Tuesday 9 September 2014

Tips Mudah Cantik dan Awet Muda


Tips la sangat kan. Since dah ada orang tanya ni. Saya share jer la.

Macam mana nak bagi mak budak nampak macam anak dara, silap-silap orang cakap macam budak sekolah. Senang jer. Pakai tudung bawal atau selendang. Series ni.

Selain senang dan mudah nak pakai, tulah salah satu sebab saya suka pakai selendang. Nampak muda dari usia sebenar. Tudung bawal pun suka juga, cuma kadang-kadang tu malas nak iron.

Tudung instant tak termasuk dalam list ya. Tudung instant ni, kakak Aina Qistina panggil tudung makcik-makcik. Ramai jer nampak cantik pakai tudung instant ni, nampak ayu dan matang. Tapi saya memang tak sesuai langsung pakai, muka nampak bulat dan pelik, macam pendatang dari Vietnam pun ada. Hahaha.

Pakai selendang ni pun ada tekniknya. Muka saya ni agak bulat sikit, dulu waktu zaman selendang tak berapa nak famous sangat, segan juga nak pakai. Terasa muka macam nampak penyek.

First time pakai waktu tengah study kat German, ku beranikan diri juga pakai. Keluar jalan sorang-sorang kat town, sekali terserempak dengan sorang kawan mat salleh ni. Buat muka selamber je la, ye la mat salleh kan, takkan dia perasan kut tudung ku lain. Sekali dia tegur..

"You look different. You look pretty"

Ecehh... Terus terkaget time tu. Tak sia-sia ku berhempas-pulas lilit tudung bawal jadi shawl.

Sejak dari tu, terus confident nak pakai shawl, sampaila sekarang dah jadi favourite.

My sister dulu pun segan nak pakai shawl ni, muka bulat katanya.
Tapi sekarang ni, asyik berlilit jer. Maklumlah, dah tau teknik.

So korang yang belum terjebak dengan shawl tu, apa kata cuba beli selai.
Sekarang ni dah banyak sangat pilihan shawl yang ada, cantik-cantik dan labuh.
Tutorial pun banyak.

Try la ye, sure nampak muda 10 tahun ke belakang, untung-untung cik abang puji.. :)

Mak beranak dua yang baru 23 tahun, tambah 10 tahun :)

1 comment:

mama maman aka yana said...

mmg nmpk muda.. hehe

kita pun xpandai pakai shawl.. kena pilih2 type kain dia br jadi cun.. hahaha