Monday 8 September 2014

Lukisan Mural Di Penang Street Art


Salam semua.. :)

Macam mana ye weekend korang. Hopefully semua happy ya, spending quality time with your loved one. My weekend, terasa cepat sangat masa berlalu sebab full of activities. On Saturday, macam biasa pagi adalah masa untuk shopping barang-barang rumah dan barang-barang dapur. Then, balik tu, full force kemas rumah dengan cik abang dan anak-anak.

Malamnya tiba-tiba, my sister buat surprise tetiba datang Penang, datang dengan husband dia dengan my mom. Fuhh, nasib baik dah kemas rumah petang tu. Punyala seronok kakak and Ipan, melompat-lompat. My kids ni memang sangat close dengan mak long and pak long diorang. Siang tu pun asyik call jer cakap rindu.

Rezeki malam tu. 
My mom bawa pau kacang merah, sangat gebu dan lembut.
Saya ni takdela suka sangat makan pau, tapi kalau yang my mom buat ni,
fuhh, cepat jer licin

So semalam, sebelum my family balik, saja ja la jalan-jalan kat area Penang. My sister just nak beli jeruk je. Tiba-tiba teringat kat area tu kan orang selalu ambil gambar dekat lukisan mural dinding tu. Actually saya pernah pergi sekali jer dengan my colleagues time team building company dulu. Alang-alang dah dekat area tu, singgah jer la.

Punya la ramai orang. Nak tangkap gambar pun kena que. Dengan panasnya lagi, maklumlah tengah hari terpacak kan. Wrong timing jugak la. Tapi kami gagahkan diri juga pusing-pusing situ. Ambikla juga gambar sekeping dua. Tak banyak pun sangat. Layan jer la:)

Ada nampak macam adik dengan kakak tak..
Nampak santai betul ni dengan selipar jepun ni..

So, korang kalau datang Penang, jangan lupa datang sini ya. 
Tengok gambar-gambar yang saya snap ni mungkin tak menarikla sangat, tapi actually banyak lukisan-lukisan yang menarik...

Pesanan, bawa mineral water.. Ready payung sekali..
Then, bersedialah nak jalan-jalan burn calories :)

No comments: