Monday 22 September 2014

Makanan Untuk Kulit Cerah Dan Cantik


Salam semua.. :)

Menarik tak tajuk entry kali ni.
Saya terjumpa satu artikel menarik dari majalah DARA edisi Mei 2013. Credit

Tajuk artikel ni lagi menarik sebenarnya. "Obsesi Suplemen : Perlukah?"

Jom sama-sama kita baca entry k. Moga memberi manfaat untuk semua.

"Wah, cantiknya kulit awak. Apa awak pakai? Awak ada amalkan apa-apa produk makanan ke? Saya teringinlah nak kulit cantik macam awak. Mesti seronok, kan? Akhir-akhir ni pun saya tengok awak nampak lain. Lebih cergas, badan semakin cantik. Beritahulah rahsia awak"

Gembira tak jika ada rakan yang berkata demikian kepada anda. Apa rahsianya? Itu persoalannya. Adakah kerana anda selalu ke salun kecantikan ataupun mengamalkan petua tradisional? Mungkin ya dan mungkin anda boleh mencuba cara yang lebih mudah dan berkesan. Hanya dengan pengambilan makanan tambahan, itu sudah memadai untuk membuatkan anda tampil berbeza.

Perlukah Supplemen

Apabila kita bercakap mengenai supplemen atau makanan tambahan, ramai akan memandang kepada supplemen yang menjurus terhadap pemakanan diet dan kesihatan. Ini adalah benar, kerana supplemen bukanlah sejenis ubat tetapi merupakan vitamin-vitamin pembina tubuh yang diperlukan oleh badan kita. Ya, supplemen sangat perlu untuk seseorang. Bukan hanya untuk berdiet, malah untuk kesihatan tubuh badan.

Apa Itu Supplemen

Supplemen berbeza dengan ubat. Ubat dicipta dan terdiri daripada bahan jenis dadah yang sememangnya tidak baik untuk tubuh. Akan tetapi, supplemen terdiri daripada pati tumbuhan ataupun buah-buahan yang diambil dan dijadikan makanan atau minuman yang diambil sebagai tambahan bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh.

Dalam diet harian yang disyorkan pakar diet Amerika, amat penting dalam pengambilan makanan kita yang penuh dengan protein, vitamin dan sebagainya.

Antara diet sihat yang perlu:
  • 6-11 sajian roti, bijirin, nasi, pasta dan lain-lain
  • 3-5 sajian sayur-sayuran
  • 2-4 sajian buah-buahan
  • 2-3 sajian susu, yogurt dan keju
  • 2-3 sajian daging, ayam, itik, kacang kering, telur atau kacang
  • Lemak, minyak dan gula secara sederhana
Namun, tidak semua daripada kita mampu mengikuti setiap diet yang disarankan, malah bukan semua makanan yang kita makan mengandungi khasiat sebenar yang mencukupi. Contohnya buah-buahan. Sememangnya, dikatakan buah-buahan mengandungi kandungan vitamin dan serat yang tinggi. Namun, ia mempunyai nilai pemakanan yang sedikit kerana ditanam dalam tanah yang kekuranagn nutrien, dipetik sebelum ia masak semula jadi, dirawat dengan menggunakan gas dan radiasi, dan disimpan selama berhari-hari sebelum kita memakannya.

Jadi, diet kita kekurangan blok-blok pembinaan yang penting bagi makanan berguna yang diperlukan bagi menjamin kepada kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan.

Apakah Jenis-jenis Supplemen Yang Ada

Terdapat tiga jenis supplemen yang ada di pasaran iaitu supplemen sintetik, organik dan semula jadi. Supplemen juga terdapat dalam bentuk pil, kapsul, tepung, gel lembut, ekstrak atau cecair. Ada juga jenis yang boleh dimasukkan ke dalam air atau snek pemberi tenaga.

Supplemen yang Mana Lebih Baik

Supplemen yang terbaik adalah supplemen daripada bahan semula jadi.

Adakah Supplemen yang Memberi Kesan Buruk

Ada juga terdapat kesan sampingan kepada pengambilan supplemen, tetapi ia berlaku apabila seseorang mengambil supplemen daripada jenis sintetik.


My choice, of course la supplemen semulajadi Shaklee.
100% semulajadi, tanpa pewarna, perasa dan pengawet tiruan :)

No comments: