Friday 21 February 2014

Fashion Tudung Terkini 2014, Tudung Ariana Rose?


Ramai yang tengah demam Ariana Rose kut sekarang. Dah habis kan citer tu. Saya ni ketinggalan sikitla, sebab saya memang tak tengok pun drama tu. Waktu tayangan tu tak berapa sesuai. Lagipun, cik abang saya tak berapa berkenan drama-drama melayu ni. Kalau nak diikutkan dia lagi suka tengok Elly & Epit dengan anak-anak. Kalau anak-anak tak konker TV, channel yang dia suka, History and Discovery Channel. Maknye ni memang tak sempat la nak mengadap TV.

Ok, berbalik kepada Ariana Rose, macam hot jer sekarang trend inner silang tu kan. Nampak ada member post kat Facebook, pastu iklan pun banyak kat wall. Semua dah terkena tempias Ariana Rose ni. Macam cantik jer, macam comel jer.

Inner silang Ariana Rose

Saya yang tak tengok citer tu pun macam dah terpengaruh. Dah tunjuk kat cik abang minta pendapat, katanya tak payahla kut, tak cantik pun. Pakai yang biasa-biasa lagi cantik.

Biasa-biasa je eh. Ni la yang biasa-biasa saya. Biasa sangat-sangat. Saya bukan hijabista yang stylo2 tu. Tudung pun kebanyakannya yang RM10 tu jer. Takpela, yang penting selesa dan menutup aurat dengan sempurna kan :)

Shawl / Selendang
Paling saya suka. Setengah orang cakap leceh nak pakai.
Tapi saya suka, sebab pada saya, paling senang nak pakai. Tak sampai 1 minit pun boleh siap.
Lilit atas kepala, terus siap. 
Lagipun, tak perlu risau angin tiup kemek tudung. 
Dah melekap pun tudung kat muka

Tudung Bawal
Murah, senang nak pakai, senang nak dapat. 
Tudung yang sejak dari zaman study sampaila sekarang, masih setia

 Tudung Syria
Suka jugak ni, sebab senang nak pakai.
Bila time malas nak pin-pin, pakai ni jer la

Tudung Instant
Nila satu-satunya tudung instant yang saya ada.
Bajet nak pakai raya, tapi muka rasa pelik pakai ni. Cancel.
So, inilah kali pertama dan kali terakhir kut saya pakai tudung instant.
Tak sesuai dengan muka saya.
Nama jer instant, tapi kena pin juga kat bawah tu sebab mukanya besar.
Pastu muka nampak boolat. Hihi

Ok, sekian entry saya mengenai tudung.
Sekarang terasa nak shopping selendang baru pulak rasa. Hahah..

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

No comments: