Tuesday 6 September 2011

Nak tengok filem Hantu Bonceng! Macam best


sape dah tengok Hantu Bonceng? teringin giler aku nak tengok. tajuk pun dah lawak kan. tengok trailer pun dah lawak macam hape. aku tengok muka Zizan tu pun dah nak tergelak. muka selamber giler yang tak tahan tu.

ada satu part aku tengok kat trailer tu, mak dia kut cakap, 'ko jumpa hantu, ko bogel je depan dia'. hahaha. original punya lawak.

baca sinopsis sikitla...
Cerita mengisahkan Amran seorang budak penghantar pizza yang gemar berlumba secara haram motor ‘Drag.’ Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.


Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.


Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan Maya itu. Dari berjumpa bomoh hingga lah ke seorang ulama. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih berguna dan mula menginsafi di atas kelakuan rempitnya sebelum ini.


Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif pada Amran. Akhirnya dengan bantuan Halimaton, Amran berjaya menyelesaikan masalahnya. Tanpa diduga rupanya, Maya ada seorang adik kembar Ayu.


Ayu begitu sedih apabila diberitahu akan kematian kakak kembarnya itu. Amran pula semakin rasa bersalah dan menawarkan diri untuk membantu Ayu mendapatkan kerja di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur pula Amran menumpangkan Ayu di rumah bujangnya bersama Kunyit. Sejak kehadiran Ayu, Amran mula rengang dengan Halimaton. Kunyit menegur Amran, tapi tidak di pedulikan oleh Amran seolah-olah Amran begitu khayal bersama Ayu.


Apa yang akan terjadi kepada hubungan Amran dan Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Dapatkah mereka menyempurnakan mayat Maya? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.


layannnnn... tapi tunggu la kuar CD ke donlod ke. dengan anak2 ni, memang takde harapan la nak g tengok wayang

3 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

citer lawak ker?
mmg kalo citer antu mmg penakut giler....lawak ada muka hantu pow seram jugak uwaaaaa

CIK JATT said...

citer hantu lawak ni ayu. series lawak. sampai dah tak seram kut

Unknown said...

ouh citwer hantu lawak..best jgk tu tmbh2 ada zizan..ai peminat dia..ahaks