Monday 18 May 2015

Resepi Muffin Coklat Sedap Dan Lembut, Gerenti Jadi!


Bersambung dari entry sebelum ni, aktiviti hujung minggu dengan anak-anak, seperti yang dijanjikan, saya nak berkongsi satu resepi muffin coklat yang pada saya sangat senang dan mudah nak buat. Even first timer pun boleh buat.

Projek buat muffin coklat kali ni adalah projek bersama anak-anak.
Jadinya, resepi ni menepati ciri-ciri resepi yang harus ada bila mana ada tangan-tangan kecil yang sama-sama menggodek adunan dari A sampai Z.

Resepi yang
  • sangat senang dan mudah
  • semua bahan yang digunakan senang dan mudah dapat
  • takde pantang larang sangat pun, gerenti jadi
  • sedap, lembut dan gebu hasilnya
Resepi ni sebenarnya saya terjumpa dari satu blog masakan yang banyak sangat resepi ohsem, tapi malangnya saya tak save link blog tu. Nanti la nak try godek-godek kut jumpa balik.

Resepi ni my little daughter kakak Aina dah tulis siap dalam her diary. Punyala semangat nak buat.


So, here's the recipe

MUFFIN COKLAT SEDAP DAN LEMBUT

Bahan A
2 cawan tegung gandum
1 cawan serbuk koko
2 st baking powder
2 st soda bikarbonat
3 st Nescafe (yang ni saya tak letak sebab takde Nescafe kat rumah)
Sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor (saya guna 1 3/4 cawan)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair atau susu segar
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan B dan letak di tepi.
2. Ayakkan kesemua bahan A.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata.
4. Akhir sekali, masukkan air panas dan gaul rata.
5. Masukkan ke dalam cup 2/3 penuh dan bakar pada suhu 175C selama 20-30 minit.

* saya campurkan sekali Chocolate Chips, bagi tambah rasa sedap, tambah rasa coklat

Tengah dalam proses membancuh

Inilah hasilnya. 
Makan time panas-panas lagi sedap tau, sebab rasa rangup sikit kat luar tu

Imagine salut sekali dengan coklat muffin ni
Fuhhh, ada harapan mak makan lagi laju dari anak-anak :)

Sekian perkongsian resepi untuk hari ni.
Senang sangat kan, sekejap je dah siap.

Selamat mencuba..
Yang nak buat dengan anak-anak, jangan risau takut tak jadi kalau anak-anak sibuk nak godek juga. Let them do it and have fun!

No comments: