Thursday 28 May 2015

5 Amalan Tradisional Berpantang Selepas Bersalin Yang Tak Boleh Diabaikan


Assalamualaikum

Semasa tempoh berpantang selepas bersalin, selain dari aspek dalaman dengan menjaga pemakanan dan pengambilan supplements, amalan-amalan tradisional secara luaran juga tidak seharusnya diabaikan untuk ibu merawat diri.

Dalam zaman moden sekarang ni, nampaknya semakin ramai ibu-ibu yang memandang remeh dan mengambil ringan aspek-aspek penjagaan diri seperti amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan.

Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang, kebas tangan dan sebagainya. Kesan yang paling tak best juga adalah seperti muka pucat, nampak tua dari usia sebenar, bentuk badan dan berat badan yang semakin naik serta nampak geleber. Aisehh, macam mana nak awet muda luaran dan dalaman macam tu.


Entry kali ni, saya nak berkongsi tentang 5 amalan tradisional berpantang selepas bersalin yang tidak boleh diabaikan.

5 Amalan Tradisional Berpantang Selepas Bersalin Yang Penting

1. Urut


Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawaskan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan juga dapat menenangkan emosi, meringkan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.

Actually selepas bersalin dah boleh berurut, cuma elakkan urut di bahagian perut. Hanya urut di bahu, leher, dada dan payudara.
Yang bersalin normal, seeloknya selepas 2 minggu baru diurut di bahagian perut. Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, elakkan mengurut di bahagian perut sebelum luka jahitan sembuh.

Takpe, yang ni tak kita tak perlu pening-pening sangat pun, panggil jer mak bidan yang pakar, taulah dia mana nak urut mana yang tak boleh urut dulu :)

2. Tungku


Tujuan utama amalan bertungku ialah untuk mengecutkan peranakan dan menghangatkan rahim. Lebih daripada itu, ia membantu darah nifas keluar dari tubuh dengan lancar. Sebaik-baiknya, amalan bertungku dilakukan selepas keadaan perut tidak lagi bengkak.

3. Bengkung



Bagi memastikan bentuk tubuh kembali kepada asal, ibu-ibu digalakkan berbengkung selama sekurang-kurangnya 40 hari berpantang.

Bagi memudahkan kerja, seeloknya gunakan bengkung moden yang berpelekat atau pun mengikatnya menggunakan tali. Jadi, ibu-ibu boleh melakukannya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Saya dulu memang pakai 24 jam bengkung ni, time mandi jer la tanggal. Gigih tau, tak sanggup nak biar perut kekal macam waktu lepas bersalin, rasa macam gendut semacam. Bukan takat perut, paha, punggung pun dah rasa mengembang semacam.
Pakai dengan kemas dan kejap tau, biar sampai berpeluh-peluh pun takpe, lagi bagus :)

4. Tangas

Amalan ini bagus kerana berupaya menguatkan rahim ibu yang baru bersalin. Pada masa yang sama, ia turut membantu menguatkan otot rahim. Disarankan agar ibu-ibu melakukan senaman kemutan selama 10 hingga 15 minit waktu buat tangas ni.

5. Mandi air rebusan dedaun


Selepas bersalin, semestinya ibu-ibu semua rasa agak letih dan lemah badan kan. So, salah satu cara yang bagus untuk kemalikan kesegaran tubuh badan ni, adalah dengan mandi air rebusan dedaun herba.

Kena cuba tau, memang rasa segar jer badan lepas mandi air rebusan dedaun ni. Baunya tu pun dah macam aromatherapy. Dulu makcik saya di kampung yang tolong sediakan daun-daun ni, saya ambik rebus je. Kalau kat kampung senang nak dapat daun-daun ni.

Tapi kalau rasa macam susah nak dapat daun-daun tu, takpe, jagan risau. Sekarang ni, tak perlu nak susah-susah dah, saya tengok banyak dijual dalam bentuk paket/uncang macam yang uncang teh tu. Beli, balik rebus jer.

Mandian herba ni tak semestinya untuk orang lepas pantang je, untuk gadis/mak dara/mak-mak orang semua pun boleh kalau nak segarkan badan dan buang bau badan.

Dah tulis entry ni, tetiba rindu pulak nak berpantang sekali lagi :)

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada ibu-ibu yang bakal atau tengah berpantang.
Amalkan dengan penuh disiplin dan hasilnya pasti menakjubkan untuk diri anda sendiri, untuk suami dan juga anak-anak.
Besar tanggungjawab kita sebagai seorang ibu dan isteri ni, jadi kita pun kena jaga diri kita sendiri supaya kekal sihat, bertenaga, cantik luaran dan dalaman.
Jangan culas tau....

Thanks for reading!

No comments: