Saturday 30 May 2015

6 Tips Ibu Menyusu Di Bulan Puasa


Assalamualaikum

Alhamdulillah, tinggal 19 hari je lagi kita akan bertemu dengan bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam, bulan Ramadhan. Dengan bulan Ramadhan yang menjelang tiba ni, pasti ramai ibu menyusu yang mula risau dan tertanya-tanya mampukah berpuasa penuh 1 bulan dan dalam masa yang sama terus menyusukan anak tanpa sebarang masalah.

Menyusukan anak di bulan puasa merupakan satu cabaran yang hebat bagi insan yang bergelar ibu menyusu. Bagi ibu yang berpengalaman dan tahu tips yang tepat biasanya tiada masalah untuk memastikan susu tetap konsisten. Malah ada ibu yang berpuasa, stok susu badan tetap meriah. Walaubagaimanapun, buat ibu menyusu yang pertama kali merasai pengalaman menyusu anak di bulan puasa, ibu-ibu ini rata-ratanya mempunyai masalah. Ramai yang mengadu penghasilan susu merudum atau susu badan semakin kurang dan adakalanya kelihatan seolah-olah telah kering.

Pertamanya, bagi para ibu yang mengalami masalah ini, anda tidak perlu panik dan mudah berputus asa. Ada pelbagai teknik dan kaedah bagi mengatasi situasi ini. Pendek kata, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

    Jadi, dalam entry kali ni, saya ingin berkongsi antara tips yang ibu-ibu boleh amalkan untuk menyusukan anak di bulan puasa. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.

    1. Minum air masak secukupnya


    Nak minum air masak yang cukup di bulan puasa ni pun mencabar juga sebenarnya, betul tak ibu-ibu semua, kadang-kadang rasa mual pun ada. Walau macam mana pun, ibu-ibu tetap perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu.

    Seelok-eloknya minum paling minimum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari. Nak senang, apa kata isikan air masak dalam botol kecil, minum sikit-sikit tapi kerap, boleh bawa ke mana-mana pun. Elok letakkan juga di sebelah katil. Elakkan minum minuman berais dan bergas.

    2. Jangan abai sahur


    Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, ibu-ibu perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

    3. Makan kurma


    Makan kurma sekurang-kurangnya 3 biji sewaktu sahur dan berbuka. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, kurma juga adalah salah satu makanan yang membantu banyakkan susu ibu (milkbooster). Selain tu, kurma juga mempunyai pelbagai khasiat dan membekalkan tenaga untuk ibu kekal aktif sepanjang hari.
    Menu wajib yang digemari oleh ramai ibu menyusu, kurma diblend bersama ESP. Sedap dan mengenyangkan :)

    4. Kerapkan direct breastfeed dan pump


    Seperti yang semua sedia maklum, penghasilan susu ibu adalah berdasarkan Demand & Supply. Semakin tinggi demand, semakin banyak supply. Demand ini maksudnya semakin kerap baby menyusu atau semakin kerap ibu pump/kosongkan breast, semakin banyak susu dihasilkan kerana badan ibu mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu.

    5. Ceria dan berfikiran positif


    Akhir sekali, tips yang juga penting, ibu-ibu haruslah sentiasa ceria, banyakkan rehat dan jangan terlalu risau susu tidak cukup sebab stress, kepenatan serta fikiran negatif ni secara tidak langsung mengganggu penghasilan susu. Penyusuan actually melibatkan 2 hormon utama iaitu Oksitosin dan Prolaktin. Secara umumnya, hisapan bayi/pump menghasilkan hormon Prolaktin yang membuatkan kelenjar susu menghasilkan susu. Oksitoksin pula menyebabkan otot payuadara mengecut dan mengeluarkan susu. Stress, letih, fikiran negatif ni akan menghalang penghasilan 2 hormon pnting ni tau :)

    6. Amalkan diet seimbang termasuk pengambilan supplements


    Ibu-ibu haruslah menjaga pemakanan sekiranya inginkan penyusuan berjalan lancar semasa berpuasa. Pastikan badan mendapat nutrisi secukupnya, dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, protein serta karbohidrat yang mencukupi.

    Ibu-ibu juga digalakkan untuk mengambil supplement khusus untuk membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti susu di mana supplements ini akan memberikan tenaga kepada badan, menampung keperluan nutrisi dalam badan, mengekalkan kesihatan ibu dan emosi yang stabil kepada ibu. Jadi bila ibu sihat, bertenaga, tiada stress, penghasilan susu akan berjalan dengan lancar. Jadi jangan abaikan pengambilan supplements.

    Supplements yang menjadi pilihan ramai ibu adalah Set Breastfeeding Shaklee yang mengandungi Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfafa, ESP dan Ostematrix.
    Set vitamin ini bukan sahaja membantu ibu menyusu di bulan puasa, malah ibu-ibu yang mempunyai masalah susu badan kurang juga sangat digalakkan untuk mengamalkan vtamin ini walaupun bukan ketika berpuasa. 

    Pendek kata, penyusuan susu ibu boleh berjalan lancar walaupun ibu berpuasa.
    Jadi ibu-ibu semua, positifkan minda, tenang dan yakin pada diri bahawa susu tetap banyak seperti biasa walaupun anda sedang berpuasa.

    Semoga tips-tips ini membantu dan memberi manfaat untuk ibu semua.
    Thanks for reading!

    Anda mungkin berminat dengan 7 Makanan Banyakkan Susu Yang Mudah Dan Terbukti Berkesan dan Tips Banyakkan Susu Ibu Dengan Power Pumping

     
    ***********************************************************

    Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

    Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

    I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
    Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
    ID No. 907609
    ♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
    ♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

    No comments: