Thursday 2 July 2015

Persiapan Baju Raya 2015 Selesai Sudah :)


Assalamualaikum
Salam 15 Ramadhan

Entry santai-santai sikit hari ni, saje je nak berkongsi tentang persiapan raya keluarga kecil kami tahun ni, yang serba ringkas.

Rata-rata kalau kita baca atau dengar tentang tips-tips kewangan menjelang raya ni, semuanya pasti menyarankan agar kita berbelanja tu biarlah berpada-pada. Baju raya yang lama tu, kalau masih elok, apa salahnya pakai lagi kan. Keadaan ekonomi sekarang pun tak stabil, dengan kejatuhan nilai ringgit, GST, harga minyak naik, tol naik, harga barang naik, sememangnya ini bukannya masa untuk kita berjoli sakan semata-mata untuk kepuasan diri kita, atau semata-mata untuk menunjuk-nunjuk.

Apapun, yang paling penting sekali, jangan sampai berhutang sudah la ye, buat budget dan perancangan yang teliti, supaya lepas raya nanti takdelah masing-masing terpaksa korek tabung, korek ASB, korek simpanan, ikat perut. Parah nanti.

Persiapan raya kami, saya selaku menteri kewangan keluarga, sedaya upaya saya buat serba sederhana tahun ni :)


Persiapan Baju Raya Anak-anak

Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Seperti tahun-tahun lepas, kami akan belikan anak-anak sehelai baju kurung/baju melayu dan beberapa helai seluar, T-shirt dan blouse. Cuma kali ni, T-shirt dan blouse tu beli kurang sikit dari tahun lepas. Sebabnya, yang tahun lepas pun ada tak pakai lagi. Nampak, kan dah over di situ. Beli punya banyak sampai tak terpakai.

Kasut raya pula special tahun ni. Biasanya kasut raya untuk kakak, kami akan beli kasut bertutup yang ada heel. Hamboi anak daraku, nak ber heel bagai. Tapi, biasanya kasut tu kakak akan pakai cuma 2@3 kali je kut. Jadinya, tahun ni, kasut raya kakak kami beli kasut yang sporty sikit. Bole la jadikan kasut sport juga memandangkan kasut sport kakak pun dah ketat. Kasut sporty ni lagi logik la nak pakai selalu pergi jalan-jalan compare to heel kan. Hari raya nanti, pakai je sandal yang dah ada, baru jugak beli pun.

Irfan pulak, as always memang kitorang akan beli kasut yang sporty sikit. Pernah beli sandal raya dulu, tak pakai pun :)

Persiapan Baju Raya Mama Dan Ayah

Untuk cik abang, awal-awal lagi cik abang dah cakap nak recycle jer baju yang lama. Tak tau la dah berapa tahun baju raya ni. Hihihi. Tapi elok jer lagi. Memang ok la kan, buat apa nak membazir beli baru. Jadinya, untuk mengelakkan rasa boring, tiap-tiap tahun sedondon pink, saya akan sedaya upaya jugakla cari baju yang ala-ala boleh match dengan pink ni. Block colour pun ok what. Nanti japg nak korek balik gambar raya tahun-tahun sudah, tempek kat sini.

Baju raya untuk saya pula, dah beli dah. Beli online je. Malas nak g survey merata. Series rambang mata wehhh, semangat kena kuat supaya tak terlajak budget. Tudung... walaupun meronta-ronta hati ni nak beli baru, tak payah la kut, berlambak tudung kat dalam almari tu, entah bilanya nak pakai. Tu pun ada hati nak beli baru. Perempuan perempuan.

Okla, panjang sangat membebel.
Meh kita layan gambar saat bermulanya tema unsur pink dalam keluarga kecik kami.
Tak taula sampai bila kan, mungkin sampai baju melayu cik abang ku dah tak bole pakai kut. Hihi..
Takpe, mak OK je :)

2011
Gambar family tak jadi dengan aksi yang macam-macam dari anak-anak :)

2012
Gambar family tak jadi dengan aksi yang macam-macam dari anak-anak :)
 
 2013
Tema hijau + pink
 
 2014
Gambar yang ala-ala nampak tak nampak
 
Baju semua dah siap, kuih miuh.. buat jer la sikit-sikit nanti.
Tahun ni saya plan nak buat popia gunting yang pedas-pedas manis tu, favourite kakak Aina Qistina.
Selalu beli jer, tahun ni ingat nak buat sendiri. Harap-harap jadi.
 
So, macam mana persiapan raya korang so far?
Shopping shopping juga, terawikh dan tadarus jangan dilupa yer. Pesanan untuk diri sendiri jugak ni :)

No comments: