Friday 3 April 2015

Percutian Percuma Shaklee Di Sri Intan Resort, Port Dickson


Team Building?
Eh eh, suri rumah pun ada Team Building? Bukan sebarang suri rumah ni, suri rumah yang duduk rumah jaga anak-anak sambil buat duit la katakan.

Kalau dulu, time bekerja makan gaji, Team Building pergi sorang diri, itupun area Penang je. Company nak control budget la kan. Tapi kali ni, Team Building bawa anak-anak dan suami sekali. Ke Port Dickson pulak tu. Everything sponsored! Bawa diri je, and of course bawa baju la:)

Terima kasih kepada my Shaklee mentor aka my mami, Master Hadhatina dan Master Kamarul, yang telah menaja sepenuhnya Team Building ni. Seramai 16 buah keluarga kalau tak silap saya, yang menyertai Team Building ni, dan keluarga saya salah satu daripadanya. Tak sangka terpilih sebenarnya, syukur Alhamdulillah.

Team Building ni diadakan di Sri Intan Resort, Port Dickson, tempat yang sangat best dan selesa. Betul-betul sebelah Pantai Telok Kemang, Port Dickson tu, anak-anak saya memang suka sangat. Siap nak ajak pergi every weekend.

Sepanjang dua hari Team Building tu, banyak aktiviti yang telah diadakan untuk semua peserta, indoor and outdoor. Malamnya pula ada BBQ Dinner dan pertandingan karaoke. Jangan tak tau, saya siap duet lagi dengan cik abang masuk petandingan karaoke tu. Bila lagi kan nak lepas gian.

Selain dapat meluangkan masa dengan family, banyak ilmu yang kami dapat sepanjang dua hari di situ. Dapat berkenalan dan mengeratkan ukhuwah dengan rakan-rakan business yang lain, dan dapat juga bertukar-tukar pandangan. Terasa betul auranya, aura yang bersemangat dan positif!

 Pemandangan dari bilik. Irfan dah superexcited bila namapak Pantai Telok Kemang tu

After check in, masuk class tuntut ilmu jap
Kakak and Irfan temankan mama jap ye. Ayah rest kat bilik time ni sebab letih drive jauh

Business Shaklee dan anak-anak memang tak dapat dipisahkan
Anak-anak adalah semangat kami!

Aktiviti bebas waktu petang.
Apa lagi, terjun swimming pool ler...

Sekejap swimming pool, sekejap pantai.
Maklumlah, sebelah-sebelah je. Best sangat tau!

BBQ Dinner & Malam Akustik
Pengacara majlis, Cik Ayu yang comel dan ayu dari team Supermom Office

Ehem ehem..
Mulanya karok sorang je, sekali dah tengah-tengah lagu, cik abang tiba-tiba join sekaki pulak.
Layannnnn.
Ok irfan, kasi can mama and ayah yer :)

Dapat jugak hadiah
Vokal Terbaik pulak tu. Eceh

Day 2
Pagi dimulakan dengan aktiviti telematch.
Keluar peluh sikit sambil eratkan ukhuwah

Anak-anak pun ada game jugak
Cari irfan cari

Yang ni last match
Khas untuk kaum-kaum bapa aje
Kaum-kaum ibu jadi tukang sorak je kat tepi

Rindu pulak rasa bila tengok gambar ni:)

We are SUPERMOM & SUPERDAD!


Best kan group kami..
Syukur sangat dipertemukan dengan group Shaklee ni.
Ukhuwah, ilmu dan segalanya tak ternilai dengan wang ringgit. Thank you Allah :)

No comments: