Thursday 16 July 2015

Rahsia Ajaib Untuk Kurus Dan Cantik


Assalamualaikum

Dalam dunia hari ini, obesiti dan penyakit yang berkaitan dengan obesiti sebenarnya membunuh lebih ramai orang daripada kebuluran! Ada tak yang sedar, lebih ramai orang mati kerana terlebih makan daripada mati tak makan…

Dulu saya tak ambik tahu sangat bab-bab nak jaga berat badan ni, maklumlah badan pun sekeping je. Kalau bab-bab jaga kecantikan kulit, memang beriya la. Tapi sejak dah jadi mak anak dua ni, bila umur dah makin meningkat, metabolisma pun dah makin slow. Ada harapan berat badan naik jugak. Jadi, sebelum badan terus mengembang, molek sangat la jaga dulu apa yang patut.

Say NO to gemuk atau obesiti ni, bukan demi kecantikan semata-mata, malah yang lebih penting lagi untuk kesihatan.

Makin lama makin cantik pulak Amy Mastura ni.
Harap-harap bole maintain at least macam ni pun ok sangat dah ni :)

Zaman sekarang ni, nak cari tips atau info apa pun, tanya encey Google je. Senang.

Walaupun terdapat pelbagai maklumat percuma di internet untuk mengatasi obesiti, tapi kenapa lebih ramai orang mati akibat penyakit berkaitan obesiti?

Jom kita tengok apa yang ada di internet tentang mengatasi obesiti.

Ada tiga jenis maklumat percuma dalam internet:

1. Maklumat berdasarkan pembohongan secara terang-terangan

Claim merepek seperti,
“Hanya satu trik saja perut anda akan rata”. 
Biasa tengok kan benda macam tu? Maklumat yang tidak berdasarkan kajian macam ni sebaiknya diabaikan saja.

2. Maklumat biasa-biasa

Ini adalah yang berasaskan kepada satu atau dua kajian. Walau bagaimanapun, claim tersebut belum dikaji secara menyeluruh. Maksudnya, ia mungkin berkesan kepada beberapa orang, tapi tidak berkesan untuk kebanyakan orang.

3. Maklumat yang diteliti dan diuji secara saintifik

Secara purata, 10% dari maklumat yang kita cari di internet adalah daripada hasil kajian saintifik. Sebaiknya kita gunakan maklumat daripada kajian-kajian ni. Insya-Allah dari info-info ini kita boleh apply mengikut kesesuaian.

Di Shaklee, kami sangat menitikberatkan kajian saintifik, bukan semata-mata claim dan testimonial. Yang penting, ia mestilah mematuhi ajaran Islam.

Dan sebenarnya ada satu perkara yang boleh mengubah kehidupan kita dalam sekelip mata…
Bukan Shaklee semata-mata, bukan produk-produk lain, tapi ia adalah DOA.

Apa saja yang kita nak buat, nak sihat, nak kurus, sila lah makan produk terbaik dan ikuti langkah terbaik dan jangan diabaikan yang satu ini. Doa adalah senjata ajaib yang membantu kita untuk mendapatkan apa yang kita mahu.

Rasulullah SAW bersabda:
“Mintalah kepada Allah untuk segala-galanya, walaupun tali kasut kamu. Jika Allah tidak memberi, ia tidak akan pernah ada.” (HR Tirmidhi).

Kita nak badan yang kurus dan sihat, jangan lupa bermohon doa dari Allah agar diberikan badan yang kurus dan sihat.

Ramai orang silap faham konsep doa. Bila dah doa, kenapa nak usaha lagi?

Sebenarnya doa dan usaha mesti seiring. Kita kena buat dua-dua, tak boleh lah doa saja usaha malas, atau sebaliknya.

Rasulullah pernah naik keatas mimbar, kemudian menangis dan berkata, “Mintalah kepada Allah untuk keampunan dan kesihatan” (HR Tirmidhi).

Doakanlah yang spesifik. Contohnya: “Ya Allah, tolonglah aku untuk mencapai tahap lemak badan sebanyak 12% & bantulah daku untuk mencapai berat badan 45 kg”

Jangan sekali-kali memandang rendah kuasa doa  kerana doa yang ikhlas, Allah akan menerimanya dan akan membantu kita dalam cara yang tidak dapat dibayangkan.

Thanks for reading :)
Semoga artikel ni membantu anda!

No comments: