Thursday 23 January 2014

[Tip Kecantikan] Makeup Remover Terbaik untuk Kulit Sensitif


Dah lama rasanya saya tak berkongsi tips kecantikan kan. Walaupun saya bukan jenis kaki makeup, tapi nak share jugakla tips ni kat sini. Mana tau ramai yang ada masalah macam saya ni, mungkin membantu. Maklumlah, kulit jenis sensitif ni kena hati-hati, salah guna produk, tak pasal-pasal habis muka merah-merah tak pun bertempek-tempek jerawat.

Penat menggodek cari gambar saya pakai makeup. Ni salah satu, macam tak makeup pun kan:) Yang ni saya cuma pakai compact powder, lipstick, blusher dan mascara. Memang itu jerla yang saya boleh dan tahu pakai. Kadang-kadang pakai sedikit eyeliner.

Kalau bukan kerana sebab-sebab di bawah ni, rasanya pantang keluar jer mesti saya makeup sakan.
Sebab kenapa saya jarang pakai make-up :
  • tak pandai makeup especially bahagian mata sebab mata saya sepet
  • kulit saya jenis sensitif, jadi bukan boleh sebarangan guna barang makeup especially foundation
  • leceh bagi saya sebab kalau keluar lama, nanti bila nak sembahyahyang, makan masa kalau nak cuci bagai
  • segan kalau kena perli dengan cik abang, tiba-tiba buang tabiat makeup beriya. Dia pun takde masa nak tunggu bersiap :)

Ok, tips kali ni adalah mengenai makeup remover. Bila dah makeup ni, wajib cuci bersih-bersih makeup tu yer, jangan sesekali tidur bersama makeup. Ada sesetengah pencuci muka sahaja tak mencukupi, tak cukup bersih muka kita. Makeup bahagian mata lebih-lebih lagi, takkan nak guna sabun cuci muka tu cuci bahagian mata kan.

Jadi, nak guna apa yer?

Untuk Muka

Kalau makeup sendiri ni atau hari-hari biasa, saya pakai compact powder je. Jadi pencuci muka sekarang pun dah cukup untuk saya,. Selepas cuci muka, jangan lupa pakai toner untuk buang sisa-sia yang tertinggal dan supaya kulit lebih bersih. Tapi, kalau guna foundation, memang perlu cuci extra sebelum cuci dengan pencuci muka biasa tu.

Dulu time makeup bertunang dan kahwin, saya gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser sebagai makeup remover saya. Cetaphil Cleanser ni sangat lembut, bayi pun boleh pakai. Boleh dapatkan di mana-mana farmasi berdekatan. Dulu, harganya kalau tak silap RM 17. Sekarang mungkin lebih sedikit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Untuk Mata

Untuk bahagian mata paling senang nak dapat dan murah. Guna apa sahaja jenis minyak yang ada di rumah kecuali minyak masak. Contoh minyak yang boleh digunakan seperti minyak bayi, minyak zaitun dan minyak kepala dara. Buat masa ni, saya menggunakan minyak kelapa dara sebab minyak ni ada sebotol besar di rumah saya. Tujuan mula-mula beli minyak kelapa dara ni nak sapu ke muka, tapi sekarang kan ada Vitamin E Shaklee untuk saya buat masker :)

Minyak Kelapa Dara

Sekian perkongsian tips kecantikan kali ni. Semoga membantu ye :)

 
***********************************************************

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

No comments: