Friday 4 September 2015

JANGAN Buat 10 ‘Kerja Gila’ Ini Ketika Ekonomi Gawat


Assalamualaikum
Salam Jumaat semua...

Saya terjumpa artikel ni, someone share dekat Facebook wall.
Artikel yang sangat menarik dan boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita semua. Maklumlah, zaman sekarang ni, ekonomi pun tak berapa stable, jadi kena sentiasa beringat dan berjimat :)
Credit Ohbulan

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, macam-macam kemungkinan boleh berlaku kepada negara dan juga rakyat. Nilai matawang negara kita jatuh merudum dan sehingga semalam, 1 US Dollar bersamaan dengan RM 4.21.

Kesan daripada ekonomi yang tidak menentu ini, segelintir rakyat Malaysia menerima tempias. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang dibayar gaji rendah, perbelanjaan harian meningkat dan lain-lain.


Jadi berikut 10 perkara yang seeloknya jangan dilakukan ketika keadaan ekonomi yang tidak stabil ini.

JANGAN Buat 10 ‘Kerja Gila’ Ini Ketika Ekonomi Gawat 


1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang ‘terakhir masuk, paling awal keluar’

2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.

8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.

9. Jangan ‘dating’ di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing.

10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.

No comments: