Friday 14 March 2014

Cara Mudah Bersalin Normal


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entry kali ni, saya akan berkongsi tips dan cara-cara mudah ntuk bersalin secara normal.


1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan.  Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu :).  Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.  Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi.  Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.  Antaranya seperti di bawah :
  • Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
  • Tangan pegang buku lali kaki
  • Masa teran jangan keluarkan suara.
  • Masa teran jangan angkat punggung.
  • Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
  • Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby)  

Semoga proses kelahiran anda berjalan dengan lancar,  tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.

Credit

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

No comments: