Monday 1 June 2015

Rahsia Kulit Makin Berseri Dan Badan Ramping :)


Nak cerita ni... kembang kuncup pulak rasa ni..
Apa kes tengah-tengah malam up entry yang ala-ala syok sendiri ni. Hihihi..

Ok, macam ni ceritanya..

Semalam, ada kenduri dekat rumah saudara sebelah my husband. Time-time kenduri macam nilah, boleh berkumpul ramai-ramai adik-beradik. Best kan. Masing-masing takdelah duduk jauh-jauh sangat, tapi biasalah, nak berjumpa berkumpul ramai-ramai ni bukan senang. Semua pun dah sibuk dengan hal kerja and family masing-masing.

Ok, nak dipendekkan cerita, tiba-tiba sorang adik ipar tegur..

"Amboi kak Hajar, makin berseri-seri nampak sekarang ni!"

Pastu jumpa pulak lagi sorang adik ipar..

"Amboi kak Hajar. Rampingnya, cantiknya..."

Oh adik-adikku atau sesiapa saja, tolong la jangan puji depan-depan cek lagu ni. Cek ni seorang yang pemalu, terus kaget dibuatnya. Cek hanya mampu berkata

"Hihi, rahsianya, telanla Shaklee"

Bab kulit makin berseri-seri tu kan, saya pun perasan lama dah. Ni bukan nak masuk bakul angkat sendiri ni, tapi saya cuma nak share keajaiban produk Shaklee. Benda baik, takkan nak simpan sorang-sorang kan. Sebab saya faham, ramai yang stress dengan masalah kulit ni, dan saya sendiri pun salah seorang daripadanya dulu. Jadi, secara tak langsung, dengan perkongsian saya kat sini kan, actually dah banyak membantu mereka yang ada masalah kulit ni, dan saya harap, ramai lagi yang saya boleh bantu lepas ni.

Semenjak dah 2 tahun lebih setia amalkan produk Shaklee ni, Alhamdulillah, memang kulit saya banyak sangat improved. Dari kulit penuh parut, selalu naik jerawat tiba-tiba dengan banyak, kulit sensitif, berminyak and kulit kusam sampai nampak hitam muka. Dan sekarang, Alhamdulillah, walaupun takdela flawless giler, tapi much much more better dari dulu. Parut yang dulu-dulu boleh dikatakan semua dah clear, jerawat jarang naik, kulit makin cerah dan lembut.

Berseri ke mak anak dua ni..
Mungkin effect tudung dengan dress tu jugak kut. 
Rasanya kan, bila kita pakai pink kan, keserian tu lebih terserlah rasanya. Hihi

Selepas balik dari kenduri tu, saya singgah Shaklee pulak. Nak ambil beg PERCUMA dari Shaklee untuk National Conference minggu depan. Inilah salah satu yang ditawarkan oleh Shaklee kepada pengedar yang cemerlang. 5 STAR Free Trip!

 

Tak beberapa hari jer lagi ni. Nanti ada grand dinner and nak naik stage ambik award juga. Tapi.... bajunya, saya memang tak prepare langsung. Ingat nak beli je ni dress apa-apa, tapi tiba-tiba teringat mak saya beli banyak jubah waktu pergi Umrah baru ni. Cantik-cantik juga. Ok, settle, pakai jubah je la...

Nanti saya update entry tentang FREE TRIP ni ok :)

No comments: