Friday 5 September 2014

Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee


2 hari lepas, sekali lagi saya mendapat berita gembira dari salah seorang customer saya yang mengamalkan Set Kesuburan Shaklee untuk suami dan isteri. Alhamdulillah, beliau sudah hamil 3 minggu. Gembira tak terkata saya. Sujud syukur.

Customer saya ni dah hampir 2 tahun berkahwin. Beliau juga telah mendapatkan rawatan dari doktor, dan beliau tidak mempunyai sebarang masalah, cuma beliau mempunyai masalah kitaran haid yang tak teratur. Ketika hubungi saya tu, beliau sudah 3 bulan tak datang haid. Setelah mencuba supplement Shaklee pada bulan Jun 2014, haid beliau datang dan beliau terus konsisten amalkan supplement Shaklee. Dengan izin Allah, ada rezeki beliau.

Indahnya rasa bila dapat bantu orang.
Satu ayat dari beliau yang paling saya tak boleh lupa,
"Terima kasih kerana perkenalkan akak dengan Shaklee dan doa untuk akak"
Tears :)

Masalah haid yang tidak teratur atau gangguan ovulasi ni, adalah antara salah satu sebab yang boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Apabila haid tidak teratur, ini mungkin menandakan yang hormon di dalam badan adalah tidak seimbang dan ovulasi tiap-tiap bulan tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini seterusnya boleh menurunkan kesuburan seseorang wanita.

Jom baca sedikit info tentang masalah haid tidak teratur.

Apakah ‘Secondary Amenorrhoea’?

Ini adalah apabila seseorang wanita yang sudah mendapat haid yang teratur, tiba-tiba tidak didatangi haid sekurang-kurangnya 6 bulan.

Apakah ‘Oligomenorrhoea’?
Ini adalah apabila seseorang wanita yang mempunyai kitaran haid melebihi 42 hari.


Punca Haid Tidak Teratur

Terdapat beberapa faktor-faktor yang boleh menyebabkan haid tidak tetap. Ini termasuklah:

1. Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Ini adalah salah satu punca utama (55%) yang boleh menyebabkan ‘oligomenorrhoea’. Diagnosis PCOS akan dibuat oleh doktor apabila 2 dari 3 kriteria tersebut dipenuhi:
  • Kitaran haid yang tidak teratur
  • Ujian darah menunjukkan hormon yang tidak seimbang i.e berlebihan hormon lelaki dan/ atau simptom klinikal yang menunjukkan hormon tidak seimbang
  • Imbasan scan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovary’
Kebanyakan wanita akan mengalami simptom PCOS terutamanya jika berat badan mereka menaik dengan mendadak. Ini kerap dilihat selepas wanita tersebut baru kahwin atau stress dengan memakan berlebihan. PCOS juga adalah diagnosis yang didapati lebih lagi sekiranya wanita tersebut sudah mengalami ‘oligomenorrhoea’ sejak dari baligh lagi.

2. Masalah Endokrin

Ini termasuklah masalah thyroid, penyakit Cushing dan Addison. Darah untuk paras hormon thyroid perlu diperiksa untuk semua wanita yang mengalami ‘oligoamenorrhoea’.

3. Prolactinoma

Lebih kurang 10% wanita yang mengalami ‘oligomenorrhoea’ berpunca dari  masalah tumor pada kelenjar pituitary yang merembeskan keluar hormon prolactin secara berlebihan. Antara simptom yang mungkin dialami termasuklah pening kepala, pengeluaran susu dari puting buah dada dan gangguan penglihatan. Ujian darah wanita tersebut akan menunjukkan kadar paras hormon prolactin yang tinggi. Imbasan otak perlu dilakukan untuk melihat samaada terdapat tumor pada kelenjar pituitary. Tumor tersebut selalunya ialah ‘benign’ in nature.

4. Menopaus pramatang (‘Premature menopause’)

7% kes ‘oligomenorrhoea’ pula disebabkan oleh ‘Premature menopause’. Diagnosis ini ialah apabila seseorang wanita mengalami menopaus sebelum umurnya mencecah 40 tahun. Terdapat beberapa punca termasuk idiopathic, kondisi autoimmune, Turner’s sindrom dan infeksi viral.

5. Lain-Lain

Stress dan  berat badan yang berlebihan juga boleh menjadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur.

Oleh itu, sekiranya anda mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan ingin hamil, hendaklah berjumpa dengan doktor agar ujian tertentu boleh dijalankan untuk menentukan puncanya. Rawatan yang perlu dilakukan untuk haid yang tidak teratur bergantung kepada keputusan ujian yang telah dijalankan. Akan tetapi majoriti kes, kitaran haid itu boleh dipulihkan atau rawatan kesuburan yang bersesuaian boleh dilakukan.

Klik sini untuk info lanjut Set Kesuburan Shaklee

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: