Thursday 9 July 2015

Pengalaman Beraya Di Luar Negara. Rinduuu... :)


Assalamualaikum semua :)

Tadi dekat Facebook, lalu pulak satu gambar dekat wall, ada junior waktu study kat Germany dulu share gambar-gambar yang dia hantar kat Utusan Online untuk Salam Aidilfitri. Aiseh, ni yang buat akak syahdu ni. Terkenang pulak kenangan beraya di perantauan dengan kawan-kawan dulu. Walaupun tak dapat beraya dengan keluarga, tapi takdenya la kitorang nangis bagai tak dapat balik kampung beraya. Dah biasa dah, hari raya pun terpaksa pergi dengar lecture macam biasa. Cuma, sambut ramai-ramai tu kitorang akan buat bila weekend.

Waktu ni la masing-masing mula terkedek-kedek cari resepi nak masak apa. Tiap-tiap orang ada tugasan masing-masing. Tugasan saya biasanya yang senang jer, bab-bab rendang ni tak berapa nak confident masak untuk orang ramai makan. Atau dengan bahasa mudahnya, memang tak reti pun masak rendang. Rebus ketupat boleh la. Jadi, tugas saya selalunya buat kek jer la. Hihihi.

Bila dah di perantauan ni, kalau tak hantar gambar Salam Aidilfitri tu tak sah la kan. Nak juga feeling masuk paper. Rasa macam kitorang ada hantar 2 kali kut kat Utusan Online. Cuba godek-godek tadi, jumpa yang ni je. Yang satu lagi tak dapat dikesan.

Zaman tudung bawal muncung tajam

Tengah godek-godek, terjumpa pulak gambar cik abang sekali. Ada jugak :) Kitorang ni sama-sama belajar kat Germany dulu, tapi tempat lain-lain.

Masa ni belum kenal lagi cik abang ni

Zaman dulu kan, mana ada Facebook, Instagram macam sekarang ni. Yang ada Friendster (sape still ingat ni?). And lagi satu kalau nak simpan gambar banyak-banyak, simpan dekat Fotopages. Nasib baik boleh bukak lagi Fotopages ni. Dah berzaman dah rasanya. Save dulu siap-siap segala gambar yang ada kat situ. Banyak gambar time kat Germany dulu kat situ. Mana tau nanti terus down website tu, mana nak cari balik gambar-gambar tu semua. Gambar-gambar yang kat dalam computer waktu study dulu semua dah hilang dah bila computer tu rosak. Huhuhu... sedihnya.

Sambil dok save gambar-gambar ni dalam laptop, sambil belek-belek, sambil terkenang pengalaman pahit manis kat sana dulu.....

Raya 2002

Raya 2003

Raya 2004
Ehh.. raya berdua je ke :)

 Raya 2005

Nampak meriah kan..
Memang meriah sangat.. :)

No comments: