Thursday 16 October 2014

Mengatasi Kencing Manis Semasa Hamil


Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Tanda-tanda Kencing Manis

Kebanyakan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil tidak diketahui puncanya. Pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian rutin pemeriksaan hamil dari 22 minggu ke 24 minggu kehamilan di kebanyakan klinik. Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan
  • dahaga yang terlampau
  • membuang air kecil dengan banyak
  • penglihatan kabur
Kesan Kencing Manis Terhadap Bayi

Ini bergantung kepada penjagaan diri. Jika anda dapat mengawal diabetis dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk ibu dan kandungan. Risiko yang mungkin terhadap kandungan adalah :
  • bayi akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan  membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 
  • gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) selepas lahir.
  • jaundis
  • obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari.
Golongan Yang Berisiko Menghidap Kencing Manis

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30
  • anda pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum hamil
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis)
Cara Merawat Kencing Manis Semasa Hamil
  • Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula dan selalu bersenam. Pilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.
  • Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
  • Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.
  • Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda
  • Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.
Cadangan Supplement

Untuk yang menghadapi masalah ini anda disarankan mengambil supplemen kehamilan seperti yg dicadangkan kerana supplemen ini juga membantu dalam masalah kencing manis. 

1) VITALEA 
Multivitamin dan mineral keperluan tubuh dan juga mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dgn membantu membentuk insulin

2) B-COMPLEX 
Menukarkan gula kepada tenaga 
3) VITAMIN C
Sebagai antioksidan semulajadi
4) OSTEMATRIX 
Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dpt mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
5) ESP 
Minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah.

Adalah penting bagi pesakit diabetes mengikut diet yang direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan.

Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit diabetes yang mengikuti diet yang lain.  

6) OMEGA GUARD
Apabila kandungan anda telah memasuki trimester kedua, boleh mulakan pengambilan OMEGA. Khasiat OMEGA 3 sgt baik untuk menurunkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta dapat mengawal masalah kencing manis.

Testimoni 


 "Shaklee mmg best la. Makan rase energy banyak. Takde letih2, sakit bdn pun tak macam 1st preggy dulu..
Dah masuk 36 minggu tapi masih boleh lari2 lagi. Mamang lain sangat. Lafi satu, Hb dengan urin sampai ssekarang cantik je. Nurse pun pelik.
1st baby dulu memangg teruk sikit. Just amik vitamin klinik je. Belum tau pasal Shaklee ni. Hb down teruk. Urin pun sama. Dengan kencing manis la..Anak 1st kena czer 36 minggu” - Puan Izani
Credit


***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

http://cikjatt.blogspot.com/2013/09/promosi-cara-untuk-mendapat-keahlian.html

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: