Wednesday 18 February 2015

9 Cara Tingkatkan Metabolisma Badan Yang Rendah


Baru-baru ini, salah seorang customer saya ada bertanyakan, bagaimana nak tahu samada metabolisma dia rendah atau sebaliknya.
Ok, jom saya kongsikan serba sedikit info tentang metabolisma ni. Semoga membantu anda juga yang masih belum jelas tentang metabolisma ni. Penting ni, salah satu kunci dalam usaha untuk mengurangkan berat badan ni :)

Apa Itu Metabolisma Badan

Semua sedia maklum, benda yang kita makan akan ditukarkan kepada tenaga. Proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga ini dikenali sebagai Metabolisma.

Setiap individu mempunyai kadar metabolisma yang berbeza, bergantung kepada beberapa faktor iaitu Basal Metabolic, aktiviti fizikal seharian, dan kesan thermic makanan.

65% kalori yang kita ambil akan digunakan untuk Basal Metabolic (dipengaruhi faktor fizikal dan genetik) bertujuan untuk menyokong proses biologi dalam badan. Ini termasuklah pernafasan, perkumuhan, dan proses pengepaman darah oleh jantung. 25% kalori yang kita ambil pula akan digunakan untuk aktiviti fizikal seharian, seperti berjalan, bersukan, dan sebagainya. Manakala 10% daripada kalori yang kita makan pula akan digunakan untuk memproses makanan.

Metabolisma Tinggi Atau Rendah?

Setiap orang mempunyai kadar metabolisma yang berbeza. Sebab tu kadang kita tengok, ada yang jenis makan banyak, tapi badan maintain kurus je. Ada pula yang makan diet memanjang, tapi berat badan tetap susah nak turun.

Mereka yang makan dengan banyak tetapi agak sukar untuk naik berat badan adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi. Manakala mereka yang makan sedikit tetapi sudah cepat naik berat badan, adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.

Apakah simptom jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah? 

1. Cepat naik berat badan
2. Perubahan otot dimana otot menjadi lemah, kaku dan sakit
3. Penat/ lesu
4. Tahap kesihatan rendah contohnya sering pucat, rambut rapuh dan muka sembap
5. Individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah disebabkan hipotiroidisme biasanya sering mengalami menstruasi yang banyak.

Stress kan, kalau makan sikit, tapi berat badan cepat naik.
Namun tidak bererti mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah tidak boleh untuk turun berat badan selama-lamanya, dan mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi tidak boleh untuk naik berat badan selama-lamanya. Semuanya masih lagi bergantung kepada tunjang yang sama, iaitu KALORI.

Buat mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, untuk turunkan berat badan, golongan ini perlu menggunakan/membakar lebih kalori berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.

9 Cara Mudah untuk Tingkatkan Metabolisme Badan

Berikut merupakan 9 cara mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

1) Bina otot-otot (build Muscle)
Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.

2) Bersenam aerobik atau berjogging
Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.

3) Minum banyak air 
Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.

4) Campurkan ais dalam air 
Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.

5) Makan lebih kerap
Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajian menunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.

6) Pedaskan masakan anda 
Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang boleh meninggikan kadar metabolisme.

7) Makan lebih protein 
Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.

8) Minum teh hijau (Green Tea) 
Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau sehari membantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun. Pastikan tanpa gula!

9) Elakkan crash diet
Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalori sehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan membakar kurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.

Bagaimana Shaklee Membantu Tingkatkan Metabolisme Anda

1. Cinch Shake



  • Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.


  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis / pencuci mulut
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian 
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO

2. Cinch Energy Tea Mix


Cinch energy tea mix adalah campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih.
Bahan-bahannya seperti berikut:
  • Taurina
  • Maltodextrin – bahan daripada jagung
  • Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika … dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
  • Green Tea Extract
  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dai Jepun (the greener than green superfood)
Teh-teh merah, hijau dan putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina. Antara kegunaanya:
  • Anti-mikrob
  • Imunostimulan
  • Anticarcinogenic (anti kanser)
  • anti-inflammatory
  • perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Anti oksidan – perlindungan dari kanser
  • Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kalori dan kolesterol
  • Detoxifiers
  • Meningkatkan tenaga &  metabolism (bakar lemak). Boost metabolism sehingga 4 kali ganda!

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: