Wednesday 9 July 2014

Tips Elak Gastrik Ketika Puasa


Assalamualaikum & Salam Ramadhan semua :)

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari ke 11 umat Islam berpuasa.
Macam mana korang setakat hari ni? Mudah-mudahan diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.

Setiap kali tiba Ramadan, pasti sesiapa yang mengalami masalah gastrik mula gusar dan dalam dilema. Hati bersemangat nak berpuasa, tapi jika gastrik melanda semua kerja tak jadi. Asyik menahan sakit jer. Puasa pun boleh terbantut. Kesian kan?

Tetapi , ada juga yang memberi alasan gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga ini. Tak nak la pulak macam ni yer, bukankah boleh ikhtiar. Boleh amalkan tips yang bakal saya kongsikan di bawah ni yer. InsyaAllah dapat membantu penghidap gastrik berpuasa dengan lebih sempurna.

1. Berbuka secara ringan

kurma Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa

Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  “terkejut”  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.

2. Tidak berbuka terlalu berat 

Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3. Makan makanan yang mengandungi sulfur 

Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.

4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka 

Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.

5. Elak makanan tinggi lemak 

Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.

6. Makan secara sederhana 

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

Supplement untuk Mengatasi Masalah Gastrik

Sebagai salah satu usaha, anda juga boleh mengambil supplement berikut untuk mengatasi masalah gastrik. Selain membantu masalah gastrik, supplement ini juga membantu memeri tenaga dan mengurangkan rasa letih. Juga bonus, persediaan mendapatkan kulit cantik menjelang raya :)

1) Ostematrix 
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D 
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. 
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik. 

2) B Complex 
  • bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita. 
  • berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi. 

3) Energizing Soy Protein (ESP) 
  • sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan. 

Apa kata mereka setelah mengamalkan Shaklee







 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit penyakit

No comments: