Thursday 17 September 2015

Tunaikan Hajat Kakak Makan ABC Di Hammer Bay Penang


Alkisahnya, semalam ingat nak lepak kat rumah jer dengan cik abang dengan anak-anak. Sebab pagi tu tengok macam jerebu tak clear sangat lagi. Tapi dah nak masuk ke petang tu, nampak ok pula cuaca. Dengan redupnya lagi. Teringat pula kakak ada cakap teringin nak makan ais kacang. Biasa la hati ibu ni, bila anak-anak cakap teringin nak makan something, mula la gigih menggodek resepi masakkan untuk anak-anak. Tapi ni ABC ni, surrender la mama. Kakak siap cerita mimpi makan ABC lagi. Punya la mengidam lama tak makan. Kesian anak mama.

So, mama pun cerita la kat ayah, ajak ayah bawa pergi makan ABC. Memang tak plan makan kat mana pun sebab takde idea langsung. Walaupun orang cakap Penang ni syurga makanan, tapi kitorang ni memang jarang makan kat luar. So bila nak keluar makan tu, mula la blank tak tau pergi mana. Dah solat asar tu, siap-siap semua, maka bermula lah misi mencari ABC.

Dalam hati ku sebenarnya teringin nak pergi Padang Kota, rasa macam best pulak makan ABC tepi laut. Tapi segan nak cakap kat cik abang sebab rasa macam jauh pulak nak ke sana. Sekali dalam kereta cik abang tanya, nak pergi mana. Setelah berkias-kias sikit, akhirnya tercakap juga Padang Kota. As expected, cik abang cakap malas nak ke sana. Rupanya cik abang nak bawa ke Hammer Bay, maklumlah dekat sikit dengan rumah. Ok gak tu, janji makan tepi laut.

 Geng mak tok ni. Suka sungguh makan ABC

Irfan tak pandang la segala ABC, cendol pulut ni.
Siap cakap nak order vanilla ice cream lagi kat budak ambik order tu.
Hihihi. Mana la nak cari Irfan oii. 
Last-last mama orderkan milo ais dengan bihun sup je kat Irfan

 Irfan kalau ajak bergambar, memang on je. 
Siap angkat kerusi himpit sebelah mama

 Sedut kakak sedut :)

 Jemput makan... syok woo hirup cendol pulut sambil kena angin laut ni :)

 Aktiviti main di selang seli dengan makan
Purposely kitorang pilih meja betul-betul sebelah pantai
Senang anak-anak nak lari ulang-alik

Habis basah seluar Irfan, penuh pasir

 Tangan penuh pasir, mama kena suap la nampaknya.
Semangkuk ni pun punya lambat nak habis, sambil lari tepi laut, sambil lari mintak mama suap

Dah habis cendol pulut, kita sambung minum air kelapa pulak

Tenkiu cik abang ku menunaikan hajat kakak. Mama bolela tumpang pekena cendol pulut sekali.
Hihihi..

So korang if datang ke Penang, if nak rasa angin laut sambil makan, bole la ke Hammer Bay ni ye. Macam-macam ada, panjang tempat dia. Biasanya orang suka makan seafood kat sini. Kitorang pernah la pergi few times kat sini. Sambil-sambil makan, best jer kena angin laut. Anak-anak boleh main kat tepi-tepi tu, cuma tak boleh mandi jer la kat sini :)

Thanks for reading!

1 comment:

safurara said...

lama tak dtg sini, hope nt leh dtg lagi. sotong tepung dia sedap!