Friday 11 July 2014

Tips Kuruskan Badan di Bulan Puasa


Wahh, bestnya dapat feedback dari my customers yang ambil Set Kurus Shaklee. Mana taknya, ramai yang dah excited badan dah makin slim. Ada yang boleh pakai balik seluar sebelum mengandung, ada yang rasa badan makin ringan, ada yang turun 4kg dalam masa sebulan lebih... Jangan tak tau, cik abang saya pun dah excited perut makin kempis, seluar lama dah boleh pakai balik. Tengokla sape yang consult kan. Hihi..

Bila bulan puasa ni, ramai yang berkobar-kobar nak turunkan berat badan kan. Tapi, kalau tak kena caranya, tak mustahil ada yang naik berat badannya nanti. Takpun berat turun banyak tapi lepas raya jer berat terus naik dipam-pam, naik lagi banyak dari yang turun bulan puasa pulak tu. Ngeri tak.

For me, nak slim atau kurangkan berat badan ni, biarlah slow and steady jer, hasilnya akan berkekalan. Bulan puasa pun tak perlula aim nak turun sampai 10kg. Tak perlu diet drastik, tak perlu obsess sangat kepada penimbang tu. Berat badan kita ni, bukannnya lemak semata-mata, ada juga berat otot, air dan sebagainya. So, tak nak la pula yang hilang tu otot, sebab kita perlukan otot untuk pastikan metabolisma badan kita tip-top. If korang dah amalkan pemakanan yang sihat & seimbang, tambah exercise sikit lagi bagus and ambil supplement yang selamat untuk membantu, then takde apa yang perlu dirisaukan. Badan anda dah ready sebagai 'mesin pembakar lemak' semulajadi. Sentiasa letak target, kurus dan sihat.

Tips Kuruskan Badan di Bulan Puasa

Here's some tips yang saya nak kongsikan buat anda, mudah-mudahan membantu ya.

1. Jangan skip sahur
Sahur ni ibarat breakfast la. Penting untuk bekalan tenaga seharian dan juga bagi memastikan metabolisma badan anda tidak drop. Pastikan anda memilih makanan dan minuman yang betul. Jom kita baca tips bersahur dari Kevin Zahri.


2. Minum air masak secukupnya 2-3 liter sehari
Salah satau cabaran besar juga ni, nak minum air masak yang banyak dalam masa yang singkat. Kita hanya ada waktu dari berbuka sehingga sebelum tidur dan sewaktu sahur. Cara saya senang jer, kurangkan minum air manis atapun tak perlu minum langsung, dan jangan berlebihan. Target, minum at least 8 gelas air masak sehari.

Waktu berbuka (sebelum makan) - 1 gelas
Sebelum terawikh - 1 gelas
Antara selepas terawikh dan sebelum tidur - 3 gelas
Sebelum tidur - 1 gelas
Sahur - 2 gelas

Mudah jer kan :)

3. Elakkan makan lewat
Kalau boleh, elakkan la makan selepas terawikh tu. Kan dah nak dekat waktu tidur tu.

4. Pemakanan seimbang
Seperti hari biasa-biasa juga, amalkan pemakanan seimbang dan kawal pengambilan kalori. Jangan terlalu ikutkan nafsu. Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan yang paling penting, jangan makan berlebihan.

5. Senaman
Luangkan sedikit masa at least 30 minit sehari untuk bersenam. Takpun, kalau dah takde masa sangat, still ok. Buat kerja rumah, memasak pun dikira senaman juga. Malamya terawikh lagi :)

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Anda Untuk Kurus

Nampak macam senang, tapi sebenarnya, agak susah juga untuk sesetengah orang. Bulan puasa ni bukan tak tau, godaan banyak sangat. Buat yang rasa susah sangat nak turun berat badan tu, boleh cuba supplemen Shaklee ya. Ramai yang dah berjaya mendapatkan berat badan idaman dengan bantuan supplemen Shaklee. Yang bestnya Shaklee ni, ianya bukan setakat membantu kuruskan badan, malah membuatkan kulit makin cantik, badan rasa ringan dan segar, penghadaman makin lawas, membuang toksin dan lemak-lemak jahat dari badan dan banyak lagi kebaikan lain.

Berikut adalah cadangan basic supplement yang boleh anda ambil sepanjang bulan puasa ini untuk menjayakan misi mengurangkan berat badan anda.


1) Herblax

Adalah sebagai detox dan mencuci usus. Mana-mana saki baki bahan yang tidak diingini pada usus akan dibersihkan, flush habis semua keluar :)

2) Alfafa

Digelar raja segala tumbuhan. Khasiatnya yang membantu melawaskan pembuangan kerana adanya fiber di dalamnya. Ibaratkan pembantu kepada lecitin, ia membantu lecitin dengan membawa keluar lemak-lemak dan kolesterol dari badan. Pembantu yang baik! Ia juga adalah pakar detox kerana berupaya menyahkan bahan-bahan bertoksik dalam badan.

3) Lecithin

Memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecitin ini. Macam penyerap lemak gitu. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, nampak terserlah buncit, sangat sesuai ambil lecitin ini. 

4) Cinch Shake 

Cinch Shake merupakan minuman protein yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Menarik kan.
Anda boleh mengambil Cinch Shake sewaktu sahur dan juga sewaktu berbuka, boleh dibancuh bersama ESP juga.
Alfafa dan Lecithin ambil selepas sahur dan selepas berbuka, jadinya tak sempat lelemak tu menempek dalam badan, terus keluar.
Herblax, ambil hujung minggu, untuk detoks keluar semua sisa-sisa dekat usus yang tak habis keluar tu.

Berminat ingin mencuba. Hubungi saya sekarang ya..

Belum terlambat lagi untuk anda.
Boleh mula sekarang dan juga sebagai persediaan untuk anda mengawal berat badan supaya tak naik mendadak ketika raya nanti :)

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: