Saturday 13 April 2013

[Tip Kurus Langsing] Cara dan Tips Mengurangkan Berat Badan Dengan Betul, Mudah dan Selamat


Kenapa Anda Ingin Kurangkan Berat Badan?

Assalamualaikum, Salam Sihat dan Cantik kepada semua pengunjung Sweet Moms Vitamin Shop:)

Saya tertarik dengan salah satu perbualan di dalam sebuah rancangan TV di Astro Ria, mengenai obesiti baru-baru ni.

Berikut adalah petikan dari rancangan tersebut:

Pengacara : Mengapa puan ingin mengurangkan berat badan puan?

Tetamu : Susah betul nak cari baju bila badan besar. Kalau kurus, senang sikit nak cari baju, pakai apa pun cantik.

Betul kan kawan-kawan. Ini merupakan salah satu sebab utama yang membuatkan ramai dari kalangan kita mencuba pelbagai produk dan kaedah semata-mata untuk mengurangkan berat badan. Baju dalam almari dah berlonggok yang tak boleh pakai akibat badan naik bagai dipam-pam. Kalau pergi shopping, tengok baju-baju semuanya cantik, tapi saiz takde pulak. Tengok baju online, cantik-cantik betul, tapi nak beli, takut tak muat pula, walaupun dalam hati teringin sangat nak pakai, teringin sangat nak nampak cantik macam yang model tu pakai. Siapa yang tak nak cantik, betul tak.

Tapi, satu perkara yang puan itu tak sebutkan, "saya nak kurangkan berat badan sebab saya nak sihat". Tahukah anda, berat badan yang berlebihan mengundang risiko pelbagai penyakit kronik. Jadi, tanamkan dalam diri anda, yang anda nak kurus sebab nak sihat.

Kesalahan Dalam Berdiet

Apabila kita tanamkan dalam diri yang kita ingin kurangkan berat badan untuk kesihatan (selain cantikla kan), pasti kita akan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, bukan untuk jangka masa pendek, tetapi juga untuk jangka masa panjang. Ini juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan kita mengamalkan diet yang salah atau diet extrem seperti skip meal atau ikat perut. Akibatnya nanti badan kita akan kekurangan nutrien, lemah, tiada tenaga, tidak atif dan selalu letih. Cara ini mungkin berjaya kurangkan berat badan, tapi dalam masa yang sama berat badan akan menjadi semakin mudah naik cepat.


Ingat yer, KURUS, CANTIK dan SIHAT haruslah seiring.

Berikut adalah satu artikel yang saya rasa amat menarik yang telah dikongsi oleh Kevin Zahri berkenaan kesalahan dalam berdiet dan cara yang betul, bagaimana untuk mengurangkan berat badan dengan 3 langkah mudah.

Jom baca. Rugi tau kalau tak baca ni:)

***************************************************************************

Dah Turun Berat, Naik Lagi?

Inilah fenomena yang sering berlaku kepada sesiapa sahaja yang dalam proses ingin menurunkan berat badan. Setelah bersusah payah mengamalkan diet, exercise, telah menurunkan berat badan, namun apabila leka sekejap sahaja, pasti akan naik Kg balik. Ini sudah tentu mengecewakan bukan?

Salah satu sebabnya adalah kerana "Yoyo Diet". Apa itu "Yoyo Diet"? Extrem diet, skip meals, kalori yang sangat rendah, inilah fenomena yang menyebabkan yoyo diet. Yoyo diet adalah diet untuk menurunkan berat, tetapi sangat mudah berat untuk naik tanpa disedari. Mengapa ini terjadi? Apabila anda skip waktu pemakanan, anda kekurangan nutrisi terutamanya zat protein dalam tubuh badan, Hal ini menyebabkan jisim otot semakin berkurangan sepertimana fungsi protein untuk membina isi otot. Sekiranya jisim otot telah semakin berkurangan, maka ia akan berpengaruh kepada kadar metabolism yang semakin rendah.

Oleh sebab itu, extreme diet membawa kepada kalori yang sangat rendah. Ia tetap akan membantu menurunkan berat badan namun ketidak seimbangan zat nutrisi telah menyebabkan berat badan anda semakin mudah untuk naik dengan cepat.  Untuk mengelakkan berat badan anda daripada naik dan turunkan berat badan secara konsisten:

1) Corak pemakanan

-  Elakkan pengambilan kalori yang terlalu banyak dan terlalu sedikit, biarlah sederhana diikuti dengan pemakanan yg seimbang. (jangan rendah dari 1000kcal dalam sehari.)
- Wajibkan pengambilan sarapan.
- Perbanyakkan minum air masak. (3 or 4 Litre is more better)
- Plan corak pemakanan yang seimbang dan sihat

2) Senaman

- Senaman (Jogging) waktu 20 minit yg pertama adalah membakar tenaga, BUKAN lemak. Untuk membakar lemak, lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 – 40 minit.
- Tingkatkan ketahanan senaman untuk mencabar pernafasan dan peningkatan jisim otot, peningkatan jisim otot akan memudahkan pembakaran lemak.
- Pelbagaikan corak senaman seperti aerobic, berbasikal, skipping, menari, atau naik tangga, agar tidak merasa bosan ketika melakukan senaman.

3) Anda pengamal Lose Weight Supplement?

- Amalkan secara konsisten, berdisiplin, dan jaga pemakanan.
- Walaupun mengambil supplement tanpa mengawal corak pemakanan yg betul, tetap kurang membantu juga

Dengan beberapa cara ini dapat mampu mengatasi masalah "yoyo diet", bermotivasi dan berdisiplin tinggi mampu membantu untuk terus mencapai berat badan yg ideal.

 ***************************************************************************

Cadangan supplemen Shaklee iaitu Set Kurus Shaklee untuk membantu anda dalam usaha menurunkan berat badan secara betul, mudah dan selamat:

1) Detox

  • Herblax - kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 
  • Alfafa -  bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega
2) Bakar atau pecahkan lemak
  • Lecithin - diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh. 
  • Omega Guard - membantu proses memecahkan lemak dan membantu mengawal selera makan
3) Membina otot dan tingkatkan metabolisma
  • Cinch Shake - didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan cafĂ© latte. Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisma badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan anda tak menggeleber setelah berat badan turun nanti. 
  • ESP - sumber protein, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan
Dengan supplemen Shaklee, di samping dapat mengurangkan saiz dan berat badan anda, kesihatan optimum juga dapat dicapai di mana ianya meningkatkan tahap kesihatan anda. Bonus, ramai yang feedback kulit pun cantik tau:)

Jom baca koleksi Testimoni Set Kurus Shaklee di sini

Ada sebarang pertanyaan? Ingin tahu lebih lanjut mengenai Set Kurus Shaklee yang sesuai dengan budget dan kehendak anda, sila hubungi saya ok.


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: