Saturday 15 June 2013

[Breastfeeding] Panduan Menyediakan dan Menyimpan Stok Susu Perahan (EBM)


Masih lagi tips untuk ibu-ibu bekerjaya yang ingin menjayakan penyusuan susu ibu. Untuk panduan asas mengenai penyusuan ibu bekerjaya, boleh klik sini ya. Kali ini, tips yang ingin saya kongsikan adalah mengenai cara menyediakan dan menyimpan stok susu kepada anak anda (stok EBM), memandangkan anda akan meninggalkan anak anda di sepanjang waktu anda bekerja.

Jom kita lihat apa yang anda perlukan dan panduan-panduan yang boleh anda ikuti:

1.   Breast pump
 
Terdapat pelbagai pilihan breast pump di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang berfungsi secara manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya boleh mengepam sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh melakukannya kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa.
 
Pemilihan breast pump adalah mengikut citarasa dan kesesuaian ibu-ibu. Sepanjang saya menyusukan anak-anak saya, saya menggunakan Medela Harmony (Manual). Saya suka pam ni, sebab saya ni pam merata-rata, dalam surau, dalam meeting room, dalam kereta, jadi pam ni sangat portable, senang dan mudah untuk saya guna dan bawa ke mana-mana pun:)
 
 
2.   Bekas penyimpanan susu perahan
 
Susu perahan / EBM (express breast milk) boleh disimpan didalam bekas simpanan seperti berikut:
  • Bekas plastic atau botol susu bebas BPA (Bispenol-A).
  • Breast milk storage liners yg memang dikhususkan untuk penyimpanan perahan susu ibu.
  • Bekas dadih-ianya hanya boleh digunaan sebanyak 3 kali sebelum dibuang.
Tips :
Ibu-Ibu hendaklah memastikan bekas penyimpanan yang hendak diguna dibersih, disteril, dan dikeringkan terlebih dahulu.
 
3.   Melabel EBM
 
Perahan susu ibu yang disimpan di dalam bekas haruslah dilabel sebelum di simpan di dalam freezer. Label setiap bekas mesti mempunyai butiran seperti berikut :
  • Tarikh perahan 
  • Waktu perahan 
  • Kuantiti susu yg diperah
  • Nama bayi (penting dilabelkan sekiranya bayi diletakkan di nurseri/pengasuh/pusat jagaan harian.
Tips :
Berapa oz untuk satu bekas penyimpanan bergantung  kepada berapa banyak bayi minum untuk satu sesi. Kebiasaannya, digalakkan untuk menyimpan sebanyak 2-3 oz untuk satu bekas penyimpanan. Jadi, apabila telah dicair/atau dipanaskan, tidak akan membazir untuk baki yang tidak diminum.
* Apabila hendak gunakan susu, ambil susu mengikut aturan tarikh yang terdahulu
 
4.   Tempat Penyimpanan EBM
 
Pada suhu bilik
  • Jika bilik tidak ber air cond (25ºC – 35ºC), disarankan tidak melebihi dari 4 jam.
  • Jika bilik ber air cond (15ºC – 25ºC), boleh sampai 6-8 jam.
Fridge/Freezer

 
Bekas Penyejuk
  • Cooler bag/box (0-4ºC) tahan selama 12-24 jam
Tips :
  • Susu yg dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
  • Susu yg dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.
  • Untuk memanaskan susu yang telah dicairkan di dalam peti sejuk, hendaklah menggunakan warmer atau air suam. TIDAK BOLEH dipanaskan di dalam microwave atau air yang sedang mendidih.
  • Susu yang telah dipanaskan, boleh tahan selama lebih kurang 1 ke 2 jam.
5.   Cara penyimpanan
 
Cara penyimpanan susu perahan adalah seperti berikut:
 
Di pejabat 
  • Simpan susu yg diperah dibahagian bawah peti sejuk bukan di bahagian beku.
  • Ini adalah bertujuan untuk memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan. (susu ibu yg dibekukan jauh lebih baik lagi dari susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi.
  • Jika tiada kemudahan peti sejuk di pejabat, anda bolehlah menyimpannya di dalam cooler bag yang berisi pek ais.
 Contoh cooler bag di MomsLittleOnes bersama ice pack dan botol untuk menyimpan EBM
 
Di rumah
  • Simpan sebanyak mungkin susu perahan di bahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
  • Ini adalah kerana susu perahan yg disimpan di bahagian bawah peti sejuk akan digunakan sebagai bekalan oleh bayi untuk kegunaan hari esok. Oleh itu bayi akan mendapat fresh EBM.
  • Manakala susu perahan yg disimpan di bahagian beku akan menjadi stok simpanan susu ibu.
 
Contohnya,
Andai kata 1 hari bayi anda minum sebanyak 4 botol susu. Jika sehari anda berjaya memerah sebanyak 4 botol susu ibu semasa bekerja, apabila sampai di rumah , simpan 3 botol susu perahan tadi di bahagian bawah peti sejuk dan baki 1 botol di bahagian beku untuk simpanan stok. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM simpanan stok yg bertarikh paling lama dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan bagi kegunaan esok hari. Dengan cara ini anda masih lagi dapat memberikan fresh breast milk (nisbah 3 : 1 iaitu 3 botol fresh milk kepada 1 botol susu dibeku) kepada bayi anda walaupun anda bekerja.
 
Peringatan!
  • Jangan simpan susu perahan dibahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk tersebut kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas susu perahan sehingga mencecah kepada penutupnya. Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan. 
Credit
 
Semoga ibu-ibu semua berjaya memberikan yang terbaik untuk bayi anda.
 
Happy Breastfeeding ya:)

***********************************************************
 
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)

ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Email : cikjattshop@yahoo.com
♥ Fanpage : Sweet Mom Vitamin Center

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: