Wednesday 3 June 2015

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil Kekal Cergas Sampai Petang


Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, tinggal lebih kurang 2 minggu jer lagi kita bakal bertemu bulan mulia bulan Ramadhan.
 
Tempoh kehamilan yang memakan masa 9 bulan memungkinkan ramai ibu-ibu yang mengandung akan melewati bulan Ramadhan semasa hamil. Walaubagaimanapun, bagi ibu hamil, ada pengecualian daripada menjalani ibadah ini jika tiada upaya. Kebanyakan doktor dan para ulama juga tidak menggalakkan wanita hamil berpuasa jika ia memudaratkan wanita tersebut atau bayi dalam kandungannya.

Jika tiada masalah, ibu yang hamil boleh memilih untuk meneruskan berpuasa dalam bulan mulia ini, malah ramai yang mampu untuk berpuasa penuh. 

Namun, harus diperhatikan tanda-tanda seperti di bawah ini ya, agar ibu dan kandungan tidak terjejas:
  1. Pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan, segera hubungi doktor anda.
  2. Loya atau muntah.
  3. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak bergerak/kurang menendang).
  4. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda dehidrasi.
  5. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.
  6. Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
  7. Sakit kepala atau demam.
Pengalaman Sendiri Berpuasa Ketika Hamil

Alangkah bertuahnya ibu-ibu yang hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ibu-ibu mempunyai kesempatan yang amat baik mendidik anak dari dalam kandungan lagi untuk mengenal penciptaNya. Maka, tak hairanlah, meski sedang hamil, ramai ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa. Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadan untuk turut serta memperbanyakkan ibadah.

Saya sendiri juga pernah melalui pengalaman berpuasa ketika mengandungkan kedua-dua anak saya, Aina Qistina dan Armin Irfan. Alhamdulillah, tiada masalah untuk saya dan saya mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna.


Seperti perkongsian Puan Haridah Sahri ni, walaupun beliau terlalu letih pada mulanya, tetapi akhirnya beliau mampu untuk kekal cergas sepanjang berpuasa dan berpuasa penuh selama sebulan. Apa rahsia beliau agaknya ya?



Tips pemakanan ketika berpuasa sewaktu hamil
  • Perbanyakkan minum air masak semasa sahur dan selepas berbuka sepanjang malam, untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak 2-3 liter sehari. Dan jangan lupa minum susu juga ok.
  • Jangan makan berlebihan dan elak makanan yang mempunyai kandungan garam tinggi seperti telur dan ikan masin
  • Berbuka puasalah perlahan-lahan agar perut tidak terkejut. Untuk membantu penghadaman, kunyah makanan dengan baik.
  • Supaya anda mampu menahan lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan protein dan berserat. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadam makanan banyak serat dan juga protein. Selain makanan berserat dan protein, sebaik-baiknya sediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari.
Ibu-ibu yang mengamalkan Set Kehamilan Shaklee, boleh teruskan pengambilan bagi menampung keperluan zat dan nutrisi anda untuk memastikan kesihatan ibu dan perkembangan bayi yang sihat. Dan insyaAllah membantu anda untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh bertenaga. Bagi yang belum, boleh baca info selanjutnya di sini.


Selain Set Kehamilan Shaklee, amat disyorkan juga anda mengambil Performance Drink. Performance Drink ni adalah minuman isotonik yang mampu memberi kecergasan dan juga sesuai diminum seisi keluarga. Amat disyorkan sepanjang berpuasa dan ketika cuaca panas sekarang ini untuk mengelakkan badan terhidrat  dan mengekalkan kadar bendalir dalam tubuh. 
 

Selamat berpuasa ye ibu-ibu gojes semua. Semoga ibu-ibu semua diberikan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang pernuh rahmat ini:)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum .
Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Baca Tips Mudah Untuk Melatih Anak berpuasa Di Bulan Ramadhan. Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .