Thursday 25 December 2014

11 Tips Pemakanan Untuk Kurangkan Berat Badan


Berat badan yang berlebihan bukan sahaja menyebabkan seeorang itu berasa rendah diri dan kurang keyakinan, malah ianya mengundang risiko pelbagai penyakit berbahaya seperti kencing manis, kolestrol, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Itu belum masuk lagi masalah-masalah yang biasa seperti cepat mengah, selalu sakit tumut, sakit lutut, sukar mencari saiz baju...

Zaman sekarang ni, semakin ramai yang mula sedar akan kepentingan berat badan yang ideal, bukan untuk cantik semata-mata, tetapi yang lebih penting sekali untuk kesihatan.

Nak kurus secara sihat dan semulajadi?
Ada 3 tips asas yang perlu anda tahu, iaitu jaga pemakanan, jaga pengambilan minuman dan juga aktiviti fizikal.

Aktiviti fizikal atau senaman ni, seperti juga pengambilan supplement/makanan tambahan. Ianya tidak wajib, tetapi ianya sangat membantu anda yang mempunyai masalah berat badan susah turun dan juga ianya membantu mempercepatkan usaha anda untuk mengurangkan berat badan.

Entry kali ni saya nak kongsikan tentang tips pemakanan dan pengambilan minuman yang boleh membantu anda untuk kurangkan berat badan. Hah, yang ni penting ni kalau anda nak kurus secara sihat dan semulajadi.

11 Tips Pemakanan Untuk Kurangkan Berat Badan

1. Makan 5-7 hidangan kecil
Berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.

2. Jangan skip hidangan
Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.

3. Kenali keperlukan kalori seharian anda
Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?
Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalori makanan dan minuman seharian anda. Klik sini untuk info lanjut tentang kalori

4. Elakkan kalori daripada minuman
Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.

5. Minum air mineral
Air mineral tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.

6. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan
Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.

7. Segenggam tangan karbohidrat
Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.

8. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup
Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.

9. Suplemen protein
Ianya merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.

10. Dapatkan supplement multivitamin yang baik
Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.

11. Kawal nafsu makan!
Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk berkembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat. 

No comments: