Saturday 10 January 2015

5 Makanan Yang Menyebabkan Jerawat


Ramai yang kata makanan bukan punca kepada masalah jerawat, tapi ada juga yang bersetuju jerawat boleh timbul disebabkan oleh faktor pemakanan. Bagi saya, kedua-duanya betul kerana ia sebenarnya bergantung kepada bagaimana tubuh badan anda memberi reaksi kepada makanan yang anda makan. Sesetengah orang menghidapi alahan kepada makanan jenis kekacang, ada pula kepada makanan berminyak tetapi bukan semua orang mempunyai kesan reaksi yang sama.

Namun kepada yang memang mempunyai masalah jerawat, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menambahkan kesan buruk kepada masalah jerawat anda. Jadi seeloknya anda menjaga pemakanan dan cuba elak dari mengambil makanan yang memberi reaksi kepada masalah jerawat anda.

Bagi mengetahui makanan apa yang memberikan reaksi kepada kulit, anda perlu ingat apa yang anda makan, dan peka kepada makanan tersebut agar anda tidak memakannya lagi. Jika anda tidak tahu tubuh badan anda sendiri, bagaimana anda hendak mengelakkan diri anda dari terus ditumbuhi jerawat pada kulit muka, belakang dan leher? Tetapi saya ingin tekankan di sini bahawa tiada sebarang makanan pun yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit anda tetapi reaksi tubuh anda terhadap makanan itu sendiri.


Ada banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat. Macam saya sendiri, kalau makan coklat, kacang, minum susu, minum milo, makanya mulalah jerawat menempek kat muka.

Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat ialah:

1. Makanan berlemak dan bergoreng 
Meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari karbohidrat dan lemak. 

2. Makanan dari produk tenusu 
Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan

3. Makanan dari karbohidrat yang diproses 
Kandungan gula yang diproses tinggi.

4. Minuman berkafein dan berkarbonat 
Menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stress dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkabonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak.


5. Makanan yang diproses atau ditinkan 
Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan 

Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang badan jika anda mengurangkan pengambilan makanan-makanan yang telah saya senaraikan di atas. Namun, ia tidaklah cukup untuk mengubati masalah jerawat terutamanya masalah yang serius kerana banyak lagi punca masalah jerawat yang lain seperti hormon, toksin berlebihan, stress, penggunaan make-up, pencemaran dan sebagainya. Saya kana kongsikan lebih lanjut di entry seterusnya k.
Stay tune!

2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

mudah kata semua makanan yg tak sihat akan menyebabkan jerawat... betul tak? tapi makanan yg sihat tak sedap... hahahaha... kena terima lah kenyataan... apa nak buat... mana nak sayang... makan sedap atau ada jerawat...

Belajar said...

Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
cara menghilangkan jerawat secara alami
.