang dari cik jatt!

Sepagian berendam sepuas-puasnya
Dekat sini ada rules, kena pakai baju mandi,
tapi semua orang hentam jer mandi pakai baju biasa 
Next, dari Cherating Pahang ke Kemaman Terengganu pulak
Dah dekat kan, boleh seberang gitu-gitu je.
Singgah dulu lunch dekat Warong Maksu & Paksu yang famous tu.
Patutla ramai yang makan kat sini sampai meja semua sentiasa full, 
memang sedap, harga pun ok.
 Dah makan kenyang-kenyang, masa untuk membakar lemak di
Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman Terengganu
Harga tiket 
Dewasa : RM 10.00
Kanak-kanak : RM 7.00

Nasib baik ada buggy ni, takdela kena menapak jauh sangat
Naik dulu buggy ni dari entrance sampai ke dalam zoo.
Kat dalam tu baru ada semua binatang, dia macam berpusat kat tengah-tengah zoo

Berangin woo, syiok :)

 Dua budak yang sayangkan haiwan siap cita-cita nak jadi doktor haiwan ni

Hero kecik mama :)

Yang mana satu adik ni..
Biasanya pergi mana-mana pun mesti orang akan ingat kakak dengan irfan ni kembar,
takpun irfan yang abang :)

 Rasa macam lagi best Mini Zoo Kemaman ni dari Zoo Negara pun ada.
Mungkin sebab tak terlalu besar kut, kalau kat Zoo Negara tu memang selalunya tak habis pun pusing, rasa macam jauh beno nak pergi ke satu-satu binatang tu.
Lagi satu, kat sini ada banyak jambatan gantung, best jugak sebab teduh, sambil jalan kat jambatan ni sambil boleh tengok binatang

Turun la dulu anak-anak yer, mama nak pose seround

Rehat sekejap sebelum teruskan perjalanan

Playground pun ada kat sini
Favourite spot anak-anak jugak ni.
Mainla anak-anak, bole la mama relax-relax sikit

Sesungguhnya, mama pun teringin nak main swing jugak :)

Dekat sini ada swimming pool jugak
So sape yang plan nak mandi dekat swimming pool ni, sila angkut baju sekali k

Nak balik sudah

Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah dulu beli keropok lekor, otak-otak dan sata dekat Warung Aziz Satar ni.
Orang cakap sata kat sini paling sedap.
Memborong la apa lagi, plannya nak pergi makan kat tepi pantai

 Yey!! Dah sampai pantai. Kitorang singgah dekat Pantai Teluk Mak Nik
Hmm... sayangnya pantai ni
Banyak sangat sampah-sarap. Haishhh, ni yang akak hangin dengan sikap manusia yang takde kesedaran sivik ni
Bukannya takde tong sampah kat situ

Ni rupanya sata
First time makan ni actually. Sedap jugak.
Kalau kat pasar malam Penang pun ada kut ni, cuma rasa tu tak tau la sesedap ni tak

 Takleh mandi pantai, main pasir pun jadi la ye kakak

 Angin kuat, rugi kalau tak main kite

Malamnya, dah balik hotel, relax-relax, mula-mula ingat tak nak keluar dah
Tiba-tiba my BIL ajak keluar makan pulak, ada tempat makan best katanya.
Setelah sesat-sesat sikit, sampaila kitorang kat sini
Restoran Terapung Bakau Tinggi, Terengganu

Ramai orang makan kat sini
 Makanan pun sedap jugak
Western food pun ada. Bolela kalau nak lepak santai-santai sambil makan kat sini


Alhamdulillah, berakhir sudah hari ke dua bercuti di Kemaman ni.

Happy tengok anak-anak happy :)

No comments: