Wednesday 26 February 2014

Vitamin Ibu Menyusu yang Mempunyai Masalah Tiroid



Fakta Tentang Tiroid yang Kita Patut Tahu
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia.
Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.
Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
  • Hipertiroidisme/Tirotosikosis
  • Hipotiroidisme
Hipertiroidisme
Berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada org biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah:
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.
Antara Tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar2
  • Gementar dan gelisah, terketar2
  • Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang Otot
  • Osteoporosis
  • Pengeluaran peluh yang banyak
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas, sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walau selera naik
  • Lemah
Hipotiroidism
Merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan
Antara tanda2 org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":
  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman
  • Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
  • Kemurungan atau kegelisahan
  • Cepat berasa letih
  • Faktor genetik
  • Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  • Masalah sembelit yang teruk
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus
  • Kulit menjadi kasar dan berkuping
  • Sakit otot dan sendi
  • Masalah capal dan tendonitis
Siapakah yang Berisiko Mendapat Tiroid
  • Perempuan
  • Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda  lewat 30-an
  • Orang yang kuat merokok.
Oleh yang demikian, sesiapa yang mengalami simptom2 di atas digalakkan menjalani pemeriksaan doktor untuk menjana kesihatan yang lebih baik...

Jadi, jika anda ibu menyusu bayi dan mempunyai masalah tiroid samaada hyper tiroid atau hypo tiroid, anda perlu mengambil tahu dan mengambil kisah suplemen mana yang boleh dan tidak boleh anda ambil kerana pengambilan sesetengah suplemen boleh memburukkan lagi tahap kesihatan anda.
Suplemen Shaklee berikut boleh diambil tidak kira sama ada anda mempunya hyper atau hypo tiroid.
  • B complex
  • Vitamin C (500mg atau 100mg)
  • Vitamin E
  • Ostematrix (kalsium magnesium)
  • Zinc
Bagi anda yg mempunyai hyper tiroid:
  • Boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
  • Tidak boleh ambil Vitalea with iron formula
  • Tidak boleh ambil Alfalfa
Bagi anda yg mempunyai hypo tiroid:
  • Boleh ambil Vitalea with iron formula
  • Boleh ambil alfalfa complex
  • Tidak boleh ambil ESP - Soy Protein Isolate powder
Credit

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

2 comments:

NM03 said...

info yg sangat berguna.... nnt saya bg tau kawan saya...

Unknown said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips atasi masalah susu merundum.