Wednesday 15 July 2015

5 Rahsia Kekal Sihat Dan Panjang Umur Cara Tun Dr. Mahathir


Teringat saya sewaktu saya menuntut di Germany dulu, waktu tu saya buat practical di Porsche selama 6 bulan. Bos saya waktu tu memang sempoi habis, suka bagi saya pinjam novel, suka sembang-sembang and banyak sangat tolong saya. Dia suka sangat bila bercerita tentang Malaysia. Dia kagum tengok Malaysia yang boleh hidup harmoni walaupun ada pelbagai kaum, dan lagi satu yang buat saya rasa bangga sangat time tu, dia selalu puji kemimpinan Tun Dr. Mahathir. Wahh, orang luar pun kenal and hormat dengan pemimpin kita. Tak ke bangga tu.

Baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke-90. Meskipun telah berusia 90 tahun, bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa ni masih kelihatan cergas dan bertenaga kan. Mudah-mudahan Tun Dr Mahathir sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dipanjangkan usia.


Mesti Tun Dr Mahathir ada rahsia kan, bagaimana beliau masih tetap kekal cergas dan bertenaga.

Jom kita ikuti 5 rahsia kekal sihat dan panjang umur cara Tun Dr. Mahathir.

1. Tidak menghisap rokok

Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin. Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Pelbagai penyakit merbahaya yang berpunca dari merokok adalah seperti kanser, penyakit jantung, strok dan sebagainya.

Ramai yang sedar merokok sememangnya satu tabiat buruk dan hanya akan meracuni diri serta orang sekeliling. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok.

Ramai juga yang berazam dan sedang berikhtiar untuk berhenti. Tetapi, tak dinafikan ramai yang gagal dan berasa sukar untuk berhenti.

Brader ni pun dah mula merokok sejak berusia 14 tahun lagi. Beliau kini berkongi bagaimana beliau telah berjaya berhenti merokok buat selama-lamanya.


2. Tidak minum arak


Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul.

Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud kita kena minum arak pula. Sah-sahlah arak tu haram di sisi agama Islam.

Tak perlu susah payah nak cari minuman yang tinggi kandungan antioksidan. Vivix kan ada. Halal malah lebih bagus lagi :)


3. Makan secara bersederhana

Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4. Makan multivitamin

Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

9 sebab mengapa anda harus mengambil multivitamin setiap hari:
  1. Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
  2. Faktor sibuk
  3. Termusnah akibat dimasak
  4. Stress (tekanan perasaan, tempat kerja dll)
  5. Kuantiti makanan yang semakin rendah
  6. Pencemaran alam sekitar
  7. Tabiat makan memilih
  8. Tahap penyerapan nutrien yang rendah
  9. Harga yang murah

5. Tidur secara mencukupi

Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh ditonton di sini.

Selain mengamalkan gaya hidup yang sihat ni, sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar diberi kesihatan, dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki :)

No comments: