Saturday 16 May 2015

7 Tips Mengatasi atau Merawat Bengkak Susu


Assalamualaikum..

Mendengar rakan saya yang baru melahirkan anak baru-baru ni, mengadu tentang masalah bengkak susu, teringat pula kisah saya sewaktu dalam pantang bersalinkan anak sulung saya, kakak Aina Qistina 7 tahun yang lepas. Baru je beberapa hari selepas bersalinkan kakak, tiba-tiba je jadi bengkak susu. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu sampai menangis-nangis.

Dahla anak sulung kan, pengalaman pun takde, nasib baikla berpantang kat rumah mak. Segala macam petua saya cuba, guna sikat la, tuam dengan tuala la, tempek kobis la. Waktu buat petua-petua tu, rasa kurang jugak sakitnya. Tapi sebab dah tak tahan sangat waktu tu, last-last mak saya panggil mak bidan tolong urutkan. Urut sendiri tak jalan. Alhamdulillah, sekali tu je la kena. Lepas tu memang berjaga-jaga betul la. Tak sanggup rasanya nak hadap sakit tu lagi, silap-silap sampai boleh demam tau.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah bengkak susu ni kan. Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. 

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Jom saya kongsikan 7 tips yang boleh membantu masalah bengkak susu.


1. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi.

2. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

3. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

4. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

5. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

6. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

7. Salah satu cara yang mudah, selamat dan berkesan untuk menghilangkan bengkak susu adalah dengan mengambil supplement Lecithin. Kalau saya dah tau ni 7 tahun lepas, sah-sah dah saya ambil Lecithin ni jer :)
Selain membantu menghilangkan bengkak susu, banyak lagi manfaat lain Lecithin untuk ibu menyusu.
Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu:
  • Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat. 
  • Membantu memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu, membantu ibu kurangkan berat badan. 
  • Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya ibu akan mudah lupa selepas bersalin. 
  • Memberikan khasiat lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak 

Payu dara bengkak adalah tanda yang positif sebenarnya, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Jadi jangan risau ya. It's a part of our breastfeeding journey...

Thanks for reading. Semoga bermanfaat ya :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: