Wednesday, 21 February 2018

Produk Penjagaan Kulit Yang SEMULAJADI, SELAMAT DAN BERKESAN

  • SEMULAJADI
  • SELAMAT 
  • BERKESAN
Susah kan nak cari produk penjagaan kulit yang ada ketiga-tiga ciri di atas ni. Memang diakui sendiri oleh pakar kulit dan saintis, it is very difficult to find that sweet spot untuk dapatkan produk penjagaan kulit yang semulajadi (natural), selamat tanpa bahan-bahan kimia berbahaya dan BERKESAN.

Kebanyakan produk di pasaran, samada ianya memang dihasilkan dari bahan semulajadi (natural) saja tapi takde kesan pun, atau woww kesan super pantas muka berkilat tapi rupa-rupanya dihasilkan dari bahan kimia berbahaya yang merosakkan badan/kesihatan.

Tapi, walaupun susah, tak mustahil adanya produk yang menepati tiga-tiga ciri di atas ni.

Memperkenalkan YOUTH dari Shaklee, produk penjagaan kulit yang semakin menjadi fenomena sekarang ni. Dan, sudah semestinya menepati slogan produk Shaklee, YOUTH ni dijamin semulajadi, selamat dan berkesan.


Uniknya produk penjagaan kulit YOUTH dari Shaklee ni, walaupun belum dilancarkan sepenuhnya untuk jualan di Malaysia, tetapi rata-rata orang dah heboh bercakap dan teruja dengan produk ni.

Testimoni YOUTH Shaklee Dari Pengguna Awal Di Malaysia

Produk penjagaan kulit YOUTH ni sebenarnya dah dilancarkan dahulu di US tahun lepas, ramai yang dah mencuba dan mendapat banyak kesan positif. Di media-media sosial pun banyak koleksi testimoni dari pengguna yang menggunakan YOUTH.

Untuk Malaysia, Shaklee akan melancarkan secara rasminya produk penjagaan kulit YOUTH pada Mac 2018. Dan, rangkaian produk ni adalah yang diformulasi khas untuk kulit Asia.


Walaupun hanya akan mula berada di pasaran mulai bulan hadapan, di Malaysia sendiri, ramai sebenarnya yang sudah berpeluang mencuba YOUTH. Shaklee telah memberi keistimewaan kepada mereka yang menghadiri Shakle Business Conference di KL baru-baru ni untuk membeli set penjagaan kulit YOUTH. Saya sendiri pun rasa teruja dengan perkongsian rakan-rakan yang berkongsi kesan selepas mereka menggunakan YOUTH. Tak sabar nak cuba juga. InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman mereka dalam entry-entry yang berikutnya ya.

Entry kali ni, saya ingin berkongsi dulu koleksi testimoni dari pengguna terawal Shaklee di Malaysia. Mereka ini adalah antara pengedar Shaklee yang terpilih pada Januari 2018 baru-baru ini. Mereka telah menjalani skin analysis dengan pihak Shaklee dan mereka kemudiannya diberikan satu set lengkap YOUTH untuk digunakan secara konsisten. Ini bagi melihat kesannya yang dimonitor oleh pihak Shaklee sendiri.

Berikut saya kongsikan kesan penggunaan YOUTH dari Shaklee selama lebih kurang 25 hari. Setiap gambar diambil oleh jurugambar profesional tanpa sebarang filter atau aplikasi canggih untuk edit, dan pengguna juga tidak menggunakan sebarang makeup. Apa yang boleh saya katakan, kesannya sangat mengujakan!
 
Testimoni 1

Puan Norsyaheera, umur 20an


Kulit beliau tidak mempunyai masalah yang serius.

Namun selepas 25 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, nampak perubahan yang ketara ke atas kulit beliau. Nampak lebih muda, glowing, segar dan berseri. Jerawat dan parut-parut kecil beliau juga hilang.

Testimoni 2

Puan Nur Adilah, umur 30an


Sebelum ini, beliau mengalami masalah kulit berjerawat dan parut termasuk parut berlubang. Masalah ini telah dihadapi oleh beliau selama bertahun-tahun dan sukar untuk hilang.

Selepas 25 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, masalah jerawat beliau terkawal malah parut berlubang beliau juga semakin hilang. Tona wajah beliau menjadi lebih sekata dan kulit nampak lebih bersih berbanding sebelumnya.

Testimoni 3

Puan Rozyta, umur 50an


Sebelum ini, beliau menghadapi masalah jeragat dan kedutan di sekitar mata. Kulit juga kusam dan tona tidak sekata.

Selepas 25 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, kulit beliau nampak lebih segar dan berseri, tona lebih sekata dan jeragat semakin hilang. Kedutan di sekitar mata juga semakin berkurang.

Testimoni 4

Mrs. Ng Hooi Hooi, umur 50an


Masalah beliau adalah, jeragat yang degil dan susah nak hilang. Nampak tompok hitam di pipi kiri beliau? Menurut beliau, sudah 20 tahun beliau hadapi masalah tompok hitam tu. Sangat degil, tak hilang-hilang.

Selepas 25 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, jeragat tersebut nampak semakin pudar! Eyebag di mata kiri beliau juga hilang dan wajah beliau nampak lebih muda dan segar.

Testimoni 5

Mrs. Vijeyaledchumy, umur 50an


Beliau mempunyai masalah kulit sensitif dan pernah mengalami masalah jerawat yang bertahun-tahun lamanya. Akibatnya, sehingga kini wajah beliau dipenuhi parut dan liang-liang pori yang besar.

Selepas 25 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, liang pori wajah beliau menjadi semakin kecil. Kulit beliau juga nampak lebih muda, tegang dan cerah berseri. YOUTH dari Shaklee sesuai untuk kulit sensitif, jadi disebabkan itulah beliau sesuai dan tiada sebarang masalah menggunakan YOUTH.

Testimoni 6

Encik Naquib, umur 40an


YOUTH dari Shaklee sesuai digunakan oleh semua, termasuk kaum lelaki.

Sebelum ini, Encik Naquib mempunyai masalah jerawat yang agak teruk dan akibatnya kulit beliau menjadi berlubang-lubang. Parut berlubang beliau ni tak hilang-hilang walaupun sudah 20 tahun lamanya.

Selepas 25 hari menggunakan YOUTH dari Shaklee, jelas ketara parut berlubang beliau semakin hilang! Kulit beliau semakin licin, cerah dan berseri.

Keistimewaan YOUTH dari Shaklee

Melihatkan testimoni set penjagaan kulit YOUTH dari Shaklee, pasti ramai yang teruja dan tertanya-tanya apa sebenarnya keistimewaan YOUTH ni.

Memetik kata Virginie Descamps, Global Beauty Lead Shaklee yang pernah bekerja di Givenchy, Estee Lauder dan La Mer, "Its really a breakthrough" katanya. Menurut beliau, beliau belum pernah lagi jumpa set penjagaan kulit seperti YOUTH dari Shaklee.

Ianya adalah set penjagaan kulit premium yang dihasilkan dengan teliti oleh pakar kulit dan saintis dari Shaklee. Bukan 1 tahun. Bukan 2 tahun. Tetapi setelah 8 tahun kajian, barulah YOUTH dikeluarkan.


Produk YOUTH dari Shaklee:
  • 100% vegan (berasaskan tumbuhan)
  • Dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kesan yang hebat dalam menangani pelbagai faktor penuaan pada kulit wajah - anggur Muscadine (antara bahan utama dalam Vivix), Lotus Japonicus, ekstrak Apple Stem Cell, ekstrak buah Schisandra Chinensis, dll
  • Semua rangkaian dalam set YOUTH mengandungi nutrient untuk merawat dan mencantikkan kulit. Kalau skincare lain, nutrient/active ingredient diorang cuma letak dalam serum saja. Tapi YOUTH ni, dari kita cuci muka, pakai toner, serum, moistorizer, semua tu ada nutrient. Tak sanggup nak skip mana-mana item pun.
  • Hipoallergenik - tidak menimbulkan alahan
  • Non-comedogenic - tidak menyumbat liang pori
  • Diuji oleh pakar dermatologi - pakar kulit
  • Diuji oleh pakar oftalmologi - pakar mata 
  • Selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya
  • Tidak diuji kepada haiwan
  • Bebas gluten 
  • Mempunyai 8 paten dan paten-pending
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Sesuai untuk kaum lelaki dan wanita, muda atau berusia
  • Ada bukti klinikal yang menjamin keberkesanannya 
Kesan Penggunaan YOUTH Dari Shaklee

Antara keistimewaan YOUTH dari Shaklee adalah adanya bukti klinikal yang menjamin keberkesanannya.

  • YOUTH beri jaminan yang 100% orang yang guna, akan dapat kulit yang lebih muda. Nobody in the world make it except YOUTH
  • Dari 2/3 yang menggunakan secara konsisten  mendapat kulit sedekad lebih muda
Dan berdasarkan dari testimoni para pengguna Shaklee, kesan terawal dapat dilihat dalam 1-2 minggu penggunaan. Mereka mendapati:
  • Jerawat semakin hilang
  • Jeragat/tompok hitam semakin pudar
  • Whitehead semakin hilang
  • Parut semakin hilang termasuk parut berlubang
  • Liang pori semakin mengecil
  • Kedutan atau garis halus semakin berkurang
  • Kulit semakin cerah dan berseri
  • Kulit tidak lagi berminyak
  • Kulit lebih lembap
  • Kulit semakin bersinar
  • Lingkaran gelap di bawah mata semakin hilang
  • Tona kulit makin sekata
Kesan terbaik hanya dari produk yang terbaik. Memang tak hairan la kalau semua pengguna YOUTH memberikan banyak review yang positif.

Betul Ke YOUTH Dari Shaklee Ni Bagus ?

Untuk koleksi testimoni mereka yang menggunakan YOUTH dari Shaklee
>> Testimoni YOUTH Dari Shaklee

Bagaimana Nak Dapatkan YOUTH Dari Shaklee ?

Kalau anda dah banyak berhabis duit, masa, tenaga dan emosi dalam misi mencari set penjagaan kulit yang bagus, tapi belum nampak kesan yang terbaik untuk masalah kulit anda, saya sangat recommend anda untuk mencuba YOUTH. InsyaAllah tak menyesal.

Setiap produk dalam set penjagaan kulit YOUTH saling bersinergi dan bekerjasama untuk memberikan hasil terbaik kepada kulit. Jadi, seeloknya amalkan set lengkap yang mengandungi pencuci muka, toner, serum dan pelembap siang serta malam. Untuk kesan yang lebih baik, tambahkan Radiance C+E.

Dan jangan lupa untuk gunakan secara konsisten ya.


Sempena pelancaran YOUTH ni, ada promosi hebat dari Shaklee tau. Jimat dan untung sangat.
Jangan lepaskan peluang untuk grab.

Saya akan kongsikan promosi tu dalam entry yang berikutnya ya. Tapi kalau dah tak sanggup menunggu dan teruja nak tau, jangan segan-segan untuk hubungi saya terus.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Monday, 19 February 2018

Selalu Letih Dan Mengantuk. Anda Boleh Cuba Cara Mudah & Berkesan Ni


Rasa mengantuk dan letih ni boleh dikatakan masalah yang kerap dihadapi oleh ramai, tak kira usia dan jantina.

Kalau letih sikit-sikit ok lagi, tapi masalah besar ni kalau cepat sangat penat dan mengantuk. Asal duduk je rasa macam nak terlelap, sampaikan ada yang tengah belajar atau buat kerja tu menguap tak sudah-sudah, mata pun rasa tak boleh nak celik.

Bila jadi macam ni, dah tentu masalah tu bukan kat diri sendiri je, tapi boleh membuatkan urusan harian kita pun terganggu. Urusan rumah terabai, keluarga terabai, kerja, pelajaran makin merosot akibat hilang tumpuan malah emosi dan kesihatan kita pun akan terganggu.


Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Yang Mudah Letih?

Jom semak checklist ni:
  • Letih semasa bangun pagi
  • Cepat rasa penat dan mengantuk walaupun belum separuh hari
  • Mengantuk selepas makan tengahari 
  • Tak bermaya sepanjang hari dan bertambah teruk bila menjelang penghujung hari 
  • Selalu tidur lewat atau alami masalah sukar tidur
  • Bekerja hingga lewat malam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
  • Kerap terdedah kepada sinaran UV
  • Kulit kusam dan tak berseri
  • Kerap sakit, demam dan selsema
  • Tidak amalkan pemakanan seimbang setiap hari
Sekiranya jawapan kita adalah YA untuk kebanyakan checklist di atas, maka secara rasminya kita termasuk dalam golongan yang cepat letih dan mengantuk.

Jadi macam mana nak tambah tenaga pada badan kita ni?

Tapi, sebelum tu, apa kata kita fahamkan dulu dari mana datangnya tenaga dalam badan kita ni.

Apa Kaitan CoQ10 Dan Tenaga?

Dalam badan kita ni ibarat sebuah kilang. Badan kita perlukan sel-sel (stesen penjana tenaga) dan nutrien (pekerja) untuk berfungsi dengan baik.

Setiap sel badan mengandungi MITOKONDRIA, iaitu stesen jana-tenaga. Mitokondria ni pula memerlukan nutrien Coenzyme Q10 (CoQ10) sebagai pekerja atau bahan api untuk menghasilkan tenaga.

Lebih banyak mitokondria dan CoQ10 dalam badan kita, maka lebih banyak tenaga dalam badan yang boleh gunakan untuk aktiviti harian kita.


Jadi, CoQ10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel, dan bertanggungjawab menjana 95% daripada tenaga keseluruhan badan manusia.

Kebanyakan CoQ10 boleh didapati dalam organ yang menggunakan tenaga yang banyak, terutamanya jantung kerana ia mengepam darah ke seluruh badan 24/7. CoQ10 juga paling tinggi dalam sel otak dan hati. CoQ10 juga menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari.

Selain itu, CoQ10 adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Jadi, Bagaimana Badan Kita Nak Dapatkan Coq10

Badan kita boleh menghasilkan CoQ10 secara semulajadi.

Tetapi, penghasilannya berkurang dengan peningkatan usia dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien, tinggi kandungan lemak & gula, pencemaran alam sekitar, stress dan kurang bersenam.

Tahap penghasilan CoQ10 akan mula menurun pada umur 20 dan merosot dengan mendadak pada 40-an dan ke atas.

Jadi, kita boleh dapatkan CoQ10 secara semulajadi melalui pemakananan seperti daging, minyak soya, sardin, ikan tenggiri dan kacang tanah, dan organ dalaman haiwan seperti jantung, hati dan ginjal.

Walaubagaimanapun, jumlah yang diperolehi daripada makanan ini tidak mencukupi untuk keperluan harian kita.

Kajian menunjukkan 100mg CoQ10 yang senang diserap adalah paling optimum dan boleh memberikan kebaikan yang sangat banyak kepada badan kita.

Untuk mendapatkan 100mg CoQ10, kita perlu mengambil:


Mustahil kita dapat cukupkan keperluan 100mg CoQ10 setiap hari hanya dengan makan daging, brokoli dan minyak sebanyak ini kan.

Cara yang paling mudah dan semestinya berkesan adalah dengan pengambilan supplements yang telah diformulasi dari bahan semulajadi, ke dalam sebiji kapsul yang sangat mudah di makan dan diserap ke dalam badan!

Tambah Tenaga Anda Dengan CoQ-Trol Shaklee

Memperkenalkan, produk Shaklee iaitu CoQ-Trol yang mengandungi:
  • 100mg CoQ10
  • 2mg 2mg Resveraterol (daripada ekstrak Polygonum Cuspidatum Root)
  • 5mg Tocopherols 
  • dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun untuk penyerapan yang optimum
CoQ Trol ni adalah improved formula bagi menggantikan produk Shaklee yang sebelum ni iaitu CoQ-Health.


5 Manfaat CoQ-Trol Shaklee

1. Tenaga Yang Berkekalan

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas dan berkeyakinan.

Peningkatan CoQ10 membantu:
  • meningkatkan kekuatan otot
  • mempercepatkan pemulihan luka

2. Meningkatkan Kesihatan Jantung

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat.

Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 yang membantu:
  • menguatkan otot-otot jantung
  • menyokong fungsi jantung yang sihat
  • meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin
* Kajian telah menunjukkan bahawa statin, ubat yang merendahkan kolestrol, menghalang penghasilan CoQ10 sebanyak 40%. Suplemen CoQ10 membantu mengekalkan kekuatan jantung anda.


3. Meningkatkan Kesuburan Suami Isteri

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum.

Pengambilan CoQ10 membantu:
  • meningkatkan jumlah sperma yang sihat
  • meningkatkan pergerakan sperma
  • meningkatkan kualiti ovum

4. Kulit Yang Berseri

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda.

Pengambilan CoQ10 membantu:
  • menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
  • meningkatkan tekstur kulit

5. Menguatkan Daya Ingatan

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amilod, salah satu punca utama penyakit Alzheimer, di dalam otak anda.

Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:
  • menjana fungsi otak yang sihat
  • meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak

Betul Ke CoQ-Trol Shaklee ni Bagus? Apa Kata Mereka Yang Dah Cuba.

Semenjak diperkenalkan, ramai yang telah mencuba CoQ-Trol Shaklee dan sangat berpuas hati.  Malah seawal hari pertama ambil pun dah ramai yang dapat rasa kesannya.

Berikut saya kongsikan antara feedback yang diterima.

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4


Testimoni 5


Testimoni 6


Testimoni 7


Testimoni 8


Testimoni 9




Bagaimana Nak Dapatkan CoQ-Trol Shaklee ?

Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga, sihat, ceria dan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam satu hari.

Kalau anda dah cuba macam-macam cara, tapi masih tak dapat juga hilangkan rasa cepat penat, letih dan mengantuk anda, saya sangat sarankan anda mencuba CoQ-Trol Shaklee ni.

Bagi anda yang suka bersukan, tapi cepat pancit, juga amat digalakkan untuk mencuba CoQ-Trol Shaklee ni.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya Cik Jatt 013-4894037.
InsyaAllah saya akan memberi konsultasi terbaik untuk membantu anda berdasarkan pengalaman saya sejak tahun 2013 bersama Shaklee.

 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tuesday, 6 February 2018

Sedap Ke Beras Rebus? Apa Kebaikan Beras Rebus Ni?


Assalamualaikum semua :)

Apa khabar. Mudah-mudahan semuanya sihat, ceria dan sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Korang pernah dengar tak beras rebus (parboiled)?

Ramai dah kut tau tentang beras rebus ni. Akak je yang macam ketinggalan sikit.

Akak baru tau tentang beras rebus ni dalam hujung tahun lepas macam tu, terbaca dekat Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad. Bagus untuk kesihatan katanya.

Memandangkan akak sekeluarga ni perut nasi, siang malam makan nasi, of course la excited bila baca ada option yang lebih sihat untuk nasi ni.

Banyak je rupanya ada jual beras rebus ni. Cuma sebelum ni memang tak perasan langsung, ye la kan, bila beli beras tu asyik tuju beras biasa yang sama tu je.

Akak mula-mula nak beli yang 5 kg, tapi takde. So terus je angkat yang 10 kg punya. Tawakal je la dengan harapan rasa dia sedap, walaupun dalam hati risau juga takut tekak masing-masing tak boleh terima. Jenuh nak habiskan 10 kg tu.


Jenama beras rebus yang pertama kitorang beli, Jati. Sebab, tak tau la. Mungkin sebab dah selalu beli jenama ni kut kalau yang beras biasa tu pun.

Sedap Ke Beras Rebus Ni?

Rupa beras rebus ni, keruh dan keperangan sikit berbanding beras biasa. Dia ala-ala macam beras perang.

Bila nasi tengah masak tu, bau dia pun satu macam sikit.

Rasa dia... hmmm... of course rasa dia lain dari beras biasa.
Pertama kali makan tu, macam terima tak terima je tekak akak ni.
Anak-anak akak makan ok pulak. Masing-masing cakap sedap.

Tapi, lepas dah beberapa kali makan tu, akhirnya tekak akak dah boleh terima sangat.
Rasa sedap la pulak beras rebus tu. Tak sia-sia angkat 10 kg terus.

Sekarang ni dah masuk paket yang kedua dah pun. Tapi kali ni kami tak beli jenama Jati, sebab dah habis. Kali ni kami cuba jenama Mahsuri pula.


Alhamdulillah, rasa tetap sedap.

Kebetulan ada promosi time kami beli tu, dekat Mydin. Kalau harga biasa, tak pasti la pula akak berapa.


Apa Khasiat Beras Rebus Ni?

Beras rebus (parboiled) ni adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras.

Ini menjadikan beras rebus adalah yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ni 11 x lebih baik berbanding beras perang.

Beras rebus ni juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah. Maksudnya, kita akan rasa kenyang lebih lama dan sesuai sangat untuk orang yang nak kuruskan badan.


Harga beras rebus ni mahal sikit berbanding biasa.
Tapi takla mahal mana pun. InsyaAllah masih mampu milik dan tak membebankan.
Untuk kesihatan kita sekeluarga juga kan.

Korang dah cuba belum beras rebus ni.
Kalau belum, molek sangatla cuba :)