Monday 15 December 2014

Belajar dan Berkongsi Tips Rahsia Online Business Shaklee


Apa saja yang kita nak lakukan perlu ada ilmu. Begitulah juga jika nak buat business, perlu ada ilmu. Jika nak berjaya dunia perlu ada ilmu, nak berjaya akhirat juga perlu ada ilmu dan kalau nak berjaya kedua-duanya juga perlu ada ilmu.

Orang cakap, kalau nak berjaya, belajar dari orang yang dah berjaya, dan ikut apa yang dia buat. Pernah dengar kan.

Dalam business Shaklee ni, segala ilmu sebenarnya dah tersedia, rahsia dan amalan-amalan magik yang diamalkan oleh mereka yang telah berjaya. Untung kan. Tinggal lagi, nak apply je. Nak belajar online boleh, offline pun boleh.

Baru-baru ni, saya dan salah seorang rakan sideline saya di dalam business Shaklee ni, telah menganjurkan satu kelas di Manjung, Perak. Hah, dengan sideline tau. Walaupun, kalau nak diikutkan tu, kiranya kami ni bersaing la kan di daam business Shaklee ni. Tapi, takde la istilah macam tu di dalam group kami. Ukhuwah yang terjalin tu dah seperti keluarga, dan masing-masing tak lokek berkongsi ilmu dan saling memberi semangat sesama sendiri untuk sama-sama berjaya di dalam business ni.

Kebanyakan perkongsian kumpulan kami sebenarnya lebih kepada online, belajar dari rumah je. Tetapi, kadang-kadang, kami adakan juga kelas-kelas perjumpaan seperti ni. Sesekali berjumpa tu, auranya lain macam, dan kemesraan pun akan lebih lagi kan.

Alhamdulillah. Kelas yang kami anjurkan pada hari Sabtu 13 December 2014 di Manjung Perak ni berjalan dengan lancar. Setiap kali pergi kelas ilmu macam ni, percayalah kita akan belajar banyak benda-benda baru yang kita tak tahu. Seronok sangat dapat bertemu dengan kenalan-kenalan baru, sama-sama berkongsi pengalaman dan menyedut aura positif. Dalam kelas ni juga, saya pertama kali bertemu dengan anak Shaklee saya Aida selepas setahun lebih berkenalan dan berhubung melalui alam maya. Alhamdulillah:)

Penganjur kelas untuk hari tu, me and my partner Nadia

Sharing dari Dr Nurul tentang masalah sakit sendi
Perkongsian yang sangat menarik dan informatif. 
Hah, kami ni bukan sekadar jual produk semata-mata tau. 
Nak bagi cadangan supplements Shaklee yang sesuai untuk customers pun perlu ada ilmu. 
Bukan main jual je

Saya tengah prepare untuk my sharing pulak.
My sharing hari tu tentang rahsia teknik selling yang berkesan.
Pernah dengar pre sell, up sell, cros sell?
Hah, penting ni. 
Tu baru sikit tu, nak tau lebih lanjut tentang ni and tips rahsia lain, kena la join group saya :)

 Next sharing tentang blog.
Blog ni salah satu medium online marketing yang sangat penting.
Tapi, tulis blog pun ada tekniknya.
Kalau nak jana wang dari blog ni, ada tekniknya. Bukan main hentam tulis je.

Ni pula anak Shaklee saya, Aida tengah beraksi.
Sharing yang amat mantap tentang produk yang tengah promo sekarang, Vitamin C.
By the way, sesiapa yang nak COD area Manjung, Ipoh Perak tu, boleh terus contact Aida ni

Majlis penyampaian sijil dan T-shirt exclusive.
Saya bersama mentor saya, aka mak Shaklee saya

Sesi bergambar sebelum pulang.
Kalau majlis ilmu dan gather-gather ni, kalau takde anak-anak, riuh rendah dengan anak-anak, tak Shaklee namanya tu.
Anak-anak pun belajar sama-sama dalam kelas.
Anak-anak adalah semangat dan kekuatan kami.

Business Shaklee ni sesuai untuk semua. Tak kiralah anda suri rumah ke, pelajar ke, guru ke, pekerja swasta ke, jurutera ke atau apa saja..
Yang penting adalah usaha dan semangat anda yang tak pernah putus.
Semangat untuk belajar, semangat untuk membantu orang lain, semangat untuk mengubah taraf kehidupan keluarga, semangat untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Sekiranya anda sudah lama menyimpan niat untuk menjana wang dari rumah, memulakan online business anda sendiri, Shaklee juga adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda. Yang penting, anda mulakan.
Antara salah satu ciri orang yang berjaya adalah cepat bertindak. Fast action, fast result!

Semoga pengakhiran tahun 2014 ni meninggalkan kenangan yang paling manis dan bermakna untuk kita semua dan tahun baru, tahun 2015 akan bermula dengan sesuatu yang lebh baik untuk kita semua.

1 comment:

kuchalana said...

apa sahaja benda yang hedak kita buat kena ada ilmu..dan dengan ilmu hendaklah kita beramal...dengan beramal barulah kita berjaya...vitamin shaklee bagus untuk kesihatan