Saturday 29 August 2015

9 Tanda Bayi Anda Tidak Cukup Susu


Dua perkara yang sering merungsingkan ibu-ibu adalah, tentang susu yang kurang dan merasakan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya.

Baby asyik meragam dan nangis je. Nak kata kembung tak kembung. Nak kata demam tak demam.
Nak kata lapar, tapi baru je lepas menyusu.

Hmm... ke susu tak cukup.
Tapi macam mana nak tau susu tak cukup.

Kalau pada entri lepas, saya telah berkongsi tentang beberapa punca yang menyebabkan susu ibu kurang. Jika anda masih belum berkesempatan membacanya, boleh rujuk di entri berikut ya: 9 Punca Susu Ibu Kurang.
So, kali ini saya akan berkongsi beberapa tanda penting yang boleh dijadikan panduan ibu-ibu, yang menunjukkan bahawa susu ibu tidak mencukupi.


Terdapat dua jenis tanda yang dapat dilihat jika susu badan ibu tidak mencukupi.
Ada tanda yang boleh dikesan pada ibu sendiri dan ada tanda yang ada pada bayi.

Tanda pada ibu:
  • Puting anda akan terasa pedih dan sakit ketika menyusukan 
  • Payudara rasa kosong dan tidak penuh 
  • Payudara tidak berasa lembut selepas penyusuan 
Tanda pada bayi: 
  • Bayi mengantuk dan sentiasa perlu dipaksa dan diransang utk menyusukan 
  • Bayi tidak buang air kecil atau besar dalam 5 hingga 8 kali sehari 
  • Bayi tidak aktif 
  • Najisnya tidak berubah menjadi warna kuning selepas 5 hari kelahiran (masih hitam atau gelap) 
  • Berat badan bayi tidak naik selepas dua minggu 
  • Bayi selalu meragam dan selalu letih 
  • Pipi bayi melengkung 
  • Bayi membuat bunyi mendecit semasa menyusu (tanda lekapan yang tidak betul) 
  • Bayi semakin kekuningan selepas minggu pertama (sepatutnya lebih kurang) 
  • Muka bayi tidak berisi dalam masa 3 minggu 
  • Kulit tetap berkerut/berkedut selepas minggu pertama kelahiran 
Jika tanda ini didapati, seeloknya anda membawa bayi anda ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat susulan. Berjumpa dengan pakar kanak-kanak dan kaunselor laktasi adalah digalakkan terutamanya untuk mengatasi masalah ini.

Jangan biarkan ianya berterusan kerana tidak baik utk kesihatan bayi.

Anda juga boleh mencuba pelbagai tips, antaranya seperti mengambil supplements atau makanan tambahan untuk ibu menyusu untuk membantu anda.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda ya :)

Anda juga mungkin berminat dengan Tips Pemakanan Dan Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Menyusu dan Petua Mudah Tambah Susu Ibu Dengan Berkesan

No comments: