Saturday 20 June 2015

5 Tips Mudah Kurus Di Bulan Puasa


Assalamualaikum..
Salam Ramdhan :)

Bulan puasa adalah waktu terbaik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Tetapi, ada caranya juga, supaya apa yang anda harapkan ini terlaksana dengan sempurna.

So, entry kali ni, saya nak berkongsi tips khas untuk anda yang ingin menjayakan misi mengurangkan berat badan menjelang raya ni. 

Tips ini juga membantu menghindarkan diri daripada lesu dan malas ketika berpuasa serta membuatkan tubuh anda sentiasa sihat dan penuh energi walaupun sedang berpuasa.
Alangkah bagusnya kan, jika di saat kita melakukan ibadah puasa di bulan yang mulia ini, kita tetap dapat melakukan ibadah lain dan aktiviti harian dengan keadaan yang cergas dan penuh semangat.


Nak sentiasa kekal bertenaga sepanjang berpuasa, kurus dan cantik menjelang raya ni?
Jom amalkan 5 tips mudah ni.

1. Minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter (8 gelas) sehari


Jaga keseimbangan cecair di dalam tubuh anda agar tetap hidrasi. Biasakan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter (8 gelas) setiap hari. Pengambilan air masak sesuai dengan keperluan akan membuat tubuh anda bebas dari dehidrasi, jadi anda tidak mudah berasa haus. Hidrasi yang baik juga akan membantu anda mengurangkan pengambilan makanan manis ketika berbuka.

Ketika berbuka puasa, sebaiknya mulakan dengan air masak/suam, kerana jika anda terus meneguk segelas minuman sejuk, badan anda yang telah seharian berpuasa akan ‘terkejut’ dan metabolism tubuh akan terganggu.

Kadang kita ni, bila dah minum minuman manis dan makan macam-macam, perut pun dah rasa sendat. Rasa macam tak boleh masuk dah air masak. So, kurangkan minum minuman manis dan jangan makan berlebihan. Minum air masak ni sikit-sikit, tapi kerap. Boleh cuba ikut jadual kat atas tu ye.

2. Berbuka dengan makanan yang seimbang


Ramai yang cenderung untuk melakukan aksi balas dendam ketika berbuka puasa. Dengan sengaja dan penuh semangat anda menghabiskan semua makanan yang terhidang di meja tanpa rasa bersalah. Kan kan.

Cuba kawal diri dan nafsu makan tu sikit. Seeloknya, ketika berbuka puasa, jamahlah terlebih dahulu 2 biji kurma dan segelas air masak dan setelah menunaikan solat, barulah anda makan makanan berat yang sihat dan seimbang. Hindari makan makanan yang digoreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan sakit perut atau menganggu sistem penghadaman. Di samping itu, elakkan juga mengambil makanan yang mengandungi kolesterol mahupun makanan yang mengandungi kadar gula yang terlalu tinggi.

3. Jangan lupa bersahur


Selainkan mendapat pahala, bersahur juga memberi manfaat kepada tubuh badan supaya anda mampu untuk berpuasa dan melakukan aktiviti harian yang lain. Takdelah lemau dan lesu jer kan. Dan pastikan juga anda mengambil makanan yang sihat dan sembang ketika bersahur.

Ambil makanan yang kaya karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan perbanyakkan minum air putih.  Metabolisme tubuh akan dapat bekerja dengan baik sehingga anda berjaya menjaga badan serta stamina sepanjang anda menjalankan ibadah puasa ini.

Menu favourite saya waktu bersahur adalah ESP Shaklee. Sedap, kenyang, mudah dan bagi tenaga.

4. Tetap beraktiviti


Berpuasa tidak bermakna anda boleh bermalas-malasan. Meskipun berpuasa anda tetap juga perlu melakukan aktiviti harian seperti biasa, contohnya belajar atau bekerja. Puasa membuatkan pengeluaran lemak mengalami peningkatan untuk berubah yang mana lemak sebagai energi.

Anda juga boleh melakukan senaman ringan seperti berjalan kaki contohnya.
Saya sendiripun, takdelah berseman pun bulan puasa ni. Cuma saya teruskan buat aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Masak, kemas rumah dan shopping pun boleh dikira senaman jugak kan :)

5. Hindari pengambilan gula berlebihan


Sekiranya anda tak berhati-hati dalam mengawal nafsu, silap-silap anda boleh naik berat badan tau bulan puasa ni. Maklumlah, dengan pilihan air manis, kuih-muih yang pelbagai jenis.

Makanan manis ni adalah faktor utama penyebab berat badan naik. Dan anda harus tahu, kadar gula yang berlebihan akan menganggu proses pengeluaran toksin/racun dari dalam tubuh.

Mencabar jugak bab-bab makanan manis ni. Saya ni minuman manis takla gemar, tapi uih-muih tu, memang sangat menggoda. Makan jugakla, tapi kita hadkan supaya tak terlebih sudah.

Semoga 5 tips mudah ini bermanfaat buat anda. 
Thanks for reading :)

No comments: