Friday 27 June 2014

Kedai Makan Upin & Ipin, Sedap ker :)


Waktu pergi National Conference Shaklee baru-baru ni, bukan main seronok lagi anak-anak saya ikut sama pergi KL. Maklumlah, mak long dengan pak long kesayangan diorang ada sana, kaki berjalan pulak tu. Mana-mana pun mengendeng la kakak dengan Ipan. Ajak pergi swimming pool la, pergi naik horse la, pergi shopping la.. :)

On the 2nd day Shaklee event tu, senyap-senyap mak long diorang bawak g makan kat Kedai Upin & Ipin. Balik jer, sibuk dok citer kat mama makan kat situ sedap. Beriya ajak pergi lagi. Ipan rilek jer la, maklumlah Ipan ni makan kat mana-mana pun sedap, janji ada nasi.

So, sehari sebelum balik dari KL tu, mama pun tunaikan la hajat kakak nak makan sekali lagi kat Kedai Upin & Ipin. Kasi can la, kat Penang ni bukannya ada pun. Mama pun nak la jugak rasa apa yang sedap sangat tu. Sekali pergi situ, kakak order big bowl french fries dengan sosej. Erkkk, itu jer. Mama pun boleh buat. Hihi

Ok, meh nak share sikit my review tentang Kedai Upin & Ipin ni..
  • Menunya ala-ala restoran kopitiam Old Town White Coffee. Harga pun lebih kurang. Saya pergi tu, 5 dewasa 2 kanak-kanak, total lebih kurang RM90, range biasa makan kat restoran. 
  • Rasa, pun ala-ala kopitiam. Bolehla, sedap la jugak. Ipan pun boleh habis sepinggan nasi ayam yang banyak tu, kira sedap la. Rasanya ada aura Upin & Ipin sama. Mana taknya, makan sambil tengok cerita Upin & Ipin, keliling penuh gambar Upin & Ipin, barang-barang Upin & Ipin pun banyak.
  • Dalam tu ada jual barang Upin & Ipin juga tau, so bersedialah untuk dipau. Saya berjaya tak dipau, sebab dah pesan siap-siap kat kakak dengan Ipan, kalau ada yang RM5 baru mama beli. Memang takdela kan, mahal wooo barang-barang dalam tu
Meh kita layan gambar..
Tak snap banyak-banyak, sebab nanti orang cakap mak pula over excited dengan Upin & Ipin :)

Menu yang sama 2 hari di Kedai Upin & Ipin

Kakak berjaya pau mak long beli jam Elsa

Lega tekak ku..

 Bukannya nak ambil gambar makanan, gambar sendiri jugak...
Maklumlah, kat Penang takde ni :)

No comments: