Wednesday 29 April 2015

9 Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Ingin Hamil


Kita selalunya cenderung untuk berfikir bahawa kita tahu apa yang kita buat, tapi adakalanya atau terutamanya apabila ia berkaitan dengan kehamilan, kita sebenarnya salah.
Artikel ini dipetik dari buku Your Pregnancy, Week by Week, yang ditulis oleh Dr Glade B. Curtis, M.D, tentang 9 kesilapan yang perlu dielakkan jika ingin hamil
 
9 Tips Kesuburan

1. Terlalu bimbang

Anda mungkin mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan yang memberi pendapat tentang kehamilan,
“Kehamilan berlaku secara semula jadi. Ianya akan hadir apabila anda berhenti bimbang tentangnya.”
Mendengarnya adalah amat menjengkelkan, terutama apabila perkara yang diinginkan kita adalah hamil. Namun hal ini selalunya benar. Tekanan boleh menjadi perosak utama dalam proses kehamilan. Jika anda memiliki tahap kortisol yang menaik beserta hormon tekanan, ia boleh secara negatif memberi kesan kepada ovulasi dan kesuburan.

2. Terlampau (atau kurang) melakukan hubungan intim

Jika anda hendak melakukannya, lakukan dengan betul (dengan jumlah yang betul!). Dr. Curtis mencadangkan untuk melakukan persetubuhan setiap hari atau selang sehari semasa anda berada dalam tempoh paling subur.

Jika anda, tidak tahu bilakah tempoh tersebut, teruskan dengan selang sehari selama tempoh anda merasakan anda berada dalam keadaan paling subur. Lebih daripada itu akan mengurangkan kiraan sperma pasangan anda. Kurang daripada itu akan menyebabkan anda terlepas waktu kritikal kesuburan.

3. Beralih kepada produk menarik

‘Douching’ atau pembersihan vagina mungkin menjadi kelaziman sebagai langkah seterusnya dalam rutin untuk hamil. Ia sama sekali bukanlah idea yang bagus. Membersihkan vagina boleh bertindak seperti spermisid, mengubah PH vagina anda.

“Ini mampu mengurangkan kesuburan,” kata Dr. Curtis. 

Begitu juga pelincir peribadi, kebanyakannya produk yang ada menunjukkan bukan saja akan mengurangkan kiraan sperma, juga akan menjejaskan pergerakannya.

4. Menyalahkan diri sendiri

Bila kita bercakap tentang ketidaksuburan, kita biasanya bermula dengan bertanya jika keadaan wanita tersebut menjadi isu dalam hal ini. Dr. Curtis berkata, kes-kes ketidaksuburan biasanya adalah 40% berkaitan dengan lelaki, 40% berkaitan wanita, dan 20% kombinasi kedua-duanya.

5. Bergantung kepada kiraan betul 

“Tidak memahami masa ovulasi adalah kesilapan popular,” kata Dr. Curtis.

Bagi kebanyakan wanita, ovulasi berlaku pada kitaran pertengahan, tetapi itu turut mengandaikan kitaran 28 sehingga 32 hari. 

“Kebanyakan wanita mengalami ovulasi 14 hari sebelum permulaan haid mereka,” kata beliau. 
“Jadi, sebagai contoh, jika anda mempunyai kitaran 24 hari, ovulasi adalah dalam lingkungan hari ke-sepuluh.”
 
Semua maklumat ini akan mengelirukan jika anda mengalami haid yang tidak menentu atau tidak ingat bila kali terakhir anda mengalami haid.

Kesilapan biasa yang lain? 
Tidak mengira dari permulaan hari pertama kitaran anda. 

“Hari pertama adalah hari pertama keluar darah haid, bukan sehari selepas atau sebelum hari itu,” kata Dr. Curtis. 

Ini kerana kesuburan boleh secara literal akan menurun dalam masa beberapa jam, ia amat penting untuk mengetahui masa kitaran yang tepat.

Dr. Curtis mencadangkan supaya menggunakan kit ramalan ovulasi. Mempunyai kalendar yang menjejaki kitaran haid anda juga akan sangat membantu. Begitu juga dengan menggunakan ramalan ovulasi secara dalam talian atau aplikasi telefon bimbit.

6. Cuba untuk kekal mengikut jadual

Secara puratanya, yang normal, pasangan sihat akan mengambil kira-kira setahun untuk hamil.
“Ramai wanita mengambil kira-kira 6 bulan atau lebih hanya untuk mempunyai kitaran haid yang biasa atau anda tidak akan pasti jika anda sedang berovulasi, (atau jika anda mempunyai soalan-soalan tentang kesuburan).

7. Cepat bangun

Terdapat banyak anekdot dan maklumat sains untuk menyokong fakta iaitu selepas persetubuhan, adalah amat membantu jika anda kekal baring di atas katil dengan pinggul menaik untuk kira-kira 20 hingga 30 minit.

Dalam erti kata lain, 
Dr. Curtis menasihatkan, “Selepas melakukan hubungan intim, jangan terus melompat atau berlari ke dalam bilik air atau mencuci vagina!” 

Hanya dengan melakukan itu saja akan mengubah dan boleh menyelesaikan sehingga 80% masalah kesuburan.

8. Abaikan kebimbangan anda

Mungkin anda selalu mempunyai haid yang tidak menentu dan bimbang anda akan mempunyai masalah untuk hamil. Atau mungkin anda mempunyai diabetes dan mahu memastikan ia terkawal sebelum mencuba untuk hamil.

Ini adalah situasi di mana anda tidak harus mengabaikan perasaan bimbang yang banyak, kata Dr. Curtis. Sebaliknya, dapatkan khidmat doktor atau konsultan kesuburan secepat mungkin untuk membuat perancangan. 

9. Bersukaria sebelum hamil

Dr. Curtis berkata, 
“Mengapa minum minuman yang memabukkan, merokok, alkohol, mengambil dadah jika anda tahu ia boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan?”

Beliau memberi amaran kepada pesakit-pesakitnya bahawa bahagian awal semasa hamil adalah paling kritikal dalam perkembangan fetus.
“Tiada jumlah alkohol yang selamat semasa hamil, dan kita tahu merokok itu merbahaya. Nasihat saya adalah, jika anda tidak menggunakan perlindungan,tetapi mengambil dadah, alkohol dan rokok, bertindaklah seperti anda sudah pun hamil.”
Semoga 9 tips yang dikongsi ini membantu ya :)

2 comments:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)