Thursday 23 January 2014

[WAHM] Jemputan ke Shaklee Motivation & Recognition Rally


Cik Abang : "Sayang dapat invitation dari Shaklee la (sambil bagi surat Shaklee kat saya)
Saya : "Aikk, invitation apa." (dalam keadaan blur)

 Inilah surat misteri dari Shaklee tu.
Motif pen diletakkan di situ, sebab nak cover address 

Ok, surat dah dibuka. Cik abang yang buka la tu. Takpe, takde rahsia antara kita, my husband ni bukan setakat my life partner, tetapi juga my business partner. 

Ok, tengok title 'Invitation to Shaklee Motivation & Recognition Rally". Oo, ok.
Jemputan ke majlis pengiktirafan dan motivasi Shaklee, bagi mengiktiraf business leader Shaklee. Bila naik rank menjadi business leader di dalam business Shaklee ni, rupa-rupanya selain dari extra bonus dalam bentuk wang yang Shaklee bagi, rupanya ada majlis pengiktirafan sekali. Hebat kan. Alhamdulillah. Terasa diri ini dihargai dan semangat pun semakin berkobar-kobar.

Bertambah hebat lagi, saya boleh bawa anak-anak dan suami bersama ke majlis ni. Inilah uniknya business Shaklee, yang mungkin tiada pada business lain. Ke mana saja kami pergi, walau apa saja yang kami lakukan, keluarga sentiasa ada bersama kami. Suami, anak2, ibu bapa, kerana merekalah saya sentiasa berusaha dan terus mendaki tangga kejayaan di dalam Shaklee. Cuma sekarang keluarga saya semakin bertambah besar, kerana adanya keluarga Shaklee saya yang semakin hari semakin berkembang, bersama anak-anak Shaklee saya. Anak-anak yang harus digilap dan dibimbing untuk juga sama-sama berjaya di dalam Shaklee.

Terasa nak bawa satu keluarga naik ambil award tu nanti. Melampau tak :)


Majlis ini bakal berlangsung di Sunway Carnival Convention Centre, Penang pada 22 Februari 2014. Jom, siapa nak ikut saya ke majlis ni nanti.

Di dalam Shaklee tiada apa yang mustahil jika kita betul-betul mahu dan berusaha ke arah apa yang kita mahukan. Ramai je pun yang takde background in business, yang tak pernah terfikir untuk buat business, yang pemalu, yang asyik terfikir 'boleh ker aku ni', termasuk saya. Tetapi, semuanya sedang mendaki tangga kejayaan bersama-sama Shaklee. Yang penting semangat, rajin berusaha dan berada di kumpulan yang betul.

Apa yang boleh saya katakan, saya berasa amat bersyukur dipertemukan dengan Shaklee terutamanya menjadi salah seoarang ahli keluarga besar Jutawan. Segala ilmu yang saya dapat tidak ternilai rasanya. Dan kepuasan tu bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit, kepuasan juga apabila kita dapat berkongsi tentang produk Shaklee, membantu orang lain tingkatkan tahap kesihatan, kecantikan dan juga ekonomi masing-masing.

Tak pernah timbul rasa menyesal, cuma kadang-kadang adala rasa menyesal kenapala tak jumpa Shaklee awal lagi. Tapi, bak kata pepatah 'Better Late Than Never', kan.

Klik Sini untuk cara-cara mendaftar sebagai pengedar Shaklee dan kelebihan group kami

Klik Sini untuk baca kisah saya dari Jurutera yang berkelulusan Germany menjadi seorang WAHM (Work at Home Mother)


 

***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

No comments: