Thursday 12 April 2012

Sinopsis Amukan Pocong Slot Seram TV3

ishhhhhh....seram la pulak aku dok layan Amukan Pocong ni. actually aku memang minat tengok citer seram ni, tapi tak berani nak tengok sorang2. tapi disebabkan citer ni macam menarik tertarik de bomb, aku gagahkan jugakla tengok aka jeling2 tv tu.  terpaksala tengok sorang2, sebab cik abang tak suka tengok citer hantu.

ni dah second week aku layan. kesimpulannya, aku memang blur la, tak ketahuan apa cerita dia. maklumla, tak tengok dari awal. jadinya, terpaksala aku carik sinopsis citer ni. meh kita baca sikit meh


Mengisahkan Long Husin (Azhan Rani), seorang kaki judi dan dua orang rakannya sanggup melakukan apa sahaja sehingga membelakangkan syariat Islam dengan memuja kubur dan menggunakan khidmat bomoh Siam untuk mendapatkan gambaran mengenai nombor ekor bagi menangi wang dengan cara mudah.

Malangnya, Long Husin tidak menjangka sesuatu yang lebih dahsyat menanti mereka akibat perbuatan terkutuk itu. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah ‘memakan diri’ menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehingga menjadi pocong dan digeruni semua penduduk kampung.
Maka bermulalah kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan.

2 comments:

materazi said...

suka ye tengok cter seram. I pun kdg2 ada gak layan bila time free...

CIK JATT said...

haah. suka tapi penakut. tgk ala2 jeling gitu:)